Tarikh BKM Masuk 2022 (Bayaran Duit Dalam Bank Secara Online)


Aku tahu, kau adalah antara orang yang tak sabar-sabar nak check BKM dan ingin maklumat tarikh BKM masuk dalam akaun bank bukan? Tak payah tipu, aku tahu. Kalau tak, takkan kau Google sana, Google sini semata-mata nak tahu adakah orang lain pun sama macam kau atau tidak.

Sebelum kau check akaun bank, sila pastikan yang kau sudah buat semakan status kelulusan BKM terlebih dahulu. Sila log masuk BKM dan check samada kau lulus atau tidak. Jangan menggelabah kalau duit bantuan belum masuk kerana tarikh bayaran BKM hanya bermula pada 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022.

Aku akan share beberapa perkara penting berkenaan semakan dan pembayaran BKM.

Bila tarikh duit BKM masuk?

Maklumat ini adalah berdasarkan laporan Berita Harian yang memetik pengumuman daripadaย Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan bahawa penerima BKM yang membabitkan isi rumah, warga emas dan individu bujang akan menerima pembayaran bantuan yang akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaako berkataย pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas, sama ada bujang atau tiada pasangan dan tidak dilupakan 3.4 juta individu bujang.

Apa yang lebih penting, pembayaran BKM Fasa 1 ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya 2022.

Secara asasnya, tarikh pembayaran duit BKM yang akan masuk dalam akaun akan dilakukan secara 4 fasa iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.

  • Untuk bayaran BKM Fasa 1 bulan Mac 2022, tarikh pembayaran ialah: 28 Mac 2022 โ€“ 8 April 2022
  • Untuk bayaran BKM Fasa 2 bulan Jun 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
  • Untuk bayaran BKM Fasa 3 bulan September 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
  • Untuk bayaran BKM Fasa 4 bulan Disember 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi

 

Duit BKM dah masuk ke?

Ada desas-desus mengatakan bahawa ada pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menerima bayaran bantuan BKM yang masuk lebih awal iaitu pada tarikh 27 Mac 2022. Walau bagaimanapun, jika anda pemilik akaun bank selain BSN, sila buat semakan pembayaran melalui perbankan Internet masing-masing:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank / CIMB Islamic Bank
  • Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic
  • Affin Bank / Affin Islamic Bank
  • RHB Bank / RHB Islamicย Bank
  • Bank Muamalat
  • Maybank / Maybank Islamic
  • Bank Islam
  • Public Bank / Public Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Ambank / AmIslamic Bank

 

Tarikh hari ini, kenapa duit BKM 2022 belum masuk lagi?

Satu sahaja aku boleh cakap.

Sabar.

Kadang-kadang, proses pembayaran bukan boleh dilakukan dalam masa 24 jam. Kau kena faham bahawa kerajaan akan masukkan duit bantuan ke dalam bank dahulu. Kemudian, barulah bank akan masukkan duit pembayaran BKM ke dalam akaun bank kau.

Jadi, kalau kau check BKM Fasa 1 pada 28 Mac 2022 dan duit masih lagi belum ada, sila check lagi pada 29 Mac 2022.

Kalau tak ada lagi, sila teruskan buat semakan pada pada tarikh BKM dijangka masuk iaitu:

  • 30 Mac 2022
  • 31 Mac 2022
  • 1 April 2022
  • 2 April 2022
  • 3 April 2022
  • 4 April 2022
  • 5 April 2022
  • 6 April 2022
  • 7 April 2022
  • 8 April 2022

Sekiranya pada tarikh 8 April 2022 duit bantuan BKM masih lagi belum masuk dalam akaun bank kau, barulah kau perlu menggelabah. Ini kerana tarikh akhir pembayaran ialah 8 April 2022.

Pertama sekali, kau perlu check sekali lagi, pastikan bahawa kau benar-benar mendapat status lulus BKM dan layak menerima pembayaran. Takut-takut, akaun bank kau tidak aktif atau kau terlupabuat proses kemaskini BKM. Kalau dah daftar BKM sekalipun, sila double-check maklumat berkenaan pembayaran.

Yang kedua, kalau kau sebenarnya tak lulus dan tak layak, buang masa kau menunggu.ย Tapi, kalau kau memang lulus dan layak menerima bayaran bantuan BKM, sila hubungi pihak LHDN untuk membuat aduan.

 

Akhir kata

Tahniah aku ucapkan pada mana-mana individu yang sudah terima bayaran BKM.ย Bagi yang masih menunggu bila BKM masuk, bersabarlah. Duit itu tetap ada, cuma mungkin lambat sedikit. Teruskan buat semakan bayaran BKM melalui portal LHDN di bkm.hasil.gov.my

Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran BKM ini dapat melegakan hati kau. Jangan lupa semak cara bayaran BKMย juga. Bagi yang tidak lulus, sila tunggu pautan rayuan BKM yang akan dibuka pada 1 Mei 2022.

Semoga dipermudahkan.

Categories BKM

39 thoughts on “Tarikh BKM Masuk 2022 (Bayaran Duit Dalam Bank Secara Online)”

  1. Why ur kerajaan change status i still have one child under 19 yrs old n i not bujang where my bkm is so low . Mobile number 010788712

    Reply
  2. masih ramai yang bodoh,maaf ini blog dia sampaikan maklumat yang dia tahu saja,yang ada bodoh tanya macam ini kaunter kerjaan kenapa..ko pandai membaca kan faham? jadi kenapa jadi bodoh lagi tanya soalan macam blog ni yang urus pembayaran bkm kamu?cukup ii lah jadi stupid

    Reply
  3. woy2x…korang phm x mksd “berperingkat”?…it’s mean…even bank kerajaan pn blum tntu smua dha masuk skrg niy…so apa korang kena buat ialah ‘bersabar’…klau dha x sbr sngt..chek my bkm setiap hari…bkn post2x dha masuk ke blum…

    Reply
  4. jangan gadu jangan gaduh..dah la.org ramai skrang ne memang mcm ne..sebab apa,terbiasa bantuan sebelum ne br1m,bsh,bpr..hanya sekali lafaz jk perkataan(esok masuk) terus lancar jer semua masuk..skrang ne lain macam

    Reply
  5. Salam min… nk minta pendapat min atau sape2 yg kes nye jenis sama macam aku ni..cite nye aku xleh nk cek status aku..dari bpn berapa entah start nye ade kena log in …padahal aku tak jugak pernah lagi buat id n pass…tetiba ade pass… n satu hal lagi..aku law buat apa2 register atau permohonan apa2..mesti akan guna satu email utama aku. apahal dia kata tak wujud..pening wei….

    so skrg ni .cer berbagi cara atau pendapat korang untuk setel masalah aku ni.. mane tau ade sape2 yg singgah sini sama lak kesnya cam aku..hehe..

    Reply
  6. Salam min… nk minta pendapat min atau sape2 yg kes nye jenis sama macam aku ni..cite nye aku xleh nk cek status aku..dari bpn berapa entah start nye ade kena log in …padahal aku tak jugak pernah lagi buat id n pass…tetiba ade pass… n satu hal lagi..aku law buat apa2 register atau permohonan apa2..mesti akan guna satu email utama aku. apahal dia kata tak wujud..pening wei….

    so skrg ni .cer berbagi cara atau pendapat korang untuk setel masalah aku ni.. mane tau ade sape2 yg singgah sini sama lak kesnya cam aku..hehe..

    Reply
  7. Hahahha… yang x reti bahasa tu dah la sepasal, tp xpalah sbb dia tak reti.. ni yang serba tahu ni lain macam dia punya penerangan.. Marah mcm ganggu rumah tangga dia pulak… x pernah jumpa ka spesis yang nak antaq private msg tapi send dekat wall facebook? Hmmm….

    Reply
  8. orang-orang yg tertunggu duit masuk bkm dah mcm gian pulak, mcm mat pet pun ada. maaf. dan yang tulis artikel ni pun satu. macam artikel lawak gila-gila.

    Reply
  9. aduiii… kenapa la tak fikir pasal tarik tu betul2 kesian la kami ya harap kqn bkm raya ni kalau bulan jun nak buat apq wahai semuw rakayat jelata yg miskin lagi hina lupa kan la hasrat kita untuk menyambut raya tahun ni tingal 1 hari lagi puasa jika duit bkm masuk jun nampak nya kita tak da la nak buat pa tahu ni hari raya tingal berapa hari lagi wahai kamu org2 yg kaya tingi menjulang jangan la kami dj hina hanya di sebap kan menuntu duit bkm kami tidak perna minta jadinya begini kerana kedatangan bairus yg sangat medikan kami org2 miskin ke hilangan kerja hanya tuhan saja yg tahu ampun dan maaf sya pinta kepada pedana mernteri yg memberi tarik bukannya sya nak mencaga tapi jika bkm di bayar jun nak buat apa raya nak dekat tingial 1 hari lagi sepatutnya bkm pasa 1 tu di bayar pada bulan kita nak sambut raya jika bkm fasa 2 di bayar bulan jun apa la nasip kani org2 miski hina ni suda la miskin di hina lagi ampun maaf syg pinta kepada raja2 dan kepada mmenteri2 sya cuma meluakan perasan kami org2 miskin sya mempunyi mama yg uzur sakit berharap kan sya dapat bantuan bkm tu waktu raya tapi abis raya baru dapa nak buat apa nasip2 jadi org miskin tak apa la hanya doa sama tuha semoga org2 kaya yg sombong bertamba kaya tapi jika sya maaf sya tidak memili jadi org kaya sebap sya takut jadi org2 yg munafik kebanyakan yg sya nampak org2 yg munafik datangnya dari org2 kaya benar ka

    Reply

Leave a Comment