Kemaskini Nombor Telefon BSN (Cara Tukar / Update No Phone Baru)


Memang menggelabah kepala bila tak dapat nombor TAC atau OTP di telefon bimbit semasa buat transaksi online di mybsn.com.my. Puas cari punca kenapa tak terima SMS TAC / OTP, tapi masih tak jumpa. Rupa-rupanya, nombor telefon yang ada dalam sistem perbankan Internet MyBSN masih menggunakan nombor yang lama. Jadi, anda perlu dapatkan cara kemaskini nombor telefon BSN kepada no yang baru.

Izinkan kami berkongsi.

Boleh tukar nombor telefon BSN di ATM?

Dulu boleh, tapi sekarang tidak lagi. Pelanggan BSN tidak boleh kemaskini nombor telefon di ATM.

 

Jadi, macam mana nak kemaskini no telefon BSN?

Apa-apa urusan berkenaan kemaskini no telefon bagi kegunaan mybsn.com.my hanya boleh dilakukan melalui kaunter cawangan BSN yang berdekatan.

Pendaftaran semula hanya boleh dilakukan melalui laman web MyBSN dalam tempoh 24 jam selepas urusan kemaskini maklumat dilakukan melalui kaunter BSN.

 

Apa yang perlu disediakan untuk tukar nombor telefon di kaunter BSN?

Ada beberapa perkara dan syarat-syarat tertentu yang anda perlu anda penuhi sebelum update nombor telefon di kaunter BSN.

Antaranya ialah:

  • Anda hadir sendiri di kaunter BSN dan bukannya wakil
  • Isi borang untuk kemaskini nombor telefon BSN anda
  • Jika email anda berubah, sila update email anda sekali
  • Pastikan anda bawa Kad Pengenalan / MyKad yang original
  • Pastikan anda bawa kad debit atau kad ATM BSN
  • Pastikan anda ingat nombor telefon baru

Ambil cakna waktu operasi BSN bagi mengelakkan kekecewaan. Sila hadir ke cawangan dari jam 9 pagi sehingga 4.450 petang sahaja. Buat temujanji BSN jika perlu. Bawa duit secukupnya jika perlu melakukan apa-apa transaksi di kaunter BSN.

 

Masih ada masalah untuk update no telefon BSN?

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk tukar no telefon di cawangan, sila ajukan terus pertanyaan kepada pegawai di kaunter BSN tersebut.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah untuk mendaftar semula nombor telefon di MyBSN selepas mengemaskini, sila hubungui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300 88 1900 yang beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.

Jika terlupa username BSN atau password yang diperlukan untuk login mybsn.com.my online, anda juga boleh cuba hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN untuk bantuan.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara kemaskini nombor telefon BSN ini akan memudahkan urusan anda. Kami tahu, ramai yang ingin buat semakan baki dalam akaun BSN lantaran menerima bantuan daripada kerajaan seperti BKM dan juga pengeluaran KWSP 10k.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Categories BSN

30 thoughts on “Kemaskini Nombor Telefon BSN (Cara Tukar / Update No Phone Baru)”

  1. Saya telah menukar/kemaskini no fon baru untuk register bsn online..semasa register bsn online,,kenapa request tac dihantar pada no fon yang lama sedangkan Saya telah menukar yg baru di kaunter bsn sebelum ini..mohon penjelasan..

    Reply
    • Saya telah menukar/kemaskini no fon baru untuk register bsn online..semasa menerima bantuan tunai rakyat,,kenapa request tac dihantar pada no fon yang lama sedangkan Saya telah menukar yg baru di kaunter bsn sebelum ini..mohon penjelasan

      Reply
  2. Saya telah menukar/kemaskini no fon baru untuk register bsn online..semasa register bsn online,,kenapa request tac dihantar pada no fon yang lama sedangkan Saya telah menukar yg baru di kaunter bsn sebelum ini..mohon penjelasan..Harap atur secepat mungkin..

    Reply
    • Saya nak tukar no fon baru untuk register bsn online.. masa saya register dulu pakai no fon lama,, no fon lama saya sudah tak boleh pakai lagi.. mohon atur secepat mungkin yaa…

      Reply
  3. Saya telah menukar/kemaskini no fon baru untuk register bsn online..semasa register bsn online,,kenapa request tac dihantar pada no fon yang lama sedangkan Saya telah menukar yg baru di kaunter bsn sebelum ini..mohon penjelasan..Harap atur secepat mungkin..

    Reply
    • bagaimana cara nak tukar no telepon lama ke no tlpon yg baru….sy lupa no tlpon yg lama msa daftar kad bank…skrg sy nk tkar no baru..blh tahu tak macm mna cra untuk sy tukar no hp lma kea no hp yg baru

      Reply
  4. Saya telah pun isi borang untuk tukar no telefon di kaunter BSN tapi bila saya nak register BSN online masih lagi tak dapat no otp dan dihantar ke no telefon saya yang lama,mohon pihak BSN untuk mempercepatkan tindakan tersebut.

    Reply
  5. Saya online Banking saya tak dapat buka… Sebab nombor lama saya sudah tidak dapat pakai lagi… Saya nak kemaskini nombor baru saya…

    Reply
  6. Saya ingin tanya kenapa nombor TAC saya belum ditukar sedangkan saya sudah kemaskini nombor telefon baru kenapa masih nombor telefon lama

    Reply
  7. Saya telah menukar/kemaskini no fon baru untuk register bsn online..semasa menerima bantuan tunai rakyat,,kenapa request tac dihantar pada no fon yang lama sedangkan Saya telah menukar yg baru di kaunter bsn sebelum ini..mohon penjelasan

    Reply
    • Saya sudah tukar nombor telefon dan saya nak tahu macam mana nak kemaskini balik no telefon baru ni untuk buka online bank melalui online. Saya dah pergi kaunter bsn tadi tanya tapi dia cakap boleh buat sendiri. Tolong jelaskan pada saya macam mana nak register nombor baru ni

      Reply
  8. Saya sudah tukar nombor telefon yang baru di kaunter BSN tetapi bila saya log in ianya tak boleh dan masih menggunakan nombor telefon lama adakah e-mail perlu ditukar juga sekiranya saya menukar e-mail lama ke e-mail baru dan perlu nyatakan pada petugas di kaunter

    Reply

Leave a Comment