Kad Debit Bank Islam Tamat Tempoh


Siapa dekat sini adalah pelanggan Bank Islam? Kalau anda ialah salah seorang darinya. Anda dialu-alukan untuk merujuk panduan mengenai kad debit Bank Islam tamat tempoh ini sebelum menukarnya.

Jemput baca perkongsian kami.

Apa nak buat kalau kad debit Bank Islam expired?

Jika kad debit anda telah tamat tempoh. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan, memperbaharui atau menukarkan kad tersebut kepada yang baru menerusi kaunter di cawangan Bank Islam.

Cara tukar kad debit Bank Islam tamat tempoh

Berikut telah kami senaraikan langkah-langkah membuat penukaran kad debit Bank Islam expired anda di cawangan Bank Islam.

Ikuti panduan ini:

  1. Bawa kad pengenalan dan kad debit anda yang telah expired ke mana-mana cawangan Bank Islam berdekatan anda.
  2. Ambil nombor giliran di bahagian pengambilan nombor (berdasarkan tujuan anda).
  3. Duduk di ruangan yang disediakan sementara menunggu giliran anda.
  4. Jika giliran anda telah sampai, sila menuju ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
  5. Maklumkan pada kakitangan yang anda datang dengan tujuan untuk tukar kad debit Bank Islam yang expired.
  6. Sila ikuti permintaan dan arahan seterusnya yang diberikan oleh kakitangan bertugas bagi menyiapkan proses tukar kad debit tersebut sehingga akhir.
  7. Akhir sekali, kad debit Bank Islam expired anda akan diperbaharui.
  8. Tamat.

Boleh renew kad debit online?

Tidak boleh. Untuk makluman, sebarang masalah berkaitan kad debit Bank Islam anda. Ia hanya boleh dilakukan di cawangan Bank Islam sahaja.

Oleh itu, apa-apa pembaharuan kad debit secara online adalah tidak valid walaupun menerusi laman web vao.bankislam.com.my iaitu website Bank Islam online banking sekalipun.

Perlu bantuan lanjut tentang kad debit Bank Islam tamat tempoh?

Sekiranya anda masih memerlukan bantuan atau ada pertanyaan lain berkenaan kad debit Bank Islam telah expired, rosak dan sebagainya.

Anda boleh menghubungi talian 03-26-900-900 untuk bercakap dengan Pusat Khidmat Pelanggan Bank Islam bagi mendapatkan maklum balas.

Akhir kata

Sekian saja penulisan kami untuk artikel ini. Diharapkan agar ianya dapat membantu urusan anda yang nak tukar kad debit Bank Islam tamat tempoh berjalan dengan lancar.

Akhir sekali, jika anda nak buka akaun BSN online. Anda boleh cek tutorial BSN online register Bahasa Melayu ini. Lebih mudah difahami dan akan sangat membantu anda nanti.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment