Cara Tukar Password Maybank2u


Jangan terlalu selesa dengan kata laluan yang sama yang digunakan untuk pelbagai laman lain terutamanya perbankan Internet. Bukan apa, bila orang tahu password kita, dia boleh buat sesuka hati dia. Ini cara tukar password Maybank2u yang boleh anda rujuk.

Cara tukar password Maybank2u guna sistem baru

Umum mengetahui bahawa Maybank menggalakkan penggunanya supaya menggunakan sistem yang baru, bukan Maybank2u Classic.

Jadi, bagi anda yang tidak biasa dengan sistem baru ini, berikut ialah cara untuk tukar kata laluan Maybank2u:

  1. Layari laman web rasmi Maybank di sini: https://www.maybank2u.com.my
  2. Pada My Username, tidak perlu masukkan username
  3. Klik FORGOT LOGIN DETAILS di bawahnya
  4. Pilih Reset Using samada:
    • Credit Card
    • Charge Card
    • Prepaid Card
    • Access Number
  5. Pada ruangan Card / Access Number, masukkan nombor kad 16 digit yang tertera pada bahagian hadapan kad ATM Maybank Debit/Kredit anda.
  6. Pada ruangan PIN, masukkan nombor PIN untuk kad ATM Debit/Kredit anda.
  7. Kemudian, pada laman seterusnya, tekan butang SUBMIT
  8. Seterusnya, masukkan password baru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  9. Pada ruangan di bawahnya, sahkan password anda dengan memasukkan password anda sekali lagi pada ruang tersebut.
  10. Seterusnya, tekan butang REQUEST OTP (One Time Password). One Time Password akan dihantar ke telefon anda secara SMS. Pastikan nombor telefon anda ini telah berdaftar dengan Maybank2U.
  11. Masukkan kod OTP yang anda terima melalui SMS ke ruang yang disediakan.
  12. Tekan butang CONFIRM.
  13. Penukaran password anda berjaya. Anda boleh logout dan login semula menggunakan password yang baru dikemaskini.
  14. Selesai

Cara tukar password Maybank2u guna sistem lama (Maybank Classic)

Bagi anda yang tidak biasa dengan sistem yang baru, boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk menukar password Maybank2u menggunakan sistem Maybank Classic:

  1. Layari laman web Maybank Classic di sini: https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Kemudian, tekan pada butang Back to the classic Maybank2U.
  3. Pada laman seterusnya, masukkan username anda pada Username. Tekan butang Next.
  4. Pada laman seterusnya, sahkan security phrase dan gambar yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang Yes.
  5. Kemudian, tekan link Forgot Username/Password.
  6. Pada laman seterusnya, pada ruangan Card/Access No., masukkan nombor kad 16 digit yang tertera pada bahagian hadapan kad ATM Debit/kredit anda.
  7. Pada ruangan PIN, masukkan nombor PIN untuk kad ATM Debit/kredit anda.
  8. Tekan butang Next.
  9. Pada laman seterusnya, username anda akan tertera. Tekan butang Reset Password.
  10. Kemudian, pada laman seterusnya, isi pada ruang-ruang yang tertera. Pada ruangan Password, letakkan passwordbaru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah mempunyai 8-12 aksara, tiada jarak dibenarkan dan mesti alphanumeric (gabungan nombor, abjad, huruf besar, huruf kecil dan simbol)
  11. Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi password
  12. Kemudian, tekan butang Request for TAC. Anda akan menerima kod TAC secara SMS di telefon anda. Setelah mendapat SMS ini, masukkan nombor TAC yang terdapat dalam SMS, ke ruangan TAC yang disediakan.
  13. Tekan butang Next.
  14. Penukaran password anda berjaya. Anda boleh login semula dengan menggunakan password yang baru ini untuk akaun anda.
  15. Selesai

Kenapa perlu reset password Maybank selalu?

Jangan main-main dan ambil ringan dengan password. Sila pastikan anda kemaskini kata laluan anda dengan gabungan abjad huruf kecil, abjad huruf besar, nombor dan juga special character.

Seelok-eloknya, tukar kata laluan setiap 3 bulan.

Walaupun menggunakan gabungan ini bukan bermakna selamat 100%, setidak-tidaknya ia akan menyukarkan mana-mana scammer atau hacker yang cuba masuk ke dalam akaun Maybank2u anda.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara untuk tukar password Maybank2u ini akan memudahkan urusan anda untuk login semula ke maybank2u.com.my.

Kalau anda mengalami ralat Maybank2u login expired, sila cuba log masuk sekali lagi.

Sekadar pesanan, jika kad debit Maybank sudah tamat tempoh, sila tukar kad Maybank anda bagi mengelakkan masalah untuk mengeluarkan duit di ATM nanti.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

1 thought on “Cara Tukar Password Maybank2u”

Leave a Comment