Setiap guru kelas yang bertanggungjawab dan berdedikasi pastinya akan login APDM setiap hari di apdm.moe.gov.my untuk merekodkan kehadiran murid dan menguruskan hal-hal lain yang berkaitan dengan murid. Bukan itu sahaja, ada macam-macam modul lain dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini.
Izinkan kami berkongsi.
Apa beza login apdm.moe.gov.my dan public.moe.gov.my?
Bagus soalan ini.
Untuk mudah faham, apdm.moe.gov.my adalah sistem yang digunakan oleh guru kelas untuk rekod kehadiran murid. Portal ini digunakan untuk memasukkan semua data murid.
Jadi, bagaimana untuk buat semakan kehadiran anak-anak di sekolah?
Maka di sinilah pentingnya public.moe.gov.my. Ibu-bapa digalakkan mendaftar public.moe.gov.my dan login ke dalam sistem untuk menyemak kehadiran anak-anak.
Ini sangat penting lebih-lebih kepada ibu-bapa yang mempunyai anak yang bersekolah menengah. Dengan umur remaja sebegini, ada anak-anak yang nampak macam keluar rumah setiap pagi, tetapi tidak sampai ke sekolah. Entah ke mana dia melencong, kita pun tak tahu.
Macam mana cara login APDM KPM?
Berikut ialah cara untuk login APDM melalui laman web rasmi KPM:
- Layari laman web rasmi KPM di sini: https://apdm.moe.gov.my
- Di sebelah kiri, ada bahagian Log Masuk Pengguna
- Di ruangan ID Pengguna, masukkan Username yang diberikan
- Username untuk guru kelas ialah Nombor Kad Pengenalan 12 digit, tanpa sempang (-)
- Username untuk admin ialah kod sekolah
- Di ruangan Kata Laluan, masukkan password
- Tekan butang HANTAR
- Jika anda terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan
- Selesai
Macam mana nak rekod kehadiran murid dalam sistem APDM?
Pastikan anda sudah siap-siap log masuk APDM dan berada di dalam sistem:
- Di bahagian kiri, ada Modul
- Pilih Kehadiran
- Pastikan nama sekolah dan nama darjah/tingkatan
- Rekod kehadiran pelajar pada tarikh yang dipilih
- Selesai
Macam mana cara nak kemaskini maklumat murid bukan warganegara Malaysia?
Berikut ialah antara cara untuk kemaskini maklumat murid bukan warganegara Malaysia. Pastikan anda sudah baca cara login APDM KPM seperti di atas sebelum melakukan urusan ini.
Situasi 1:
Status warganegara murid bertukar kerana kesilapan guru kelas mengunci masuk Nombor Kad Pengenalan
- Pastikan and login APDM dengan ID guru kelas
- Anda perlu mengesan nama murid yang hilang wujud di Maklumat Murid Bukan Warga
- Anda juga perlu semak samada ralat itu adalah disebabkan oleh kesilapan Nombor Kad Pengenalan
- Tekan butang Kemaskini No KP untuk mengemaskini ralat Nombor Kad Pengenalan
- Anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan yang betul pada ruangan No MyKad Baru untuk kemaskini ralat Nombor Kad Pengenalan
- Tekan butang Semak MyKad
- Data kini sudah dikemaskini
- Sekiranya anda buat Pendaftaran Baharu tetapi ada dapat duplikasi dengan Nombor Kad Pengenalan yang salah dengan Nombor Kad Pengenalan yang betul, anda perlu padam salah satu
- Nyatakan sahaja sebab padam “Data Duplicate”
Dalam sistem APDM, ia detect murid dengan nombor ID, bukan nombor IC.
Situasi 2:
Anda buat Pendaftaran Baharu TANPA DOKUMEN.
Selepas itu, anda buat semakan data, murid tersebut tiada dalam senarai nama kelas.
Anda kemudian mendaftar murid tersebut sekali lagi dengan Nombor Kad Pengenalan yang betul. Jadi, duplikasi berlaku.
Untuk urusan padam, hanya admin yang boleh buat.
- Pastikan and log masuk APDM dengan ID guru kelas
- Anda dapati murid tersebut wujud di menu Murid Bukan Warganegara
- Anda daftar semula
- Admin semak dan dapati ada nama murid yang sama tetapi ID MURID berbeza
- Admin akan padam data murid yang mempunyai ID MURID yang terkini.
- Jika ID MURID pada menu Murid Bukan Warganegara adalah yang lama, makan admin perlu kemaskini Nombor Kad Pengenalan murid.
- Admin perlu klik Padam dan pilih sebab padam sebagai Data Duplicate
Macam mana nak update maklumat adik-beradik dalam APDM?
Berikut ialah antara cara untuk kemaskini maklumat murid yang berstatus adik beradik. Pastikan anda sudah baca cara login APDM KPM seperti di atas sebelum melakukan urusan ini.
- Pastikan anda sudah login APDM dengan ID guru kelas
- Anda perlu kemaskini Maklumat Adik Beradik dalam profil murid dalam AMPM
- Anda perlu kemaskini bahagian ini:
- Bahasa Pertuturan di Rumah
- Anak ke Berapa
- Anda juga perlu kemaskini Bilangan Adik Beradik
- Jadual Tahun Dilahirkan akan wujud
- Maklumat murid anak ke berapa juga akan timbul dalam jadual
- Sekiranya murid ini merupakan akan kelima, anda perlu mengisi Tahun Lahir mengikut bilangan
- Kami berikan contoh. Murid ini mempunyai 6 orang adik-beradik.
- Anda perlu pastikan untuk kemaskini bahagian di bawah dengan lengkap
- Jumlah Anak Dalam Keluarga yang Masih Hidup Tahun Ini
- Murid Sekarang Tinggal Dengan
- Semenjak Tahun
- Anda perlu tekan butang Kemaskini dan semak semula
Apa lagi boleh buat dalam sistem lepas login APDM?
Menguruskan pelajar sangat memenatkan. Bukan penat menaip, tetapi lebih kepada serabut dengan data yang terlalu banyak. Kadang-kadang sampai jadi blur macam mana nak buat perkara yang kita sudah biasa.
Jadi, kami sedaya-upaya cuba memberikan tutorial kepada anda untuk memudahkan urusan di sekolah. Antara tutorial yang akan kami kongsikan adalah:
- Cara daftar subjek dalam APDM
- Cara daftar murid dalam apdm
- Cara padam murid dalam APDM
- Cara sahkan kehadiran APDM
- Cara kemaskini subjek dalam APDM
- Cara print kehadiran murid dalam APDM
- Cara penetapan subjek dalam APDM
- Cara daftar murid baru dalam APDM
Cuma ia bergantung kepada masa. Sekiranya kami ada masa, kami akan kongsikan.
Kalau ada soalan, macam mana nak hubungi admin sistem APDM?
Anda perlu ke pejabat untuk kenalpasti siapa admin sistem APDM di sekolah. Selalu, admin adalah guru yang sudah senior dan mahir menggunakan data dan komputer.
Walau bagaimanapun, jika admin di sekolah anda tidak dapat membantu, atau sudah mati akal macam mana mahu lakukan sesuatu, anda boleh email ke [email protected]
Apa lagi sistem yang digunakan di sekolah?
Dek kerana terlalu banyak sistem, guru-guru jadi keliru. Dengan usernama dan password yang pelbagai, mudah untuk rasa overwhelm dengan kerja-kerja di sekolah.
Untuk memudahkan guru-guru mengenalpasti sistem-sistem yang digunapakai, berikut ialah senarai penuh sistem yang digunakan di sekolah untuk guru dan murid:
Sistem | Singkatan |
Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysi | SPLKPM |
Aplikasi Pangkalan Data Murid | APDM |
Modul Pengurusan Guru (e-OPERASI) | eOPERASI |
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk Guru | SAPS GURU |
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk Ibu Bapa | SAPS IBU BAPA |
E-Pembelajaran Sektor Awam | EPSA |
Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum | PAJSK |
Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia | HRMIS 2.0 |
Modul Pengurusan Guru (Naik Pangkat) | ePangkat |
Sistem Indeks Kualiti NILAM | IQ Nilam |
NILAM Negeri Johor | Nilam Johor |
SSO Sistem Pengurusan Sekolah KPM | SSO KPM |
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian cara login APDM ini dapat memudahkan urusan semua guru di Malaysia.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
2263 2/6 Taman Sri Perasing Jaya 24000,kemaman ,Terengganu
ok baik