Cara Daftar LHDN Individu (Guna e-Daftar, Mohon Di edaftar.hasil.gov.my)


Sebagai rakyat Malaysia, salah satu kewajipan yang perlu kita lakukan ialah membayar cukai. Jika anda baru pertama kali ingin membayar cukai atau ingin membuat pembayaran cukai secara online, di sini kami ada kongsikan cara untuk daftar LHDN (individu). Selepas ini, senang untuk anda membuat pembayaran cukai.

Baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan e-Daftar bagi memudahkan lagi proses pembayaran cukai. e-Daftar adalah aplikasi permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baharu mendapatkan nombor rujukan cukai. Bukan terhad kepada individu sahaja, e-Daftar membenarkan permohonan dan pendaftaran cukai bagi syarikat, perkongsian dan juga majikan.

Dalam perkongsian kali ini yang khusus untuk individu, anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat e-filing.

Izinkan kami berkongsi.

Cara daftar LHDN individu

Untuk mendaftar, pastikan anda telah menyemak nombor cukai pendapatan anda. Jika anda belum mempunyai nombor cukai pendapatan, anda dikehendaki untuk pergi ke cawangan LHDN berdekatan anda.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar:

  1. Layari https://edaftar.hasil.gov.my
  2. Pilih menu Daftar Individu.
  3. Skrin pendaftaran akan terpapar.
  4. Pilih Warganegara.
  5. Isikan butiran yang diperlukan iaitu:
    1. Nombor kad pengenalan
    2. Jantina
    3. Nombor kod negara
    4. Status
    5. Alamat surat-menyurat
    6. Klik pada kotak jika alamat kediaman sama seperti alamat surat menyurat di atas.
    7. Jika tidak, masukkan alamat kediaman anda.
  6. Masukkan maklumat pekerjaan dan majikan. Antaranya:
    1. Pekerjaan
    2. Tarikh mula bekerja
    3. Nama majikan
    4. Alamat majikan
    5. No. majikan
    6. Jumlah pendapatan tahunan
  7. Isikan maklumat Perniagaan jika ada.
  8. Isikan maklumat Ejen Cukai jika ada.
  9. Tekan Hantar.
  10. Paparan info akan terpapar. Sila semak dan tekan SETUJU.
  11. Nombor Permohonan Pendaftaran akan dipaparkan. Sila catatkan atau cetak.
  12. Selesai

Nombor rujukan cukai pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayaran cukai diluluskan.

 

Dokumen untuk daftar LHDN individu

Setelah anda menghantar permohonan, anda dikehendaki untuk memuat naik dokumen pengenalan anda. Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya anda tidak menghantar dokumen dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan.

Antara dokumen yang diperlukan ialah:

  1. Salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia / pemastautin tetap atau passport bagi bukan warganegara Malaysia.
  2. Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
  3. Passport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.

Tatacara untuk muatnaik dokumen adalah seperti berikut:

  1. Hanya muka depan yang jelas menunjukkan nama dan nombor pengenalan diperlukan.
  2. Hanya fail .gif sahaja dibenarkan dan saiz fail adalah dari 40k dan tidak melebihi 300k.
  3. Nama fail mestilah menggunakan alphanumerik sahaja (a-z, A-Z dan 0-9).

 

Cara muat naik dokumen untuk daftar LHDN

Jika dokumen anda sudah lengkap, anda boleh muatnaik dokumen anda dengan cara berikut:

  1. Layari https://edaftar.hasil.gov.my/individu/info.php
  2. Isikan nombor permohonan anda.
  3. Tekan Semak.
  4. Status permohonan anda akan terpapar.
  5. Klik butang Browse untuk pilih dokumen yang ingin dimuatnaik.
  6. Klik butang Muat Naik untuk memuat naik dokumen anda.
  7. Proses muat naik selesai. Mesej Dokumen Lengkap Proses Pendaftaran akan Dilakukan akan dipaparkan.
  8. Selesai

Sila semak status permohonan anda selepas 2 hari dokumen lengkap dihantar.

 

Cara semak permohonan pendaftaran LHDN

Jika anda sudah membuat pendaftaran dan ingin menyemak permohonan anda, ikuti langkah berikut:

  1. Layari https://edaftar.hasil.gov.my/individu/info.php
  2. Isikan nombor permohonan anda.
  3. Tekan Semak.
  4. Status permohonan anda akan terpapar.
  5. Selesai

Jika permohonan anda telah diterima, anda akan menerima No PIN yang akan digunakan semasa anda mengisi e-filing nanti.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian cara daftar LHDN individu ini dapat membantu anda yang ingin membayar cukai. Terima kasih kerana telah melaksanakan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.

Untuk yang sudah sedia menjadi pembayar cukai sebelum ini, kami kongsikan juga senarai pelepasan cukai pendapatan bagi tahun 2021/2022 untuk anda. Pastikan anda ambil peluang untuk kurangkan cukai dengan menjadi seorang pelabur mangkin di mana-mana syarikat pemula.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment