Jika anda mempunyai akaun Tabung Haji (TH) pastinya anda berdepan kesukaran untuk berurusan dengan TH. Ini kerana cawangan bank ini tidaklah sebanyak cawangan bank konvensional lain, bukan?
Tetapi adakah anda tahu mengenai kemudahan membuat urusan Tabung Haji yang boleh dilakukan dengan bank-bank lain di Malaysia secara online sahaja? Jika tidak, maka tepatlah keputusan anda memilih untuk membaca perkongsian artikel daripada kami ini. Tidak perlu bersesak-sesak di kaunter lagi.
Tabung Haji Online Banking
Urusan Tabung Haji online yang popular
Selain semakan Tabung Haji online untuk giliran pergi menunaikan Haji, antara urusan melibatkan duit yang popular ialah:
- Masukkan duit Tabung Haji
- Keluarkan duit Tabung Haji
- Transfer duit Tabung Haji
Walau bagaimanapun, ketiga-ketiga urusan ini lebih kurang sama sahaja. Maka kami akan terangkan cara buat pindahan sahaja.
Transfer duit dari akaun TH
Kalau anda ingin menambahkan duit ke dalam akaun TH, boleh cuba cara di bawah:
Transfer duit Tabung Haji guna CIMB Clicks
- Pertama sekali anda harus mempunyai akaun CIMB dan berdaftar dengan CIMB Clicks
- Kemudian login akaun CIMB Clicks anda
- Pergi ke Pay dan pilih Bills
- Di ruang โToโ, taipkan โTabung Hajiโ dan sila pilih โLembaga Tabung Hajiโ
- Kemudian akan pop-up secara automatik ruangan maklumat yang perlu anda isi, iaitu โBill Account Numberโ dan โTH Acct Holder IC Numberโ
- Isikan maklumat tersebut dan pastikan ia betul dan tepat
- Jangan lupa untuk tekan ruangan โSave as fovouriteโ, ia akan memudahkan apabila anda ingin membuat pemindahan wang di masa yang lain
- Seperti pemindahan wang yang lain, anda perlu memilih dari akaun mana pemindahan wang itu akan dilakukan dan masukkan jumlah dan tarikh anda mahu pemindahan dilakukan
- Kaedah yang terakhir, โProceed to Paymentโ
Pastikan anda menggunakan nombor akaun TH yang baru, iaitu 15 digit untuk membuat pemindahan wang. Kalau anda ingin transfer ke akaun ibu bapa juga boleh, cuma anda memerlukan nombor IC dan nombor akaun TH ibu bapa anda, okay? Mudah!
Bagaimana pula kalau anda ingin membuat pemindahan bulanan secara automatik dari CIMB ke TH? Ikuti langkah di bawah:
- Pastikan anda sudah login akaun CIMB Clicks
- Pergi ke bahagian โSettingsโ dan pilih โScheduled Transactionsโ
- Kemudian pilih โSelect a serviceโ dan tekan โPay Billsโ
- Pilih โSavings Accountโ, kemudian pilih โLembaga Tabung Hajiโ yang sudah anda tetapkan sebagai favouritedan tekan โClick Submitโ
- Masukkan nombor akaun TH, IC dan nombor telefon
- Letakkan jumlah yang ingin anda simpan setiap bulan iaitu jumlah yang akan dipindahkan ke akaun TH anda
- Pilih tarikh untuk mula transfer dan jangan lupa untuk pilih โRecur every monthโ serta jumlah bulan untuk pemindahan dilakukan secara automatik
- Akhir sekali, tekan Update. Selesai!
Transfer duit Tabung Haji guna Maybank2U
Sebelum membuat sebarang transfer melalui Maybank2U, anda perlu untuk link akaun TH anda terlebih dahulu dan pastikan anda membawa buku TH anda. Caranya:
- Anda perlu pergi ke mana-mana ATM Maybank, pilih Tabung Haji.
- Pilih โDaftar Akauan TH ke ATM Kadโ
- Masukkan nombor akaun TH anda
- Masukkan nombor siri buku (nombor itu terdapat pada muka surat belakang sekali)
Selepas itu:
- Anda boleh login Maybank2U (sudah tentu anda perlu mempunyai akaun Maybank dan mendaftar dengan Maybank2U)
- Pilih โAccount & Bankingโ dan tekan โTransferโ
- Pilih โTabung Hajiโ
- Anda akan nampak banyak pilihan dan pilihlah โMaybank to TH Own Account Transferโ
- Masukkan jumlah yang ingin anda transfer ke akaun TH anda dan tekan โContinueโ
- Anda mungkin perlu memilih โRequest for TACโ dan seterusnya pilih โConfirmโ
- Kalau anda ingin transfer ke akaun TH milik ibu bapa juga boleh dan anda tidak perlu link akaun TH tersebut. Hanya akaun anda sahaja yang perlu di-link-kan
Malahan melalui aplikasi Maybank2U ini juga anda boleh menyemak baki akaun Tabung Haji anda, senang, bukan? Cuma tekan โBalance Inquiryโ dan anda boleh mengetahui jumlah baki dalam akun TH anda.
Bank-bank lain
Kami hanya menunjukkan cara masukkan, tambah, keluarkan dan transfer duit Tabung Haji secara online melalui Maybank dan CIMB kerana ia bank paling popular yang menjadi pilihan semua pendeposit.
Walau bagaimanapun, selain CIMB dan Maybank, terdapat bank-bank lain yang turut menawarkan perkhidmatan transfer secara online seperti:
- Bank Islam
- Public Bank
- Ambank
- Bank Muamalat
- How Leong Islamic
- Kuwait Finance House
- Affin Islamic
Akhir kata
Jika anda mempunyai akaun Tabung Haji, jadi inilah masanya untuk anda menggunakan aplikasi TH Online dan melakukan pemindahan wang ke akaun TH anda melalui bank konvensional sedia ada.
Sudah tentu ia akan menjimatkan masa anda!
Menyimpan, janganlah berniat semata-mata untuk dapatkan hibah Tabung Haji. Simpanlah dengan niat untuk menunaikan haji.
Jika duit sudah cukup tetapi masih menunggu giliran, boleh cuba hantar surat rayuan haji.
In Shaa Allah, Allah permudahkan.
Semoga bermanfaat.
Berapa caj perkhidmatan / yuran (fee) yang dikenakan bila pendeposit membuat pemindahan wang dari CIMB ke TH dan dari Maybank ke TH?
Cimb ke tabung haji rm0. 50.
Tranfer melalui TH
Boleh dk tranfer ke bank lain melalui TH?
Berapa hari baru clear kalau transfer dari tabung haji ke cimb?
Had keluaran tunai maksima RM10,000, setelah saya keluarkan tunai RM10,000 berapa lama saya harus menunggu untuk saya melakukan pengeluaran tunai RM10,000 kali krdua.
bolehkah transfer duit tabung haji ke akaun bank lain selain dari 4 bank yang disertakan oleh tabung haji sebagai contoh duit tabung haji transfer ke acc bank ambank..
Tsbung hsji Klang Pkp buka pejabat ker, nak kemas kini sksun laaa
Bagaimana cara nak masuk kan duit ke dalam akaun orang lain, contohnya akaun anak secara online atau alat CDM?
Saya pergi ke Tabung Haji Shah Alam, tak nampak alat CDM.
Kalo nk transfer wang drpd akaun th saya ke akaun maybank saya bagaimana
Harap dpt penjelasan
Kalau nak transfer ke TH ke Agrobank boleh ke