Cara Tukar Kad Maybank (Tukar Secara Online Atau Di Kiosk)


Jika anda ingin tahu cara tukar kad Maybank dengan senang, kami ada kongsikan di bawah. Senang sahaja rupanya nak tukar kad, tak perlu susah-susah ke kaunter Maybank. Anda boleh tukar kad anda sekiranya kad anda sudah rosak atau expired. Tetapi sekiranya kad anda hilang dan terlupa pin, anda dikehendaki ke cawangan Maybank untuk penggantian.

Seperkara lagi, anda juga perlu tukar kad ATM Maybank sekiranya sudah tamat tempoh. Ingat lagi kad debit Maybank yang ada gambar ceri? Kalau nampak lusuh sebab selalu guna dan tarikhnya juga sudah luput atau tamat tempoh, anda perlu buat replacement. Kalau tak ingat no akaun, tak mengapa. Anda boleh klik sini untuk semak nombor akaun Maybank.

Izinkan kami berkongsi tentang cara tukar kad Maybank.

1. Cara tukar kad Maybank Online

Untuk menukar kad anda secara online, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut. Kena guna browser, bukan apps. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Layari https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Masukkan username anda.
  3. Tekan Login.
  4. Pastikan security phrase anda betul dan tekan YES.
  5. Isikan password anda.
  6. Tekan Login.
  7. Pilih menu Personal.
  8. Pilih menu CARDS.
  9. Tekan Debit Card – Replace, Activate & Block.
  10. Pada tiga titik hitam, pilih Replace.
  11. Masukkan alamat penuh anda. Alamat ini adalah untuk penghantaran kad baru anda.
  12. Tick pada kotak I Hereby Agree To Terms & Conditions.
  13. Klik Request TAC dan masukkan nombor yang diberi pada telefon bimbit anda.

Selesai. Kad anda akan dihantar dalam 9 hari bekerja.

 

2. Cara tukar kad Maybank di kiosk Maybank

Jika anda ingin cepat, anda boleh ke kiosk Maybank. Di mesin atau kiosk ini, anda akan dapat kad baru dalam beberapa minit sahaja. Anda hanya perlu mencari Maybank yang mempunyai Express Debit Card Replacement Kiosk. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Masukkan kad bank lama anda.
  2. Tekan nombor pin.
  3. Pilih jenis kad baru yang anda inginkan.
  4. Masukkan kad pengenalan anda.
  5. Letakkan ibu jari anda di tempat yang disediakan.
  6. Dalam beberapa minit, kad baru anda akan diberikan.

Semak di sini untuk cawangan Maybank yang menyediakan kiosk ini. Sila buat temujanji atau appointment dengan Maybank jika perlu.

 

Tukar kad Maybank kena bayar tak?

Untuk menukar kad ini anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran. Namun, RM12 akan ditolak dari akaun anda tetapi akan dimasukkan semula dalam masa 7 hari bekerja selepas penukaran berjaya.

 

Kalau tak dapat kad selepas memohon penukaran online?

Sekiranya anda tidak menerima kad dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menghubungi talian Customer Care di 1300-88-6688.

 

Info tentang penukaran kad Maybank

Anda masih boleh menggunakan kad lama anda sementara menunggu kad baru.

Anda dikehendaki untuk aktifkan kad baru anda dalam masa 90 hari selepas menerima kad baru. Jika anda gagal, anda dikehendaki untuk memohon kad baru.

Anda dikehendaki untuk update nombor kad baru anda sekiranya anda ada membuat service Auto Debit / Instalment Payment / Recurring Payment untuk mengelakkan gangguan servis.

 

Akhir kata

Sekarang anda dah tahu cara tukar kad Maybank, semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda. Selain tukar kad debit atau kad ATM, anda juga boleh tukar duit raya di Maybank.

Untuk tukar limit Maybank pula, anda perlu login maybank2u.com.my dan ubah transfer limit.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment