eOperasi KPM Login eoperasi.moe.gov.my


Menjadi seorang guru di Kementerian Pendidikan Malaysia, selain perlu login SPLKPM , login APDMSAPS untuk guru dan HRMIS2, memang tak akan terlepas dari menghadap eOperasi untuk kemaskini maklumat guru. Jadi, untuk memudahkan hidup anda sebagai seorang pendidik, izinkan kami kongsi cara login eOperasi KPM di eoperasi.moe.gov.my

Bagi mana-mana cikgu baru yang belum ada akaun, sila daftar eOperasi dahulu seperti di bawah.

Cara login eOperasi KPM (Sebelum itu, daftar dulu)

Untuk cikgu-cikgu baru, sebelum boleh login e-Operasi, kami kongsikan dahulu cara untuk buat pendaftaran e-Operasi. Cikgu-cikgu lama, boleh terus baca cara login eOperasi seperti di bahagian seterusnya.

  1. Layari laman web MOE untuk mendaftar e-Operasi di sini: https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
  2. Isikan Nama
  3. Isikan No Kad Pengenalan. Pastikan tidak mempunya dash atau sempang (-). Contohnya, 941010142222
  4. Isikan No. Gaji
  5. Isikan ID Pengguna yang akan digunakan untuk login eOperasi KPM nanti. Pastikan dalam 8 – 12 aksara sahaja.
  6. Pilih Kata Laluan
  7. Buat Pengesahan Kata Laluan
  8. Masukkan Emel. Contohnya [email protected]
  9. Isikan Tarikh Lahir menggunakan format berikut hh/bb/tttt )
  10. Pilih dan jawab salah satu Soalan Keselamatan eOperasi KPM
    • Apakah nama haiwan peliharaan anda?
    • Apakah nama sekolah anda yang terdahulu?
    • Siapakah wira zaman kanak-kanak anda?
    • Apakah sukan kegemaran anda?
    • Apakah pasukan sukan kegemaran anda?
    • Siapakah nama ibu anda?
    • Apakah warna kegemaran anda?
    • Apakah buah kegemaran anda?
  11. Masukkan Jawapan Soalan Keselamatan
  12. Tekan butang SIMPAN
  13. Sila semak proses pendaftaran eOperasi KPM ini dengan Pentadbir Sistem
  14. Selepas selesai semua urusan pendaftaran, barulah anda boleh login

Cara login eOperasi KPM (Selepas daftar)

Tak perlu cerita apa itu e-Operasi kerana kami berpendapat semua cikgu sudah maklum. Kami terus kongsikan sahaja bagaimana cara login eOperasi KPM secara online.

  1. Layari laman web rasmi KPM di sini: https://eoperasi.moe.gov.my
  2. Lihat di bahagian LOG MASUK sebelah kiri
  3. Masukkan LoginID
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  6. Tekan butang Log Masuk
  7. Sekiranya semua maklumat yang dimasukkan tadi ada betul, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem Modul Pengurusan Guru e-Operasi

Mahu login eOperasi KPM, tapi terlupa password?

Jika anda terlupa kata laluan, ikut langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi KPM di sini: https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Tekan butang HANTAR

Login e-Operasi untuk semak & kemaskini Maklumat Guru

Selepas berjaya masuk eOperasi KPM, lihat menu di sebelah kiri. Semua guru mesti buat semakan dan pengesahan Maklumat Guru yang berkenaan sahaja seperti berikut:

  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Pasangan
  • Maklumat Sejarah Akademik
  • Maklumat Akademik
  • Maklumat Sijil Kemahiran (SKM)
  • Maklumat Subjek Diajar Semasa
  • Maklumat Sejarah Ikhtisas
  • Maklumat Ikhtisas
  • Maklumat Perkhidmatan
  • Maklumat Tarikh Perkhidmatan
  • Maklumat Sejarah Perkhidmatan
  • Maklumat Sejarah Pengalaman Mengajar
  • Maklumat Elaun
  • Maklumat Kokurikulum
  • Maklumat Isytihar Harga
  • Cetakan Maklumat Keseluruhan

Ada pembetulan maklumat dalam eOperasi?

Sekiranya ada maklumat yang tidak tepat, sila buat kemaskini dengan memaklumkan kepada Penolong Kanan 1.

Setiap guru wajib melaksanakan pengesahan data masing-masing melalui sistem e-Operasi 2020.

Login e-Operasi untuk kemaskini lain-lain (untuk admin)

Selain maklumat guru, anda juga boleh kemaskini maklumat-maklumat lain seperti yang disenaraikan di bawah. Namun, fungsi ini hanya boleh diakses oleh admin dan pentadbir tertentu sahaja.

Maklumat Enrolmen

  • Mengikut kelas
  • Mengikut subjek
  • Mengikut elektif

Anggaran Belanja Mengurus (ABM)

  • Permohonan
  • Semakan
  • Kelulusan
  • Analisis kelulusan / pelaksanaan

Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)

  • Kedudukan guru
  • Pengisian opsyen kurang / lebih mengikut opsyen

Instrumen

  • Penilaian program orientasi guru baru
  • Penilaian seminar

Maklumat Subjek

  • Analisis pemantauan
  • Subjek Elektif
  • MPV
  • PAV

Akhir kata

Kebenaran untuk akses eOperasi di peringkat sekolah hanya diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan Pembantu Tadbir. Ini adalah bertujuan untuk buat semakan, kemaskini dan pengesahan maklumat guru.

Setiap guru dikehendaki menyemak dan mengesahkan maklumat menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan masing-masing.

Ingin juga dimaklumkan, ini adalah cara untuk login eOperasi secara biasa. Untuk eOperasi SSO, kami akan kongsikan dalam artikel yang lain.

Untuk bantuan dan pertanyaan, guru-guru boleh menghubungi Pentadbir Sistem melalui email [email protected]

Jemput juga baca untuk menggunakan SSO KPM bagi memudahkan untuk login eOperasi dan APDM secara single sign-on tanpa perlu banyak kali masukkan kata laluan.

Semoga bermanfaat.

Categories MOE

8 thoughts on “eOperasi KPM Login eoperasi.moe.gov.my”

Leave a Comment