thijari.com.my (Cara Daftar & Buka Akaun Tabung Haji Online)


Sebagai umat Islam di Malaysia, kita digalakkan untuk membuka akaun Tabung Haji bagi memudahkan kita untuk menunaikan Haji nanti. Bagi anda yang belum mempunyai akaun Tabung Haji, kini anda boleh membuka akaun di thijari.com.my.

Untuk mencarum secara potongan gaji bulanan, kami sarankan anda cadangkan majikan supaya menggunakan THiJARI Biz yang baru diperkenalkan oleh Tabung Haji. Dengan cara begini, walaupun kos mengerjakan haji meningkat, kita tidak akan risau kerana sudah membuat komitmen simpanan bulanan. Maka, akan kurang terkesan.

Izinkan kami berkongsi.

1. Syarat & kelayakan buka akaun Tabung Haji online

Sebelum membuka akaun di thijari.com.my, pastikan anda:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur 18 tahun ke atas

Jika anda memenuhi kelayakan di atas, anda sudah boleh membuka akaun TH.

2. Cara buka & daftar akaun Tabung Haji di thijari.com.my

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuka akaun Tabung Haji secara online:

  1. Layari laman web https://www.thijari.com.my/
  2. Pilih Tiada Akaun TH? BUKA SEKARANG!
  3. Isikan butir-butir berikut:
    1. Nama (seperti dalam MyKad)
    2. Tarikh Lahir
    3. No. Surat Beranak
    4. No. MyKad
    5. Agama
    6. Warganegara
  4. Isikan kod pengesahan yang dipaparkan.
  5. Tekan Berikutnya.
  6. Hadir ke mana-mana cawangan TH dalam tempoh 30 hari.
  7. Nombor giliran istimewa akan diberikan kepada anda dan proses pengaktifan selesai dalam masa SEMINIT sahaja.

Kini, anda sudah mempunyai Akaun Tabung Haji.

Seterusnya, anda juga boleh mendaftar akaun anda di thijari.com.my untuk melakukan urusan anda.

 

3. Cara daftar akaun online di thijari.com.my

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar akaun anda:

  1. Layari portal thijari.com.my.
  2. Pilih butang Daftar.
  3. Masukkan butir-butir berikut:
    1. No. MyKad
    2. No. Akaun Tabung Haji
  4. Tekan Berikutnya.
  5. Masukkan nombor telefon berdaftar.
  6. Tekan Hantar.
  7. Tekan Mohon TAC dan masukkan nombor TAC selepas menerimanya di telefon bimbit anda.
  8. Tekan Seterusnya.
  9. Masukkan butiran yang diperlukan seperti berikut:
    1. ID Pengguna
    2. Kata Laluan
    3. Sahkan Kata Laluan
    4. Nama Pengguna
    5. Negeri Semasa
    6. Cawangan Semasa
  10. Sila pilih gambar keselamatan anda. Semasa log masuk, gambar keselamatan akan dipaparkan untuk membantu anda mengenal pasti sama ada anda log masuk ke laman perkhidmatan THiJARI yang betul atau tidak.
  11. Sila baca Terma & Syarat, tick pada bulatan Terima Terma & Syarat.
  12. Tekan Hantar.
  13. Jika tiada masalah, skrin Pendaftaran Berjaya akan dipaparkan.

Selesai.

 

4. Cara login thijari.com.my

Setelah berjaya mendaftar akaun anda, kini anda boleh log masuk untuk transaksi atau urusan anda.

Berikut adalah cara-caranya:

  1. Layari thijari.com.my.
  2. Masukkan ID Pengguna.
  3. Tekan Log Masuk.
  4. Gambar keselamatan akan dipaparkan. Sila pilih Ya jika betul.
  5. Masukkan Kata Laluan yang sudah anda daftarkan.
  6. Tekan Log Masuk.
  7. Anda sudah boleh melihat akaun anda dan membuat transaksi atau urusan yang anda inginkan.

Selesai.

 

5. Ada masalah daftar akaun Tabung Haji?

Jika anda mempunyai apa-apa masalah untuk mendaftar login, sila ajukan masalah anda di:

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian kami ini, lebih memudahkan anda untuk berurusan dengan Tabung Haji.

Kami juga ada kongsikan cara buka akaun Bank Islam online melalu vao.bankislam.com.my jika anda memerlukannya. Dengan adanya akaun Bank Islam, anda boleh link akaun bank ini dengan Tabung Haji. Boleh keluarkan duit Tabung Haji di ATM yang terletak di Mekah dan Madinah nanti.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment