Biasanya, ketika kita urgent nak guna sesuatu, masa itulah dia ada masalah. Anda yang sampai ke sini, mesti nak tahu kenapa Maybank2u tak boleh login bukan?
Izinkan kami berkongsi.
Kenapa Maybank2u tak boleh login?
Untuk pengetahuan, sebab paling utama yang dinyatakan oleh pihak Maybank berkenaan isu akaun Maybank tidak boleh login adalah berkaitan dengan password.
Terlupa nombor akaun Maybank itu perkara biasa. Anda boleh semak nombor akaun Maybank selepas berjaya login.
Dalam kes ini yang tidak boleh login langsung, anda mungkin lupa kata laluan dan telah cuba memasukkan password banyak kali sehingga kena block. Apabila ini berlaku, anda perlu hubungi pihak Maybank untuk unblock akaun anda semula.
Antara lain, anda mungkin tidak boleh login disebabkan akaun anda sudah diaktifkan. Akaun Maybank akan deactivate secara automatik apabila tidak digunakan lebih daripada 6 bulan.
Jadi, anda perlu selalu login dan buat apa-apa transaksi untuk kekal aktif.
Tak boleh login Maybank2u, boleh login app MAE guna password yang sama tak?
Laman web Maybank2u dan MAE, kedua-duanya menggunakan username dan password yang sama. Kalau anda boleh login Maybank2u, anda juga boleh login MAE.
Namun, ada pengecualian.
Dalam kes-kes tertentu, ada juga kemungkinan servis MAE mempunyai masalah dan anda hanya akan mempunyai masalah untuk log masuk MAE sahaja.
Boleh log masuk Maybank, tapi kenapa Information not available?
Sekiranya anda boleh login ke dalam sistem Maybank2u, itu satu berita baik.
Cuma apa yang menjadi masalah ialah anda hanya akan dapat lihat paparan Information not available. Ini akan menyebabkan anda tidak dapat melihat Current balance, Available balance dan Choose an action.
Sila ambil maklum bahawa Information not available ini bukan hanya pada Maybank sahaja. Ia juga terpakai untuk MAE.
Apabila ini berlaku pada akaun Maybank atau MAE anda, anda perlu menunggu pihak Maybank menyelesaikan perkara ini. Untuk berita yang lebih pantas, ada baiknya anda follow akaun Twitter Maybank di @MyMaybank
Kenapa Maybank2u tak boleh transfer duit?
Ada beberapa sebab di mana anda tidak boleh transfer duit melalui Maybank2u.
Namun, sebab paling utama ialah anda cuba transfer lebih daripada limit yang ditetapkan. Ramai yang mengadu mereka tidak boleh transfer lebih daripada RM1000. Sekiranya ini berlaku, anda boleh rujuk cara tukar limit Maybank2u.
Anda juga perlu menghubungi pihak Maybank Group Customer Care di talian 1300 88 66 88 untuk menyelesaikan masalah ini.
Akhir kata
Jangan panik jika tidak boleh login Maybank2u. Sekiranya anda mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang ketat, akaun Maybank anda masih lagi selamat dan tidak digodam.
Pastikan berurusan terus dengan pihak Maybank untuk menyelesaikan segala permasalah berkaitan perbankan online. Hati-hati dengan scammer.
Semoga dipermudahkan segala urusan.