Cara Tukar Limit Maybank


Kadang-kadang, ada masanya kita nak transfer duit ke pihak ketiga tetapi tidak lepas. Percayalah, punca utamanya ialah limit yang kita set terlalu rendah. Jadi, kami akan kongsikan cara tukar limit Maybank supaya anda boleh buat pindahan wang dengan hati yang tenang.

Untuk versi Bahasa Inggeris, boleh rujuk “how to change transfer limit on Maybank2u“. Izinkan kami berkongsi dalam Bahasa Melayu.

Cara tukar limit Maybank melalui maybank2u.com.my

Berikut pula iala cara tukar transfer limit Maybank2u atau had transaksi di sistem Maybank yang baru.

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do untuk ke paparan utama Maybank2U.
  2. Kemudian, login ke akaun anda. Masukkan username anda pada ruangan My Username.
  3. Tekan butang berlogo mangga kunci untuk login.
  4. Pada laman seterusnya, sahkan Security Phrase dan gambar anda. Tekan butang Yes, sekiranya Security Phrase dan gambar yang tertera adalah milik akaun anda.
  5. Kemudian, masukkan password anda pada My Password.
  6. Tekan butang LOGIN untuk teruskan proses increase transfer limit
  7. Pada paparan akaun Maybank2U anda, tekan link SETTINGS yang terletak di bahagian atas kiri skrin.
  8. Kemudian, klik pada tab PAY & TRANSFER, dan tekan butang TRANSFER LIMIT.
  9. Anda boleh melakukan penukaran had transaksi untuk tujuh jenis pindahan, iaitu:
    • Pindahan wang ke akaun pihak ketiga (3rd Party Transfer)
    • Pindahan Wang Antara Bank GIRO (Interbank GIRO Transfer)
    • Pindahan Wang Antara Bank Segera (Instant Interbank Transfer)
    • Pindahan Telegrafik Asing (Foreign Telegraphic Transfer)
    • Pindahan DuitNow (DuitNow Transfer)
    • Pindahan Wang Ke Akaun ASNB Sendiri (ASNB Own Account Transfer)
    • Pindahan Wang Ke Akaun ASNB Pihak Ketiga (ASNB 3rd Party Transfer)
  10. Pilih mana-mana jenis pindahan yang anda ingin naikkan atau turunkan hadnya. Anda hanya boleh melakukan satu jenis penukaran sahaja untuk setiap proses. Jadi sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran, selesaikan satu demi satu proses, kemudian ulang semula proses untuk penukaran kedua.
  11. Misalnya, sekiranya anda ingin menukar had untuk 3rd Party Transfer, tekan logo berbentuk pensel yang tertera. Kemudian, tekan drop-down menu di sebelah jumlah had yang tertera dan pilih jumlah had yang anda inginkan.
  12. Scroll ke bawah dan tekan SAVE CHANGES untuk simpan proses increase transfer limit
  13. Satu menu kecil akan tertera. Tekan REQUEST untuk mendapatkan nombor TAC. Sekiranya anda tidak menerima SMS, anda perlu menunggu selama 3 minit, sebelum anda boleh membuat permintaan nombor TAC yang baru. Tekan link click here untuk membuat permohonan baru.
  14. Apabila anda telah mendapat SMS di telefon anda yang mengandungi nombor TAC, masukkan nombor TAC tersebut di ruangan yang disediakan.
  15. Tekan butang CONFIRM.
  16. Penukaran had transaksi anda berjaya. Anda boleh mengulangi semula proses ini sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran had transaksi.
  17. Selesai

Boleh tukar limit guna Maybank2u Classic?

Walaupun anda digalakkan untuk gunakan sistem perbankan Maybank2u yang baru, anda masih guna sistem lama.

Berikut ialah cara mengubah had transaksi di Maybank2u yang lama, iaitu sistem klasik

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do untuk ke paparan utama Maybank2U.
  2. Kemudian, klik butang Back to the classic Maybank2U yang mempunyai anak panah.
  3. Pada laman seterusnya, login ke akaun anda. Masukkan username anda pada Username.
  4. Tekan butang Next.
  5. Sahkan gambar dan Security Phrase Tekan butang Yes.
  6. Masukkan password anda pada Password. Tekan butang Login.
  7. Pada paparan akaun Maybank2U anda, tekan tab Accounts & Banking di atas.
  8. Kemudian, pada bahagian kiri skrin, tekan link Transfers.
  9. Pada laman seterusnya, scroll ke bawah dan tekan link Transaction limit maintenance.
  10. Pada seksyen ini, iaitu Transaction Limit Maintenance, anda boleh melakukan penukaran had transaksi untuk lima jenis pindahan, iaitu:
    • Pindahan wang ke akaun pihak ketiga (3rd Party Transfer)
    • Pindahan Wang Antara Bank GIRO (Interbank GIRO Transfer)
    • Pindahan Wang Antara Bank Segera (Instant Interbank Transfer)
    • Pindahan Telegrafik Asing (Foreign Telegraphic Transfer)
    • Pindahan DuitNow (DuitNow Transfer)
  11. Pilih mana-mana jenis pindahan yang anda ingin naikkan atau turunkan hadnya. Anda hanya boleh melakukan satu jenis penukaran sahaja untuk setiap proses. Jadi sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran, selesaikan satu demi satu proses, kemudian ulang semula proses untuk penukaran kedua.
  12. Misalnya, sekiranya anda ingin menukar had untuk 3rd Party Transfer, tick pada servis ini. Kemudian, tekan drop-down menu di sebelah dan pilih jumlah had yang anda inginkan.
  13. Kemudian, tekan butang Continue.
  14. Pada laman seterusnya, anda perlu mendapatkan nombor TAC untuk mengesahkan penukaran ini.
  15. Tekan Request for TAC.
  16. Anda akan menerima SMS di telefon anda daripada Maybank, yang mengandungi nombor TAC berkenaan.
  17. Masukkan nombor TAC ini di ruang yang disediakan. Tekan butang Confirm.
  18. Penukaran had transaksi anda berjaya.
  19. Selesai

Berapa limit untuk transfer duit melalui Maybank2u?

Bagi pengguna Maybank2u, anda perlu mengetahui had yang telah ditetapkan untuk setiap transaksi yang ingin dilakukan.

Berikut ialah had transaksi Maybank2u.

 

 

Jenis Servis

 

 

Had Transaksi Semasa

Pindahan wang ke akaun pihak ketiga

 

(3rd Party Transfer)

RM3,000.00
Pindahan Wang Antara Bank GIRO

 

(Interbank GIRO Transfer)

RM3,000.00
Pindahan Wang Antara Bank Segera

 

(Instant Interbank Transfer)

RM3,000.00
Pindahan Telegrafik Asing

 

(Foreign Telegraphic Transfer)

RM10,000.00
Pindahan DuitNow

 

(DuitNow Transfer)

RM3,000.00

Ada masalah untuk tukar limit Maybank?

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang penukaran had, sila hubungi Maybank customer service di talian 1300-88-6688.

Akhir kata

Soalan-soalan biasa seperti “how to increase transfer limit Maybank2u”  dan “how to change transfer limit Maybank2u” kini sudah terjawab.

Diharapkan agar perkongsian cara tukar limit Maybank ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Sekadar mengingatkan, jika kad debit anda hampir tamat tempoh, jangan lupa tukar kad Maybank anda juga untuk memudahkan proses pengeluaran.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment