BSN Online Register Bahasa Melayu (Siap Daftar 30 Minit)


Tak semua orang mahir Bahasa Inggeris. Jadi, ada kalanya sukar untuk memahami terma-terma tertentu semasa ingin buat pendaftaran online di myBSN sehingga mengambil masa yang lama. Kami mengambil inisiatif ini untuk menyediakan tutorial berkenaan register BSN online dalam Bahasa Melayu. Insya Allah, jika diikuti dengan betul, boleh selesai pendaftaran myBSN dalam masa 30 minit. Barulah boleh buat BSN online transfer dengan senang hati!

Izinkan kami berkongsi.

Sebelum register BSN online, kena buat apa?

Untuk melancarkan proses pendaftara, kami cadangkan anda siap-siap pegang kad debit ATM atau kad kredit BSN anda. Catat nombor 16 digit yang tertera kerana ia akan digunakan untuk mendaftar myBSN nanti.

Sila catat nombor 3 digit CVV2 yang terletak di belakang kad debit ATM BSN juga.

 

Cara register BSN online dalam Bahasa Melayu

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk daftar BSN online dalam Bahasa Melayu:

  1. Layari laman web rasmi BSN di sini: https://bsn.com.my
  2. Klik menu Login di bahagian atas sebelah kanan
  3. Pilih myBSN
  4. Anda akan dibawa ke satu laman baru di sini: https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  5. Klik Login dan pilih myBSN
  6. Kemudian, tekan Register
  7. Anda akan berada di laman First Time Registration yang membolehkan anda membuat pendaftaran keahlian baru.
  8. Sila baca semua terma dan syarat yang ditetapkan.
  9. Sebagai tanda persetujuan, tandakan di ruangan Accept dan Decline jika tidak bersetuju. Jika anda menandakan di ruangan Decline, anda akan kembali ke halaman utama. Mahu tidak mahu, mesti kena tekan Accept.
  10. Klik Next selepas anda Accept sebagai tanda anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan .
  11. Isikan 16 digit nombor kad debit/ kredit kad, CVV2 yang mengandungi 3 digit, yang didapati di belakang kad anda dan tarik luput atau dikenali sebagai Expiry Date.
  12. Sila masukkan nombor kad pengenalan di dalam ruangan yang disediakan dan tekan Next untuk ke skrin seterusnya.
    • New IC Number adalah khas untuk warganegara Malaysia
    • Old IC adalah bagi individu yang belum memiliki MyKad
    • Passport atau Military IC bagi individu yang tidak memiliki MyKad atau bukan warganegara Malaysia
  13. Isikan username yang anda ingin guna.
  14. Kemudian, masukkan kata laluan atau password .
  15. Isikan Password yang sama di ruangan Confirm New Password.
  16. Tekan “Request OTP” yang telah didaftarkan untuk akaun BSN dan klik butang Confirm.
  17. Masukkan kod OTP di ruangan “ OTP Number
  18. Anda dikehendaki untuk memilih “Online Image”. “Online Image” ini bertindak sebagai pengesahan setiap kali anda log masuk ke akaun banking MyBSN.
  19. Akhir sekali, klik butang SUBMIT dan pendaftaran akaun perbankan myBSN anda telah berjaya.
  20. Selesai

 

Untuk guna BSN online transfer, perlu register lain ke?

Tidak perlu.

Apabila anda berjaya daftar myBSN, anda boleh gunakan kesemua perkhidmatan yang disediakan. Anda juga tidak perlu mendaftar portal lain hanya untuk buat pindahan wang ke akaun BSN yang lain atau akaun-akaun bank yang lain.

 

Lepas siap register BSN online banking dalam Bahasa Melayu, macam mana nak login?

Seperti kebanyakan perbankan Internet lain yang memerlukan First Time Login, BSN juga tidak terkecuali. Ini adalah satu langkah penting untuk membuat pengesahan identiti anda buat kali pertama.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk login myBSN buat pertama kali:

  1. Layari https://mybsn.com.my
  2. Masukkan Username
  3. Tekan butang Login
  4. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
  5. Masukkan Password akaun anda.
  6. Setelah dapat akses masuk, isikan maklumat peribadi anda.
  7. Pilih jenis soalan rahsia yang anda ingin jawab dan masukkan jawapan anda.
  8. Anda kini sudah berjaya login BSN online banking
  9. Selesai

 

Cara login BSN yang seterusnya

Ini bukan cara login untuk kali pertama. Anda sudah tidak perlu isikan soalan rahsia lagi. Boleh terus login untuk buat transaksi.

  1. Tidak perlu layari https://bsn.com.my
  2. Boleh terus layari https://mybsn.com.my
  3. Masukkan Username
  4. Tekan butang Login
  5. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
  6. Masukkan Password akaun anda.
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya log masuk ke dalam BSN online banking
  8. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara register BSN online dalam Bahasa Melayu ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Antara perkhidmatan yang paling popular di BSN ialah check balance di www.mybsn.com.my. Kami harap anda cuba juga pelbagai perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak BSN seperti DuitNow BSN transfer dan macam-macam lagi.

Semoga bermanfaat.

Categories BSN

8 thoughts on “BSN Online Register Bahasa Melayu (Siap Daftar 30 Minit)”

Leave a Comment