Apa Maksud Pelabur Mangkin Dalam Cukai Pendapatan LHDN


Aku tahu sekarang kau tengah sibuk isi borang e-BE bagi tahun taksiran 2021. Mesti kau tak faham apa maksud “Pelaburan yang diluluskan di bawah insentif cukai bagi pelabur mangkin” yang boleh ditolak sehingga RM500,000.

Kalau kau hover info di ef.hasil.gov.my semasa nak submit tax, dia akan beritahu “Amaun tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM500,000 (Terhad kepada Pendapatan Agregat).: Memang banyak kalau boleh tolak cukai sampai RM500,000. Tapi masalahnya, apa sebenarnya pelabur mangkin? Aku dulu pun tak faham. Kini, aku nak berkongsi dengan kau. Sebelum itu, bagi yang masih belum buka fail dengan LHDN, boleh rujuk cara daftar LHDN individu.

Boleh tolak cukai kalau melabur dalam ASB dan Tabung Haji?

Kau mesti nak tahu samada Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan Tabung Haji termasuk dalam pelaburan yang diluluskan di bawah insentif cukai bagi pelabur mangkin bukan?

Jawapannya, tidak.

Kalau kau nak tahu; ASB, ASN dan Tabung Haji tidak tergolong didalam kategori ini. Terdapat kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi bagi sesebuah syarikat penerima pelaburan seperti yang boleh dirujuk di Ketetapan Umum No. 12/2020 Insentif Bagi Pelabur Mangkin dilaman rasmi LHDNM, www.hasil.gov.my atau boleh dicapai melaui pautan pantas di sini: https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU_12_2020.pdf

Senang cerita, melabur dalam instrument seperti yang dinyatakan di atas tidak akan dapat pelepasan cukai LHDN.

Jadi, apa yang boleh dapat pelepasan cukai LHDN?

Teruskan membaca.

Apa sebenarnya makna pelabur mangkin?

Kalau kau baca penerangan di atas, LHDN ada sebutkan bahawa ada kriteria yang perlu dipenuhi bagi sesebuah syarikat penerima pelaburan. Yang menerima pelaburan itu ialah syarikat. Yang melabur itu ialah pelabur. Mereka inilah yang dinamakan pelabur mangkin.

Aku tak pasti apa sinonim lain yang boleh digunakan dalam Bahasa Melayu. Tapi dalam Bahasa Inggeris, untuk mudah faham, pelabur mangkin ialah “angel investor“.

Pelabur malaikat?

Itu kalau kau terjemahkan secara literal. Pelabur ini orang atau manusia, bukan malaikat. Cuma mereka-mereka ini adalah individu yang berani ambil risiko.

Mengikut Forbes, pelabur mangkin atau angel investor ini adalah individu-individu yang bagi duit atau funding pada mana-mana syarikat startup yang baru nak mulakan bisnes; dan menukarkan nilai funding tersebut dengan saham atau ekuiti syarikat.

Apa syarikat startup pula?

Startup company ialah satu entiti bisnes yang baru nak bermula tapi tak ada cukup duit. Jadi, pendiri bisnes ini akan cari orang luar yang sudi dan sanggup melabur dalam syarikat mereka.

Contohnya dia nak kembangkan syarikat startup dan perlukan modal sebanyak RM50,000 untuk dapatkan lebih banyak pelanggan. Kalau kau ada duit kau boleh beranikan diri melabur dalam syarikat ini.

Kebiasaannya, founder dan co-founder syarikat startup ini akan berjumpa dengan mana-mana angel investor dan buka laptop. Dia akan buka laptop untuk buat presentation pada kau guna Microsoft Powerpoint, Google Slides atau apa-apa sahaja.

Selalunya, mereka ini juga professional. Dia akan ceritakan keseluruhan bisnes dia termasuk apa masalah yang dihadapi oleh audience, apa solution, berapa projection untung, berapa saham akan diberikan dengan pelaburan sekian-sekian dan macam-macam lagi.

Kau perlu dengan dan buat keputusan sendiri. Kalau kau yakin, teruskan. Kalau kau tak yakin langsung, abaikan.

Lebih baik kau invest dalam instrument lain yang konvenstional seperti ASB dan Tabung Haji. Tapi kalau kau nak rasa lagi hip, bolehlah cuba robo-advisor seperti Wahed Invest, Raiz, StashAway dan macam-macam lagi. Pastikan rujuk dulu samada platform-platform yang dinyatakan adalah patuh syariah atau tidak.

Macam mana nak dapatkan Angel Tax Incentive?

Gila banyak kalau dapat insentif RM500,000 kan? Aku tahu memang menarik. Akau kalau boleh pun nak juga. Cuma duit aku tak adalah banyak sangat sampai perlu bayar cukai juta-juta.

Tapi kalau kau jenis usahawan yang dah bayar zakat banyak tapi masih lagi kena bayar cukai yang tinggi hinggi puluh dan ratus ribu, aku cadangkan kau join program dari MBAN dan Cradle.

Syarikat startup ini selalunya telah dibuat due diligence oleh pihak-pihak tertentu seperti Cradle. Maksudnya, syarikat yang layak menerima pelaburan ini sebenarnya bukan calang-calang. Memang ada potensi untuk berkembang.

Walaupun begini, kau tetap kena buat assessment betul-betul sebelum invest dalam mana-mana syarikat yang layak dalam Angel Tax Incentive ini. Takut-takut ada yang tak bagus. Lagi membazir duit kau dalam syarikat yang acah-acah technopreneur. Lebih baik kau invest dengan makcik nasi lemak tepi jalan.

Hati-hati, jangan sampai kena scam.

Leave a Comment