Syarat Buka Akaun Maybank


Artikel ini ada menyediakan beberapa info dan syarat buka akaun Maybank yang perlu anda tahu sebelum melakukannya. Nak tahu apa dia?

Apa syarat buka akaun Maybank?

Jika anda ingin membuka akaun Maybank. Pastikan anda mengikuti syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Maybank seperti di bawah.

Dokumen diperlukan untuk buka akaun Maybank

  • Kad pengenalan diri / Kad ID Polis atau Tentera.
  • Sijil kelahiran (untuk akaun kanak-kanak).
  • Pasport (untuk bukan warganegara).
  • Dokumen sokongan sebagai rujukan seperti lesen memandu, kredit kad, bil utiliti atas nama pemohon atau surat pengesahan majikan atau institusi pengajian (jika diperlukan).

Kelayakan untuk buka akaun Maybank

  • Minimum berumur 18 tahun dan ke atas dan untuk individu berumur 18 tahun ke bawah perlulah membawa penjaga bersama.
  • Duit sebanyak RM20 hingga RM50 sebagai deposit pembukaan akaun (bergantung kepada jenis akaun).

Kalau tak cukup syarat, boleh ke buka juga?

Jawapannya boleh. Namun pastikan anda membawa sebarang dokumen sokongan lain bagi membolehkan pembukaan akaun anda dijalankan.

Sebagai contoh, bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat universiti dan seumpamanya (tidak mempunyai pendapatan).

Anda perlulah membawa surat tawaran daripada institusi pembelajaran anda sebagai dokumen sokongan selain daripada kad pengenalan diri.

Cara buka akaun Maybank di cawangan

Berikut adalah langkah-langkah bagaimana anda perlu membuka akaun Maybank anda secara walk-in:

  1. Bawa semua dokumen yang diperlukan.
  2. Kunjungi mana-mana cawangan Maybank yang ada berdekatan anda.
  3. Ambil nombor giliran berdasarkan tujuan anda.
  4. Tunggu seketika sehingga nombor anda dipanggil.
  5. Pergi ke kaunter urusan yang telah dimaklumkan.
  6. Beritahu kepada kakitangan bertugas yang anda nak buka akaun Maybank.
  7. Sila ikuti arahan seterusnya daripada kakitangan bertugas untuk melengkapkan proses pembukaan akaun Maybank anda sehingga selesai.
  8. Jika tiada apa-apa masalah, akaun Maybank anda akan berjaya didaftarkan pada waktu yang sama.
  9. Selesai.

Boleh daftar akaun Maybank secara online?

Ya, boleh. Anda boleh membuka akaun Maybank secara online melalui halaman di sini www.maybank2u.com.my atau maybank2u.com.my ini.

Ada pertanyaan lain tentang syarat buka akaun Maybank?

Sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut mengenai pembukaan akaun Maybank dan hal-hal lain yang berkaitan.

Sila hubungi talian 1-300-88-6688 bagi mendapatkan sebarang bantuan, tindakan lanjut atau maklum balas daripada Bahagian Khidmat Pelanggan Maybank.

Akhir kata

Sekian saja perkongsian kami kali ini. Diharapkan ianya dapat membantu anda yang nak buka akaun Maybank.

Akhir sekali, untuk anda yang menghadapi masalah kenapa Maybank2u tak boleh login, Maybank reject code 0089 dan sebagainya. Bolehlah menghubungi talian bantuan seperti yang kami sertakan di atas jika masalah anda itu masih tak dapat diselesaikan.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Syarat Buka Akaun Maybank”

  1. Saya ada la seorang Suri rumah pemegang passport. Yang berkahwin dengan warganegara Malaysia. Adaka saya layak membuka account Maybank dan apakah syarat yang diperlukan?

    Reply

Leave a Comment