Cara Tukar Nama Motor


Dah beli atau jual motor, mesti nak tukar nama motor pula kan? Di sini kami kongsikan beberapa cara tukar nama motor untuk anda.

Sekiranya anda ingin tukar nama kereta, kami juga ada kongsikan cara tukar nama kereta. Izinkan kami berkongsi cara tukar nama motor.

Cara tukar nama motor melalui MySIKAP online di public.jpj.gov.my

Jika anda tiada masa untuk ke JPJ, anda boleh buat penukaran nama secara online sahaja di portal MySIKAP JPJ. Pastikan anda telah berdaftar di Portal MySIKAP.

Anda boleh tengok cara daftar MySIKAP di sini.

Setelah anda mendaftar, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari public.jpj.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan Kod Sekuriti.
  3. Tekan Log Masuk.
  4. Pilih menu Kenderaan.
  5. Pilih Penukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar).
  6. Masukkan nombor plat kenderaan.
  7. Masukkan nombor kad pengenalan dan emel pemilik baru.
  8. Buat pembayaran dan selesai.

Pemilik baru atau pembeli dikehendaki untuk pergi ke JPJ dalam masa 7 hari untuk pengesahan secara thumbprint dan dapatkan geran.

Cara ini juga amat sesuai sekiranya anda ingin tukar nama motor tetapi tinggal berjauhan antara satu sama lain.

Cara tukar nama motor di cawangan JPJ

Jika anda agak keliru untuk menggunakan mySIKAP atau tidak pasti bagaimana langkahnya, anda juga boleh terus buat penukaran nama motor di JPJ.

Sebagai pemilik asal atau penjual, terdapat beberapa dokumen yang diperlukan iaitu:

  1. Geran asal kenderaan.
  2. Kad pengenalan.
  3. Salinan kad pengenalan pembeli.
  4. Borang JPJK3 yang sudah lengkap (borang ini adalah borang pertukaran hak milik secara sukarela).

Selepas dokumen anda sudah lengkap, anda perlu thumbprint untuk pengesahan. Anda perlu memberikan slip pengesahan kepada pembeli anda.

Sebagai pembeli, anda dikehendaki untuk menyediakan beberapa dokumen juga iaitu:

  1. Geran asal kenderaan (dari penjual).
  2. Kad pengenalan.
  3. Salinan kad pengenalan penjual.
  4. Slip pengesahan (dari penjual).

Selepas dokumen ini lengkap, anda boleh ke JPJ untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan. JPJ akan mengeluarkan Vehicle Ownership Certificate (VOC) baharu yang telah ditukar hak milik.

Ada cara tukar nama motor tanpa pemilik asal?

Tidak ada cara untuk menukar nama sekiranya tiada pemilik asal. Ini kerana, untuk menukar nama motor anda akan memerlukan thumbprint atau cap jari pemilik asal.

Cara tukar nama motor sekiranya pemilik asal meninggal

Kes ini berlainan pula dengan pemilik asal hilang. Kes ini kebiasaannya akan dialami oleh waris. Terdapat beberapa langkah yang waris boleh lakukan untuk menukar nama sekiranya pemilk asal motor sudah meninggal:

  1. Waris dikehendaki untuk ke JPJ bagi mendapatkan borang yang diperlukan.
  2. Pergi ke Amanah Raya untuk mendapatkan surat kematian, geran original, surat beranak waris dan surat beranak asal pemilik lama.
  3. Isikan semua borang yang diberikan dan hadir semula ke JPJ untuk memberikan dokumen yang diperlukan.
  4. Waris atau pemilik baru dikehendaki untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans baharu.

Akhir kata

Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda.

Jangan lupa juga untuk renew lesen memandu anda. Tak guna ada kenderaan jika anda tidak boleh memandu. Kami ada kongsikan cara renew lesen memandu di Pejabat Pos.

Anda juga boleh renew roadtax di JPJ dan UTC, atau Pejabat Pos. Jemput baca.

Semoga bermanfaat.

7 thoughts on “Cara Tukar Nama Motor”

  1. Klu geran masih nama kedai sedangkan dah habis bayar(kedai lupa tukar nama),sekarang nak jual pula motor tu macamana ye sebab kedai tersebut dah tutup atau dah pindah tidak dapat dikesan.

    Reply
  2. Kalau geran asal Ada dengan penjual…tp pembeli berasa luar kawasan.. mcmna ya . Salinan geran asal boleh d Guna ka.. atau send by gmbr dr penjual kepada pembeli?

    Reply
  3. Geran asal pada oner lama..oner lama dah pergi ke JPJ dah thumbprint…sy tinggal jauh dengan dia….boleh sy pergi JPJ untuk thumbprint dapatkan geran baru VOC?

    Reply

Leave a Comment