Umur Berapa Boleh Buat Online Banking BSN?


Salah satu soalan yang kerap kami terima adalah seperti umur berapa boleh buat online banking BSN. Jadi, sebenarnya bila waktu yang sesuai untuk anda daftar sistem perbankan internet BSN anda?

Bagi menjawab soalan tersebut, mari dapatkan jawapannya di sini.

Jemput baca perkongsian kami.

Umur berapa boleh buat online banking BSN?

Syarat umum untuk membolehkan pendaftaran online banking BSN dibuat adalah minimum 18 tahun dan ke atas.

 

Kalau dah mencapai had umur, bagaimana nak register online banking?

Sekiranya anda dah mencapai had umur dan nak buat online banking BSN. Sila pastikan anda telah membuka akaun bank BSN terlebih dulu.

Andai kata belum buka lagi akaun bank, boleh pergi buka akaun bank BSN di mana-mana cawangan BSN berhampiran. Tapi, jangan lupa untuk bawa sekali kad pengenalan diri anda berserta deposit bagi pembukaan akaun minimum RM50.00.

So, buat anda yang memang dah ada akaun simpanan individu di BSN. Bolehlah ikuti panduan di bawah untuk buat online banking BSN.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web myBSN di sini www.mybsn.com.my.
  2. Anda akan dibawa ke laman utama web myBSN.
  3. Sila lihat ke sebelah kanan atas skrin, dan pilih BAHASA sama ada BM atau ENG untuk anda gunakan. Di sini kami gunakan bahasa ENG.
  4. Kemudian cari butang Register dan klikkan pada butang tersebut.
  5. Seterusnya, anda akan dibawa ke laman First Time Registration.
  6. Di sini, sila baca Terms & Conditions yang telah ditetapkan oleh BSN sebelum dapat menggunakan Servis Perbankan Internet BSN ini.
  7. Tekan Accept jika anda bersetuju dengan Terms & Condition tersebut.
  8. Anda akan dibawa ke laman seterusnya.
  9. Di laman ini, sila masukkan segala butiran yang diperlukan seperti:
    • Debit / Credit Card Number.
    • CVV2 (3 digit terakhir yang tertera pada belakang kad anda).
    • Expiry Date.
    • New IC Number.
    • Passport Number (jika perlu).
    • Military No (jika perlu).
  10. Sila ambil perhatian, tanda (*) yang berada pada beberapa ruangan butiran adalah wajib diisi.
  11. Tekan Next.
  12. Pada laman berikutnya, masukkan Username yang anda inginkan dan kata laluan pada ruangan Password mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  13. Kemudian, klik Request OTP dan anda perlu memasukkan Code OTP yang telah dihantar kepada nombor telefon yang siap didaftarkan semasa proses register akaun bank BSN anda dulu.
  14. Berikut, tekan Confirm.
  15. Seterusnya, sila pilih salah satu gambar yang tertera di ruangan Online Image untuk tujuan pengesahan akaun, sekuriti atau keselamatan akaun anda.
  16. Sila ikuti arahan berikutnya untuk melengkapkan proses buat online banking BSN anda sehingga selesai (jika ada).
  17. Tahniah! Anda sudah berjaya buat online banking BSN.

 

Ada masalah untuk buat online banking BSN?

Jika anda menghadapi sebarang kesulitan dan masalah berhubung pertanyaan umur berapa boleh buat online banking BSN atau  BSN online register dan hal-hal lain berkaitan BSN.

Anda boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900 bagi mendapatkan maklum balas dan tindakan lanjut.

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian kami mengenai umur berapa boleh buat online banking BSN ini dapat memberikan pencerahan kepada mereka yang memerlukannya. Kami juga doakan agar urusan perbankan anda selepas ini menjadi lebih mudah dengan adanya artikel ini.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

1 thought on “Umur Berapa Boleh Buat Online Banking BSN?”

Leave a Comment