Bagi anda yang sedang melakukan transaksi Instant Transfer di maybank2u.com.my, jangan panik kalau terima ralat Maybank reject code 0089. Ada sebabnya kenapa Transaction Declined.
Izinkan kami berkongsi.
Apa maksud Maybank Reject Code 0089?
Apabila anda menerima ralat atau error Reject Code 0089 untuk Instant Interbank Fund Transfer melalui Maybank2u, ini bermakna terdapat sedikit masalah connection dengan bank penerima.ย
Contohnya, jika anda cuba buat pindahan wang ke CIMB, CIMB yang ada problem. Jika anda buat pindahan duit ke BSN dan terima Maybank reject code 0089, maka BSN yang ada problem.
Tak ada masalah apa-apa dengan Maybank. Ramai yang pernah mengalamai masalah ini seperti yang dikongsikanย di Facebook.
Kalau adaย errorย Maybank Transaction Declined Reject Code 0089, cuba tukar guna Interbank GIRO
Kami pasti anda sedia maklum bahawa pindahan wang menggunakan Instant Transfer adalah sekelip mata.
Contohnya, kalau kita transfer jam 9.30am, maka kita akan terima duit jam 9.30am juga. Dan-dan itu juga kita akan terima duit tersebut.
Namun, jika anda masih lagi menerima errorย Maybank Reject Code 0089 seperti di atas, cadangan kami ialah akan tukar proses pindahan daripada Instant Transfer ke Interbank GIRO.
Kami juga sedia maklum, kalau transfer guna GIRO, ramai yang akan bertanya IBG transfer berapa hari pula?
Untuk makluman, jika tukar kepada GIRO, tempoh penerimaan duit adalah bergantung kepada hari minggu atau hari bekerja.
Pada hari bekerja iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat; ia bergantung kepada waktu transaksi tersebut. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:
Waktu Transaksi |
Wang Diterima |
Bayaran Balik Untuk Transaksi Yang Tidak Berjaya |
||
Masa | Hari | Masa | Hari | |
Sebelum jam 5.00 pagi | 11.00 pagi | Hari yang sama | 5.00 petang | Hari yang sama |
5.01 pagi โ 8.00 pagi | 2.00 petang | Hari yang sama | 8.20 malam | Hari yang sama |
8.01 pagi โ 11.00 pagi | 5.00 petang | Hari yang sama | 11.00 malam | Hari yang sama |
11.01 pagi โ 2.00 petang | 8.20 malam | Hari yang sama | 11.00 pagi | Hari bekerja seterusnya |
2.01 petang โ 5.00 petang | 11.00 malam | Hari yang sama | 11.00 pagi | Hari bekerja seterusnya |
Selepas 5.00 petang | 11.00 pagi | Hari bekerja seterusnya | 5.00 petang | Hari bekerja seterusnya |
Pada hari tidak bekerja, iaitu Sabtu dan Ahad; sebarang transaksi yang menggunakan Interbank GIRO yang dilakukan pada BILA-BILA masa sahaja, duit akan diterima pada hari bekerja seterusnya pada jam 11 pagi.
Contohnya, jika anda buat IBG Transfer pada hari Sabtu jam 10 pagi, duit akan diterima oleh pihak satu lagi pada hari Isnin jam 11 pagi.
Sekiranya transaksi tidak berjaya, duit akan dimasukkan semula ke dalam akaun Maybank pada hari bekerja seterusnya pada jam 5 petang.
Sampai bila kena tunggu masalah Maybank Transaction Declined?
Sekiranya tidak urgent, anda boleh sahaja tunggu beberapa ketika sehingga masalah Transaction Declined ini selesai.
Walau bagaimanapun, ini adalah di luar bidang kuasa kami untuk mengetahui bila masalah ini akan diselesaikan. Takut-takut bila guna saranan IBG Transfer di atas, duit lagi lambat masuk.
Lagi haru!
Akhir kata
Jika anda masih lagi mengalami masalah Maybank Reject Code 0089 berkenaan Transaction Declined ini, anda boleh cuba hubungiย Maybank Group Customer Care di talian 1-300-88-6688.
Ini adalah talian khas jika anda berada di Malaysia untuk bertanyakan apa-apa sahaja pertanyaan berkenaan Maybank.
Semoga dipermudahkan segala urusan.