Cara Tukar Duit Raya Maybank (Boleh Tukar RM1 & RM5 Di ATM Tak?)


Tak seronok Hari Raya Aidilfitri tanpa duit raya. Biasanya, budak-budak yang gembira. Orang tua pun tumpang gembira juga. Ini cara tukar duit raya di bank-bank tempatan seperti Maybank.

Di mana lokasi ATM Maybank yang boleh tukar duit raya?

Untuk makluman, bukan semua ATM Maybank menyediakan perkhidmatan ini. Hanya 101 mesin ATM Maybank sahaja yang memberikan kemudahan menukar duit raya.

Sila rujuk pautan PDF ini untuk senarai lengkap.

 

ATM Maybank mana yang boleh tukar duit raya RM10?

Tidak banyak lokasi yang anda boleh keluarkan RM10.

Antaranya ialah:

  1. KL Main, Menara Maybank, KL
  2. Bangsar Baru, KL
  3. KLCC
  4. Nusa Bestari, Skudai, Johor
  5. Alor Setar Main, Kedah
  6. Kota Bharu Auto Finance Centre, Kelantan
  7. Kubang Kerian, Kelantan
  8. Senawang, Seremban, Negeri Sembilan
  9. Temerloh, Pahang
  10. Bukit Ubi, Kuantan, Pahang
  11. Penang Road, KOMTAR, Pulau Pinang
  12. Tanjung Malim, Perak
  13. Maybank Islamic Gunung Rapat, Ipoh
  14. Lintas Square, Kota Kinabalu, Sabah
  15. Kuching Main, Sarawak
  16. Wisma Satok, Kuching, Sarawak
  17. Taman Melawati, KL
  18. Bandar Baru Bangi, Selangor
  19. Ampang Point, KL
  20. Setia Alam, Shah Alam, Selangor
  21. Kuala Terengganu, Terengganu
  22. Paka, Terengganu

Tiada lokasi untuk tukar duit RM10 di Melaka dan Perlis. Untuk amaun RM20 dan RM50, sila rujuk senarai lokasi seperti pautan di atas.

 

Cara tukar duit raya Maybank di ATM

Sila ambil perhatian, cara untuk menukar duit raya di Maybank ini adalah melalui pengeluaran duit di ATM. Ini kerana ATM Maybank yang terpilih sahaja akan mengeluarkan duit baru. Bijak juga buat begini, kurang pening kepala pekerja Maybank mahu melayan orang-orang yang berkeinginan.

Jika anda ingin keluarkan RM10 sahaja, sila pilih ATM yang mempunyai tanda Khas untuk pelanggan Maybank. Dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini. Ini bermakna, dalam ATM ini, semua duit adalah RM10

  1. Masukkan kad debit atau kad ATM Maybank anda
  2. Pilih PENGELUARAN
  3. Pilih WANG SEGERA RM300
  4. Tunggu sehingga duit dikeluarkan
  5. Ambil semula kad ATM anda
  6. Selesai

Pengeluaran maksimum dalam satu-satu masa ialah RM300 sahaja. Jadi, anda hanya akan dapat 30 keping duit not RM10. Jika mahu lebih, buat transaksi pengeluaran sekali lagi.

 

Ada cara untuk dapatkan duit kertas RM5 dan RM1 baru?

Seperti yang dimaklumkan, tiada amaun RM5 dan RM1 yang boleh dikeluarkan melalui mesin ATM. Kami sarankan anda ke kaunter terus untuk bertanyakan berkenaan penukaran duit raya yang bernilai lebih rendah daripada RM10.

Kebiasaannya, bank tidak akan memberikan duit baru RM5 dan RM1. Jika anda tidak kisah dengan duit lama, ambil sahaja. Selalunya, bank memang ada stok.

 

Boleh dapat sampul raya percuma?

Kalau mulut anda rajin bertanya pada pegawai di cawangan, mesti boleh dapat. Tak tanya, tak dapat.

Cuma biasanya mereka akan berikan satu atau dua pek sampul sahaja. Satu pek, ada 10 keping sampul duit raya.

Jadilah, daripada tak ada langsung.

 

Boleh tukar duit raya di bank lain seperti BSN, Bank Islam, CIMB?

Berdasarkan pembacaan kami, bank-bank lain selain Maybank tidak menyediakan ATM khas untuk tukaran duit raya. Walau bagaimanapun, kami nasihatkan anda terus ke bank-bank berkenaan untuk bertanya akan penukaran duit raya.

Kebiasaannya, waktu tukaran dibuka dari jam 9 pagi sehingga 12 tengahari sahaja. Anda akan diberikan borang untuk diisi berapa jumlah duit raya yang diperlukan.

Sekiranya masih ada stok, anda juga boleh tukar RM1 dan RM5. Sekiranya tidak ada, anda mungkin dapat tukar juga tetapi dengan not RM1 dan RM5 yang lama.

 

Akhir kata

Cepat-cepat tukar duit raya di lokasi yang dikongsikan tadi. Jangan lambat-lambat, takut tak sempat. Pastikan semak baki dalam akaun terlebih dahulu sebelum buat penukaran. Sekiranya Maybank2u tak boleh login, sila hubungi pihak Maybank untuk bantuan.

Kalau kad bermasalah dan tidak boleh membuat pertukaran duit baru, sila tukar kad Maybank terlebih dahulu di kaunter. Mohon bantuan daripada pegawai di dalam cawangan.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

3 thoughts on “Cara Tukar Duit Raya Maybank (Boleh Tukar RM1 & RM5 Di ATM Tak?)”

  1. Kaunter Penyambut tetamu BSN,Maybank dan Public Bank kata dah habis minggu lepas untuk tukar duit raya. Manyak susah lo mau tukar duit raya….

    Reply

Leave a Comment