BSN Online Banking


Bagi anda yang sudah mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional, kami sarankan anda daftar BSN online banking juga melalui bsn.com.my. Mudah untuk buat transaksi tanpa perlu ke cawangan.

Izinkan kami berkongsi berkenaan BSN online banking ini.

Cara register BSN online banking

Berikut ialah cara untuk buat registration online banking BSN. Pastikan anda sudah semak kelayakan dan umur berapa boleh buat online banking BSN. Ini adalah bagi mengelakkan kekecewaan akibat tidak dibenarkan membuka akaun.

  1. Layari laman web rasmi BSN di sini: https://bsn.com.my
  2. Klik menu Login di bahagian atas sebelah kanan
  3. Pilih myBSN
  4. Anda akan dibawa ke mybsn.com.my
  5. Klik Login dan pilih myBSN
  6. Kemudian, tekan Register dan pilih First Time Registration untuk membuat pendaftaran keahlian baru.
  7. Sila baca semua terma dan syarat yang ditetapkan. Sebagai tanda persetujuan, tandakan di ruangan Accept dan Decline jika tidak bersetuju. Jika anda menandakan di ruangan Decline, anda akan kembali ke halaman utama mybsn.
  8. Klik Next selepas anda Accept anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan .
  9. Isikan 16 digit nombor kad debit/ kredit kad, CVV2 yang mengandungi 3 digit, yang didapati di belakang kad anda dan tarik luput atau dikenali sebagai Expiry Date.
  10. Sila masukkan nombor kad pengenalan di dalam ruangan yang disediakan dan tekan Next untuk ke skrin seterusnya.
    • New IC Number adalah khas untuk warganegara Malaysia
    • Old IC adalah bagi individu yang belum memiliki MyKad
    • Passport atau Military IC bagi individu yang tidak memiliki MyKad atau bukan warganegara Malaysia
  11. Isikan username yang anda ingin guna.
  12. Kemudian, masukkan Kata Laluan atau dikenali sebagai Password . Isikan Password yang sama di ruangan Confirm New Password.
  13. Tekan “Request OTP” yang telah didaftarkan untuk akaun BSN dan klik butang Confirm.
  14. Masukkan kod OTP di ruangan “ OTP Number
  15. Anda dikehendaki untuk memilih “Online Image”. “Online Image” ini bertindak sebagai pengesahan setiap kali anda log masuk ke akaun banking MyBSN.
  16. Akhir sekali, klik butang SUBMIT dan pendaftaran akaun perbankan myBSN anda telah berjaya.

Log Masuk BSN online banking (First Time Login)

Ini adalah langkah untuk myBSN First Time Registration, iaitu pengguna yang mahu login buat kali pertama setelah berjaya membuat pendaftaran BSN online.

  1. Tidak perlu layari https://bsn.com.my
  2. Boleh terus layari https://mybsn.com.my
  3. Masukkan Username
  4. Tekan butang Login
  5. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
  6. Masukkan Password akaun anda.
  7. Setelah dapat akses masuk, isikan maklumat peribadi anda.
  8. Pilih jenis soalan rahsia yang anda ingin jawab dan masukkan jawapan anda.
  9. Anda kini sudah berjaya login BSN online banking

Log masuk BSN yang seterusnya

Ini bukan cara login untuk kali pertama. Anda sudah tidak perlu isikan soalan rahsia lagi. Boleh terus login untuk buat transaksi.

  1. Tidak perlu layari https://bsn.com.my
  2. Boleh terus layari https://mybsn.com.my
  3. Masukkan Username
  4. Tekan butang Login
  5. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
  6. Masukkan Password akaun anda.
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya log masuk ke dalam BSN online banking

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan BSN online banking ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Antara transaksi yang boleh dilakukan menggunakan myBSN adalah pindahan duit, pembayaran bil, check online balance BSN dan macam-macam lagi.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

29 thoughts on “BSN Online Banking”

  1. How to change phone number? When I’m register I put my old phone number now I’m change my number.. So how to change my phone number? Need to change my new phone number. Thank you!

    Reply
  2. Saya lupa kata laluan BSN online banking. jadi nak buat yang baru pun tak dapat..macam mana tu??
    Fon nom 0139363808

    Reply
  3. Boleh tolong perbaharui staf bsn sandakan sabah atau mana pun syarikat bank bsn untuk yang membuat panggilan untuk mengesahkan buka menu online banking , ambil masa lama 1 2 hari belum tentu dapat menyambung apa cuma satu orang pelayan panggilan dalam 1 Syarikat bank bsn? 1 hari sampai 10 kali tunggu panggilan di sambung dan telalu banyak telan kredit yang menghubungi pelayan panggilan online bangking atau sebaliknya kalau terus telan 10 tapi menyambung dengan kejap tidak mengapa.saya faham prosedur panggilan tengah full tapi saya cuma apa tahu dalam setiap bank bsn apa cuma 1 orang pelayan untuk yang mengesahkan online banking? Tolong jangan membuang masa orang menunggu setiap setiap detik agar penghubungi dapat menyambung kepada pelayan bsn yang mengesankan online bangking. Ada banyak masa di buang demi menghubungi staf bsn cuma kerana minta mengesakan menu online banking. Saya tahu semua staf bsn sibuk apa terfikir orang hubungi untuk sah Menu online bangking juga tidak sibuk? terutama untuk pernigaa online lagi lagi orang ada kepentingan transfer duit ke akaun orang yang terpaksa kena tunggu 24 jam untuk dapat menyambung itu pun belum tentu dapat 24 jam. Ingat yang menghubungi tiada kerja kena call lepas kredit habis saja asal call staf pelayanan online bangking!tolong la naik taraf saya mohon sangat kesian dekat ada kepentingan mahu online bangkin terutam untuk orang kampung yang tiada kenderaan mahu ke bandar lagi lagi musim covid semua kena online. Bertapah penting nya bangking online untuk orang yang kampung untuk orang yang tiada kenderaan untuk berurusan dengan itu ini. Tolong hr apa pun itu naik taraf untuk menjadi orang mahu buat panggilan open menu online bangking. Permudahkan urusan awam orang awam layak permudahkan urusan staf. Sama sama senang hati.

    Reply
  4. Kenapa saya tak boleh cek baki melalui sms… Dan kenapa saya tak dapat sms bila ada duit keluar Dan masuk dari akaun simpanan saya… Dah Cuba berkali2… Tapi gagal juga…

    Reply
  5. Kenapa saya tdk dot guna BSN internet online, sudah lama Sy rigester,semuanya ok. Sekarang ianya tunjuk error apabila Sy tekan username, ianya berkata guna Alp a-z Dan 1-9. Kenapa pula ini. Sy langsung x dpt buka online bank danx dpt tengok Wang ada msk ke x,,,takut scam

    Reply

Leave a Comment