Semak Nombor Akaun Maybank Online (Guna M2U, MAE & Website)


Pernah tak orang minta nombor akaun anda, tiba-tiba anda terlupa? Atau anda memang tak ingat pun nombor akaun bank anda. Cari di dalam handphone pun tak jumpa. Runsing juga kalau jadi begini. Jika anda pengguna akaun Maybank, jangan risau. Kami akan kongsikan kepada anda cara semak nombor akaun Maybank online.

Untuk anda yang kehilangan kad ATM, anda boleh rujuk panduan dan cara tukar kad Maybank yang boleh dilakukan secara online di maybank2u.com.my atau di kiosk.

Izinkan kami berkongsi.

Cara semak nombor akaun Maybank melalui maybank2u.com.my

Anda boleh semak nombor akaun anda melalui website Maybank. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Layari website Maybank di https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Masukkan username anda.
  3. Tekan LOGIN.
  4. Security phrase anda akan terpapar. Tekan YES jika betul.
  5. Masukkan password anda. Tekan LOGIN.
  6. Nombor akaun anda terpapar di skrin. Jika anda mempunyai akaun semasa dan MAE, nombor akaun anda juga akan terpapar.

 

Cara semak nombor akaun Maybank guna aplikasi M2U

Sebelum menggunakan aplikasi ini, anda dikehendaki memuat turun di Play Store atau App Store.

Setelah memuat turun aplikasi ini, berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak nombor akaun Maybank anda:

  1. Masuk ke aplikasi M2u.
  2. Isikan username anda.
  3. Tekan LOGIN.
  4. Security phrase anda akan terpapar. Tekan YES jika betul.
  5. Masukkan password anda. Tekan LOGIN.
  6. Nombor akaun anda akan terpapar di bawah senarai akaun anda.

 

Cara check nombor akaun Maybank guna aplikasi MAE

Sebelum menggunakan aplikasi ini, anda dikehendaki memuat turun aplikasi MAE di Play Store atau App Store.

Setelah memuat turun applikasi ini, berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak nombor akaun Maybank anda:

  1. Buka aplikasi MAE.
  2. Isikan username dan password anda.
  3. Tekan Maybank2u di bahagian menu sebelah bawah
  4. Masukkan PIN 6 digit sekiranya dipinta
  5. Pilih akaun yang dikehendaki contohnya Savings Account-i
  6. Lihat nombor akaun Maybank yang berada betul-betul di bawah akaun anda contohnya Savings Account-i tadi
  7. Anda juga boleh lihat baki duit dalam akaun Maybank anda di bahagian Total Balance
  8. Selesai

 

Terlupa password Maybank2u?

Anda dah tahu cara semak nombor akaun Maybank, tetapi tak boleh login sebab terlupa password. Jangan risau, jom tengok apa nak buat kalau anda terlupa password Maybank2u anda.

Langkah-langkah untuk dapatkan password Maybank2u:

  1. Layari https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Tekan FORGOT LOGIN DETAILS.
  3. Pilih jenis kad anda.
  4. Masukkan nombor kad bank anda dan nombor PIN anda.
  5. Tekan SUBMIT.
  6. Nama pengguna anda akan dipaparkan. Tekan Reset Password.
  7. Masukkan password baru dan sahkan password baru anda.
  8. Masukkan nombor TAC yang diberikan pada nombor telefon yang didaftarkan.
  9. Tekan SUBMIT.

Anda sudah boleh login akaun anda dengan password baru.

 

Contoh nombor akaun Maybank

Jika anda kurang pasti betul atau tidak nombor akaun anda, nombor akaun Maybank mempunyai 12 digit.

Contoh: 1234 1234 1234

Sila perhatikan dan kira betul-betul nombor akaun anda.

 

Nak lebih detail lagi?

Jika anda inginkan lebih informasi mengenai perkara yang berkaitan dengan Maybank, anda boleh hubungi mereka di:

 

Akhir kata

Sekarang kami dah kongsikan bagaimana nak tahu nombor akaun Maybank anda. Mudah sahaja kan cara nak semak nombor akaun Maybank online. Semoga perkongsian kami memberi manfaat kepada anda.

Jika anda mempunyai caruman KWSP dan berminat ingin tahu baki akaun KWSP anda, kami ada kongsikan cara check KWSP balance untuk anda.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment