Tukar Kad Bank Islam


Jika anda nak tukar kad Bank Islam. Pastikan anda ambil kira beberapa perkara terlebih dulu sebelum bertindak supaya nanti tak berlaku sebarang masalah dan urusan anda akan cepat selesai.

Ingin tahu lebih lagi? Jom dapatkan di dalam artikel kami.

Di mana boleh tukar kad Bank Islam?

Bagi sebarang urusan berkaitan kad Bank Islam termasuklah untuk proses penukaran sama ada kerana telah tamat tempoh, rosak dan sebagainya mestilah dilakukan di cawangan Bank Islam sahaja.

Boleh tukar kad Bank Islam online?

Kad Bank Islam tidak boleh ditukar secara online seperti tukar kad Maybank atau kebanyakan bank-bank lain yang ada.

Proses penukaran kad Bank Islam hanya boleh dilakukan sepenuhnya secara walk-in sahaja iaitu dengan menghadirkan diri ke cawangan.

Cara ganti kad bank di cawangan

Untuk makluman, pada ketika ini. Hanya dengan cara menukar kad Bank Islam di cawangan sahaja yang boleh digunapakai.

Berikut adalah panduannya:

  1. Bawa IC serta kad Bank Islam anda yang lama ke cawangan Bank Islam terdekat.
  2. Dapatkan nombor giliran di tempat ambil nombor dan dapatkan tempat duduk anda.
  3. Tunggu seketika sementara nombor anda dipanggil.
  4. Jika sudah tiba giliran anda, terus ke kaunter urusan yang telah tertera.
  5. Di kaunter tersebut, nyatakan yang anda datang nak tukar, ganti atau perbaharui kad anda.
  6. Anda akan diminta untuk melalui beberapa proses pengesahan dan pemberian maklumat kepada kakitangan bertugas.
  7. Selepas itu, sila ikuti arahan seterusnya yang diberikan daripada kakitangan bertugas untuk menyempurnakan urusan anda sehingga siap.
  8. Jika tiada apa-apa masalah, kad anda akan berjaya ditukar.
  9. Tamat.

Perlu bantuan tentang kad Bank Islam?

Sekiranya anda masih memerlukan bantuan dan maklumat lanjut berkaitan pertukaran kad Bank Islam dan lain-lain yang berkenaan.

Anda boleh menghubungi pihak mereka di talian 03-26-900-900 bagi mendapatkan maklum balas atau tindakan lanjut.

Di samping itu, anda juga boleh menghantarkan sebarang aduan ke alamat emel mereka di [email protected].

Akhir kata

Sampai di sini saja perkongsian kami mengenai tukar kad Bank Islam. Kami berharap ianya dapat membantu mempermudahkan urusan anda yang memerlukan dari semasa ke semasa.

Akhir sekali, jika anda berhajat untuk buka akaun Affin Bank online banking. Anda boleh rujuk pautan di sini rib.affinonline.com.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Tukar Kad Bank Islam”

Leave a Comment