Kos Haji


Mengikut laporan Kosmo, kos Haji 2022 dijangka meningkat daripada daripada RM22,000 ke RM25,000. Ini adalah peningkatan sebanyak RM2,100.

Kenaikan sebanyak 12% ini memang dijangka oleh Lembaga Tabung Haji kerana peningkatan kos berkaitan cukai dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Kenapa kos dan harga Haji meningkat?

Bagi yang tidak tahu, ini adalah disebabkan oleh peningkatan Cukai Tambah Nilai atau Value Added Tax yang dinaikkan oleh kerajaan Arab Saudi. Jika sebelum ini Cukai Tambah Nilai hanyalah 5%, kini ia naik menjadi 15%. Ini juga termsuk peningkatan kos dengan wujudnya prosedur operasi standard (SOP) yang bakal dilaksanakan pada musim Haji 2022 ini.

Berapa harga sebenar untuk tunaikan Haji 2022?

Tabung Haji, walaupun terkesan dengan peningkatan harga akan tetap mengekalkan kos dalam menunaikan Haji sebanyak RM9,9980. Harga ini adalah sama sejak 2009, iaitu 13 tahun yang lalu.

Sejak 2001, Tabung Haji telah memberikan bantuan atau subsidi sebanyak RM2 bilion kepada jemaah Haji.

Siapa layak dapat harga RM9,980 ini?

Kos untuk mengerjakan Haji yang dikenakan bayaran RM9,980 ini adalah sah untuk jemaah yang akan mengerjakan Haji buat kali pertama. Jemaah ini juga mestilah dalam kategori Muassasah dan bukan dalam pakej-pakej tertentu.  Untuk memudahkan pemahaman, Muassasah ialah pakej yang biasa-biasa sahaja. Dan ini juga direct di bawah Tabung Haji, bukan dalam pakej swasta yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang diberikan lesen.

Apa kos lain yang Tabung Haji tanggung?

Untuk makluman, kos Haji yang dibayar oleh jemaah Malaysia adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat berkenaan. Ini termasuk kos penerbangan dan penginapan. Harga kos kapal terbang dan hotel sahaja sudah merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan untuk menunaikan Haji.

Itu belum lagi kos-kos lain termasuklah kos makan, bas, khemah di Arafah dan Minta serta perkhidmatan Mutawif iaitu individu atau ustaz / ustazah yang membantu jemaah selama 40 – 45 hari di Mekah dan Madinah.

Jika perlukan kos tambahan, kami sarankan anda siap-siap keluarkan duit Tabung Haji untuk menampung perbelanjaan di sana nanti. Sekarang, sudah boleh buat transaksi Tabung Haji secara online sahaja.

Akhir kata

Apa-pun, kita seharusnya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana masih sudi memberikan subsidi kepada jemaah Haji walaupun mengalami kerugian.

Bagi anda yang bekerja, kami sarankan agar anda mencadangkan kepada majikan agar menggunakan sistem baru THiJARI Biz untuk membuat caruman potongan gaji setiap bulan ke dalam akaun peribadi Tabung Haji. Dengan cara ini, mudah-mudahan simpanan semakin bertambah.

Kami doakan agar sesiapa sahaja yang dijemput Allah untuk menunaikan Haji 2022 akan dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment