Check KWSP Balance (Guna i-Akaun Melalui Mobile App dan Website)


Pada zaman teknologi ini, banyak urusan yang boleh dilakukan secara atas talian termasuklah cara untuk check KWSP balance anda.

Sebagai pencarum KWSP, semestinya anda ingin tahu berapa banyak baki yang tinggal dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda. Tambahan lagi, disebabkan wabak pandemik yang telah melanda negara, pihak kerajaan telah meluluskan pengeluaran simpanan KWSP seperti i-Citra dan i-Sinar.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai pencarum ingin mengetahui jumlah baki di dalam akaun mereka.

1. Cara check KWSP balance menggunakan i-Akaun dalam mobile app

Bagi menyemak ataupun check KWSP balance dengan mudah dan cepat, anda boleh menggunakan applikasi i-Akaun yang dimuat turun melalui mobile app anda.

Berikut adalah cara-cara untuk check KWSP balance melalui aplikasi i-Akaun:

  1. Buka applikasi i-Akaun di dalam telefon anda.
  2. Sila pastikan imej keselamatan anda adalah tepat.
  3. Masukkan User ID yang telah didaftarkan.
  4. Isikan Password yang betul.
  5. Tekan butang LOGIN atau boleh menggunakan fingerprint anda.
  6. Akaun anda akan dipamerkan.
  7. Sila lihat baki akaun anda pada bahagian Total Balance.
  8. Tahniah! Anda telah berjaya check KWSP balance untuk akaun anda.

PERHATIAN

  • Total Balance adalah jumlah yang dicampur bagi kedua-dua Akaun 1 dan 2.
  • Anda boleh semak balance Akaun 1 dan Akaun 2 menggunakan i-Akaun.
  • Pencarum boleh menyemak urusan Transaction History akaun anda melalui i-Akaun.
  • Anda boleh memilih Bahasa Melayu atau English di dalam applikasi i-Akaun atau website KWSP.

 

2. Cara check KWSP balance menggunakan i-Akaun melalui website (kwsp.gov.my)

Selain daripada menggunakan i-Akaun dalam mobile app, anda juga boleh check KWSP balance melalui website rasmi KWSP.

Mari ikut cara-cara berikut:

  1. Layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my.
  2. Sila pilih Saya Ahli (i-Akaun) bagi ahli.
  3. Pilih Saya Majikan (i-Akaun) bagi majikan.
  4. Tekan pada butang LOG MASUK.
  5. Sila tekan pada butang LOG MASUK sekali lagi sebagai confirmation.
  6. Anda akan dibawa ke laman LOG MASUK.
  7. Sila masukkan USER ID anda.
  8. Tekan Next.
  9. Sila pastikan Security Image anda adalah tepat.
  10. Masukkan PASSWORD.
  11. Tekan Login.
  12. Akaun anda akan dipaparkan.
  13. Baki akaun anda akan dipamerkan.

 

3. Panduan pendaftaran i-Akaun KWSP

Anda boleh semak baki KWSP dalam akaun anda melalui i-Akaun. Namun, anda haruslah mendaftar dan aktifkan i-Akaun terlebih dahulu sebelum dapat check KWSP balance anda menggunakan i-Akaun.

Berikut merupakan cara-cara mendaftar i-Akaun KWSP:

  1. Sila hadir ke kaunter atau kios KWSP yang berdekatan untuk mendaftar nombor telefon bagi tujuan kod pengesahan TAC.
  2. Anda akan diberikan ID dan password untuk kegunaan sementara melalui mesej.
  3. Anda perlu melayari laman web KWSP (https://www.kwsp.gov.my).
  4. Pada halaman utama, anda perlu klik pada butang Login.
  5. Pilih dan tekan pada bahagian i-Akaun(Member).
  6. Sila masukkan ID dan password sementara.
  7. Klik pada butang Login.
  8. Pastikan anda membaca terma dan syarat yang tertera terlebih dahulu.
  9. Sekiranya anda bersetuju, sila tick pada kotak persetujuan.
  10. Tekan Next.
  11. Di sini, anda perlu mencipta ID dan password baru.
  12. Sila pilih Imej dan Frasa Keselamatan.
  13. Klik pada butang Next.
  14. i-Akaun anda telah berjaya didaftarkan.

 

4. Adakah pendaftaran i-Akaun anda bermasalah?

Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa proses pendaftaran i-Akaun KWSP, anda boleh menghubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000.

Sebagai tambahan, waktu beroperasi bagi pihak khidmat pelanggan KWSP kecuali pada cuti umum adalah pada:

  • Isnin hingga Jumaat
  • 8 pagi hingga 5 petang

 

Akhir kata

Sekian sahaja perkongsian mengenai cara check KWSP balance menggunakan i-Akaun dan website pada artikel kali ini. Di harap perkongsian ini akan membantu anda yang memerlukan jawapannya.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “Check KWSP Balance (Guna i-Akaun Melalui Mobile App dan Website)”

Leave a Comment