Terlupa Username BSN Online (Cara Dapatkan Username & Password)


Sekarang ini, boleh dikatakan semua bank menyediakan servis perbankan online untuk memudahkan kita. Dengan adanya online banking, kita boleh melihat baki akaun, transfer duit, topup prepaid dan membuat pelbagai pembayaran. Kadang-kadang, cash pun tak perlu bawa sebab boleh bayar secara online sahaja. Dalam Malaysia, hampir dikatakan semua bank ada service ini. Salah satunya ialah Bank Simpanan Nasional (BSN). Jika anda pengguna BSN Online, tetapi terlupa username BSN Online anda, kami akan kongsikan apa nak buat untuk login akaun BSN anda.

Lihat sini untuk cara daftar & login di BSN Online.

1. Apa nak buat kalau terlupa username BSN Online?

  1. Kalau anda terlupa username anda,  apa yang paling anda perlukan ialah kad bank anda.
  2. Selepas itu, anda hanya perlu menghubungi call center BSN di talian 1300 88 1900.
  3. Kemudian, beritahu pada pegawai yang bercakap dengan anda tentang kehilangan username BSN Online.
  4. Pegawai bank akan meminta maklumat nombor kad bank anda dan nombor kad pengenalan untuk pengesahan.
  5. Selepas disahkan, pegawai bank akan beritahu username anda. Selesai.

Anda sudah dapat kembali username BSN anda.

 

2. Terlupa password BSN Online

Jika anda terlupa kata laluan, ikut sahaja cara reset password BSN seperti di bawah ini:

  1. Layari https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  2. Tekan FORGOT PASSWORD.
  3. Isikan butiran yang diperlukan iaitu:
    • Username
    • Credit / debit card number
    • CVV2 (nombor di belakang kad)
    • Expiry date
    • Nombor IC
  4. Tekan SUBMIT.
  5. Skrin baru akan terpapar.
  6. Masukkan kata laluan baru pada kotak New Password
    •  (kata laluan anda mesti mempunyai huruf besar dan huruf kecil)
  7. Masukkan sekali lagi kata laluan baru pada kotak Confirm New Password.
  8. Tekan pada Request OTP dan nombor OTP akan dihantar pada no telefon anda yang aktif.
  9. Tekan Submit.

Kata laluan anda telah berjaya ditukar.

 

3. BSN online kena block?

Apa nak buat kalau BSN Online anda kena block? Kebiasaannya, akaun BSN anda akan dinyahaktif sekiranya anda tidak login melebihi tempoh 2 bulan.

Untuk aktifkan kembali akaun BSN Online anda, anda boleh hubungi 1300 88 1900 dan pegawai akan membantu anda. Atau anda juga boleh pergi ke cawangan bank BSN terdekat untuk aktifkan semula.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian kami ini bermanfaat untuk anda. Jika anda ingin ke cawangan BSN, baca dahulu perkongsian kami mengenai temujanji BSN Online.

Bagi business owner, anda juga boleh membuat pinjaman BSN untuk perniagaan anda. Kami ada kongsikan maklumat pinjaman BSN untuk perniagaan.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

10 thoughts on “Terlupa Username BSN Online (Cara Dapatkan Username & Password)”

  1. Saya dah pakai nombor baru .dan nombor telefon lama dah tak aktif lagi .boleh ke aktifkan bangking online saya .dan saya nak mintak username dan passwod yg lama..

    Reply
  2. Saya lupa unsername dengan password mybsn saya… macam mana saya nak dapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini….

    Reply

Leave a Comment