BKM 2022 (Berapa Dapat Bantuan Keluarga Malaysia di myBKM?)


Bagi anda yang menonton Bajet 2022 pada petang Jumaat, 29 Oktober 2021, pasti hati anda berbunga-bunga kerana kerajaan bakal memberikan satu lagi bantuan terbaru iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022). Tapi itu cerita lama. Sekarang, semua orang mahu tahu tentang cara untuk buat semakan status pembayaran BKM 2022ย selepas ramai dapat tahu tarikh bayaran BKM yang terkini.

Selain itu, apa yang anda perlu tahu tentang BKM 2022 ini?

Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Kalau zaman Najib, kita ada BR1M dan BSH. Kalau zaman Muhyiddin, kita ada BPN, BPR dan BKC. Jadi, sama seperti sebelum-sebelum ini, BKM ialah kesinambungan bantuan oleh kerajaan yang begitu prihatin dengan keadaan rakyat, lebih-lebih lagi pasca pandemik COVID-19.

 

Berapa dapat duit bantuan BKM 2022?

Sekiranya anda termasuk dalam kategori isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan, anda bakal menerima RM2,000.ย Sekiranya anda adalah ibu tunggal (dan juga bapa tunggal) yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000, anda bakal menerima RM500.ย Tidak dilupakan, untuk isi rumah warga emas bantuan tambahan adalah sebanyak RM300.

 

Kenapa tak ada BKM bujang?

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2022 berlangsung, ramai golongan bujang yang mengadu bahawa mereka tersisih dan tidak dapat apa-apa dari kerajaan. Ramai juga yang meluahkan rasa marah dan kecewa dengan menulis komen yang bukan-bukan.

Benarkah BKM bujang tidak ada?

Sebenarnya, ada. Ini jawapan dari Menteri Kewangan di Facebook. Kalau tak percaya, boleh rujuk sini. Hanya perlu mendaftar BKM sahaja jika belum. Jika sudah layak, boleh terus buat proses kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia.

Ramai yang bertanya di media sosial, Bantuan Keluarga Malaysia ni tak ada ke untuk bujang? Adaaa. Ucapan Bajet tu sebenarnya cuma sebahagian dari pelbagai bantuan yang disediakan untuk #KeluargaMalaysia. Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan. Tapi dalam #Bajet2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat. Saya kongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua. InsyaAllah pencerahan lain akan menyusul.

Menteri Kewangan juga memuat naik jadual terbaru seperti di bawah:

Jadual Bantuan Keluarga Malaysia

 

Bila boleh daftar & mohon BKM 2022?

Masih belum ada pencerahan dan perincian berkenaan pendaftaran dan permohonan BKM. Bagi penerima sedia ada, samada perlu mohon atau tidak, sama-sama kita tunggu pengumuman dari kerajaan nanti.

Bila pengumuman itu?

Sabarlah. Bajet 2022 baru sahaja melabuhkan tirainya. Kita bagilah peluang mereka berehat dulu. Penat pun tak hilang lagi.

 

Betul ke link untuk BKM ialah bkm.hasil.gov.my ?

Ya, betul. Dulu hanya spekulasi, sekarang pautan yang legit ialah bkm.hasil.gov.my

 

Macam mana nak buat semakan BKM?

Anda boleh semak status kelayakan, permohonan, rayuan, check status pembayaran BKM dan lain-lain lagi melalui portal myBKM.

  1. Login BKM melalui pautan ini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan Noย MyKad / ID Pengguna
  3. Klik Semak
  4. Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Jika status permohonanย LULUS, anda akan dapat lihat paparan
    • Amaun Kelulusan Asas BKM
    • BKM Tambahan
    • Jumlah Keseluruhan BKM
    • Jumlah Telah Dibayar
  7. Anda juga boleh tekan butang Maklumat Bayaran dan Maklumat Anak untuk muat turun dokumen berkenaan pembayaran

 

Bila tarikh bayaran BKM 2022?

Pembayaran BKM akan dilakukan secara 4 fasa iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.

  • Untuk bayaran BKM bulan Mac 2022, tarikh pembayaran ialah: 28 Mac 2022 – 8 April 2022
  • Untuk bayaran BKM bulan Jun 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
  • Untuk bayaran BKM bulan September 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
  • Untuk bayaran BKM bulan Disember 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi

 

Maklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia

Ya, BKM masih baru. Masih lagi belum ada apa-apa talian untuk anda hubungi. Kalau anda jenis tak sabar, boleh layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my

Tapi bersedialah untuk kecewa kerana tak banyak maklumat yang anda boleh dapat.

Orang dah kata, tunggulah. Bila lengkap semua informasi, kami akan kongsi.

 

Akhir kata

Semua orang tertunggu-tunggu tentang perincian BKM. Kami pun mahu tahu juga. Siapa tak suka duit bukan?

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan.

Categories BKM

16 thoughts on “BKM 2022 (Berapa Dapat Bantuan Keluarga Malaysia di myBKM?)”

  1. Alhamdulillah..kerajaan semakin memahami masalh rakyat…terima kasih kerajaan MALAYSIA…u’re the best!!!๐Ÿคžsemoga negara kita terus maju jaya dimasa akan datang…๐Ÿ˜

    Reply

Leave a Comment