Maybank2u Login Expired (Apa Nak Buat?)


Sesekali, mesti ada di antara anda semua yang pernah dapat ralat seperti ‘Maybank2u Login Expired’ macam ini kan? So bila dah jadi macam ini, apa perlu anda buat?

Paling penting sekali jangan panik. Mari dapatkan jawapannya di sini.

Izinkan kami berkongsi.

Apa maksud Maybank2u Login Expired?

Maybank2u Login Expired adalah menandakan bahawa sesi log masuk ke akaun Maybank2u anda telah tamat tempoh.

 

Kenapa boleh berlaku expiry?

Maybank2u Login Expired ini biasanya terjadi atas 2 faktor. Faktor-faktor tersebut adalah seperti:

  1. 20 minit selepas anda log masuk, sesi anda akan tamat tempoh untuk menghalang anda daripada terus log masuk secara tidak sengaja dan membiarkan akaun anda dibuka untuk tempoh masa yang lama jika tiada sebarang transaksi berlaku.
  2. Jika anda tidak memberikan akses kepada cookies semasa log masuk, sesi anda akan tamat tempoh serta-merta.

Untuk pengetahuan anda, Maybank2u menggunakan cookies untuk membuat pengesahan pengguna dan menyimpan maklumat konfigurasi. Pihak Maybank juga memerlukan penggunaan cookies untuk tujuan sekuriti.

 

Bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah Maybank2u Login Expired?

Apa yang boleh anda lakukan sekiranya anda hadapi masalah ini adalah dengan beberapa cara iaitu:

  1. Anda terpaksa log masuk semula untuk menggunakan sebarang perkhidmatan dalam Maybank2u.
  2. Pastikan anda memberikan akses kepada cookies di laman browser anda sama ada agree to accept cookies atau accept cookies semasa proses log masuk dijalankan.

 

Masih lagi menerima Maybank2u Login Expired?

Sekiranya anda masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalah di atas atau masalah-masalah lain seperti menerima ralat Maybank Reject Code 0089 dan seumpamanya.

Anda perlu menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688 untuk bantuan atau pertanyaan lanjut.

 

Sekadar makluman, pastikan anda sentiasa log masuk ke akaun Maybank2u anda walaupun mungkin ada seringgit dua saja dalam itu.

Ini adalah untuk mengelakkan akaun anda tidak boleh digunakan atau deactivate secara automatik oleh pihak Maybank jika anda tidak log masuk selama 6 hingga 12 bulan.

Jadi, kalau tak nak akaun Maybank2u anda kena terminate. Rajin-rajinkanlah diri untuk log masuk. Bukan apa, nanti lagi banyak kerja nak kena buat. Nak kena daftar balik itu ini.

Lagi haru!

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu anda menghadapi masalah Maybank2u Login Expired dengan lebih mudah.

Apa pun, kalau masih tak settle-settle juga masalah ini, lebih baik rujuk saja dengan pihak Maybank.

Iyalah, ada masanya hal macam ini di luar kemampuan kita. Jadi, rujuk kepada pakarnya adalah pilihan yang terbaik untuk selesaikan sesuatu yang kita tak tahu.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment