Cara Reset Password BSN


Terlupa password untuk login itu perkara biasa. Terlupa username BSN juga perkara biasa. Nama pun manusia. Mana ada yang sempurna. Jadi, bagi anda yang terlupa password untuk login mybsn.com.my, sila ikut cara untuk reset password BSN ini.

Izinkan kami berkongsi.

Persediaan sebelum reset password BSN

Sebelum bermula, pastikan anda mempunyai perkara berikut:

  • Nombor Kad Debit atau Kad Kredit
  • Pin nombor Kad Debit atau Kad Kredit
  • Nombor telefon yang sudah didaftar dengan BSN
  • Nombor telefon tersebut mestilah masih lagi aktif
  • Nombor telefon ini akan digunakan untuk menerima kod TAC / OTP dalam bentuk SMS
  • Cara reset password BSN di mybsn.com.my
  1. Layari laman web rasmi BSN di www.mybsn.com.my.
  2. Klik Log masuk.
  3. Sila masukkan Username, Kad Debit/ Kredit, CVV2 dan Expiry Date (bulan dan tahun) yang terdapat di belakang kad anda.
  4. Isikan New IC Number, Old IC, Passport Number atau Military No. anda dalam ruangan yang disediakan. Anda dikehendaki mengisi salah satu ruangan IC number untuk ke laman seterusnya.
  5. Klik Submit untuk ke halaman seterusnya.
  6. Anda akan diminta untuk membina kata laluan BSN Online yang baru.
  7. Sila semak maklumat anda seperti Username adalah betul.
  8. Kemudian, masukkan kata laluan yang baru (New Password).
  9. Di ruangan Confirm Password, ulangi password yang anda taip tadi.
  10. Klik Request OTP
  11.  Masukkan OTP yang diterima secara mesej dari BSN ke nombor telefon yang telah didaftar dengan BSN.
  12. Tekan Submit
  13. Anda telah berjaya reset password BSN
  14. Selesai

Ada masalah reset password BSN online?

Sekiranya anda masih lagi mempunyai masalah untuk login dan tidak boleh reset password myBSN, sila hubungi BSN Contact Centre di talian berikut:

  • 1300 88 1900

Selepas berjaya reset, login semula myBSN online

Berikut pula cara untuk login semula sekiranya anda telah berjaya reset semua password BSN:

  1. Layari https://www.mybsn.com.my
  2. Untuk pelanggan yang sudah mencipta akaun keahlian seperti langkah di atas, anda hanya perlu masukkan username
  3. Tekan butang Login untuk log masuk ke akaun MyBSN anda.
  4. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
  5. Masukkan password akaun anda.
  6. Anda kini sudah berjaya login MyBSN online
  7. Selesai

Ada boleh teruskan membuat transaksi yang dikehendaki seperti transfer duit, bayar bil, beli topup guna BSN dan lain-lain lagi.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset password BSN online ini akan memudahkan lagi urusan perbankan atas talian anda.

Pastikan nombor telefon anda dalam MyBSN juga adalah yang terkini. Sila kemaskini nombor telefon BSN sekiranya perlu. Ini adalah penting untuk mendapatkan kod TAC / OTP untuk melakukan segala transaksi online.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

5 thoughts on “Cara Reset Password BSN”

Leave a Comment