SSO KPM Login


Tak ramai guru yang tahu tentang SSO KPM login. Dengan menggunakan teknologi Single Sign On, cikgu-cikgu boleh terus log masuk ke banyak sistem berkaitan.

Izinkan kami berkongsi.

SSO KPM Login

Ingin dimaklumkan, SSO KPM ini hanya boleh digunakan sekiranya guru memang sudah ada akses ke sistem terbabit.

Berikut ialah cara login guna SSO KPM.

  1. Layari laman web rasmi MOE di sini: https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
  2. Di bahagian menu sebelah atas, klik LOG MASUK
  3. Akan keluar satu popup di sebelah kanan
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Tekan butang Log Masuk
  7. Tunggu sebentar
  8. Jika segalanya berjalan lancar, cikgu akan berjaya masuk ke dalam sistem SSO KPM

Senarai sistem dalam SSO KPM

Sistem pengurusan sekolah dipermudahkan lagi dengan SSO KPM. Namun, apakah antara sistem yang terkandung dalamnya?

Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

  • Pengurusan Sekolah
  • Pengurusan Guru
  • Pengurusan Murid

Senarai lengkap seperti di bawah.

Pengurusan Sekolah

  • eMIS
  • eBantuan

Pengurusan Guru

Berikut adalah senarai sistem untuk guru dalam SSO KPM.

  • eOperasi
  • eGraduan
  • ePrestasi
  • ePangkat
  • eGTukar
  • SMPP

Pengurusan Murid

Berikut adalah senarai sistem untuk guru dalam menguruskan murid melalui SSO KPM.

  • SSDM
  • S3P Asrama
  • Sekolah Kawalan
  • Matrikulasi
  • eSARANA
  • ePKHAS
  • eRPI
  • PAJSK
  • SMPK
  • Daftar UPSR
  • SPTV untuk daftar Kolej Vokasional dan Teknik

Cara guna Single Sign One KPM

Sebenarnya, sangat mudah untuk menggunakan SSO KPM ini. Tidak perlu buat apa-apa, hanya perlu klik pautan di bahagian menu sebelah kiri dan tunggu sehingga anda berjaya masuk ke dalam sistem yang dikehendaki.

Berikut ialah contoh untuk login eOperasi KPM:

  1. Sila login SSO KPM terlebih dahulu
  2. Selepas berjaya login, klik Menu di sebelah kiri
  3. Klik Pengurusan Guru
  4. Klik eOperasi
  5. Akan ada satu tetinggkap  baru yang terpapar
  6. SSO KPM ada cuba login
  7. Tunggu sehingga selesai proses loading
  8. Jika semuanya berjalan lancar, akan akan berjaya login ke dalam eOperasi KPM tanpa perlu masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan Nombor Kad Pengenalan

Akhir kata

Tahniah Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memperkenalkan SSO KPM kepada guru-guru. Sebagai seorang guru, mengingati banyak kata laluan untuk pelbagai sistem adalah satu cabaran ayng besar. membuatkan mereka

Namun, dengan adanya inisiatif ini pastinya akan memudahkan lagi urusan guru-guru di sekolah.

Semoga bermanfaat.

Categories MOE

Leave a Comment