Public JPJ Login public.jpj.gov.my


Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mewujudkan satu portal baharu yang dikenali sebagai portal mySIKAP yang boleh dilayari di public.jpj.gov.my.

Anda boleh melakukan pelbagai urusan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan perlesenan pemandu.

Apa perkhidmatan yang ada dalam Public JPJ mySIKAP?

Antara perkhidmatan yang anda boleh lakukan di portal ini ialah:

Lesen memandu

  • Pembaharuan lesen memandu
  • Permohonan permit memandu antarabangsa
  • Rayuan lesen memandu tamat tempoh
  • Penukaran lesen dari asing/ tentera/ anggota polis kepada lesen memandu Malaysia
  • Kemaskini alamat dan penambahan kelas

Kenderaan

  • Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM)
  • Memohon atau membatalkan kenderaan untuk sementara waktu
  • Pindah milik sukarela
  • Membatalkan pendaftaran kenderaan

Kesalahan dan Penalti

  • Semakan dan pembayaran saman/notis/penalti kenderaan anda
  • Status kenderaan (senarai hitam atau dirampas)
  • Mata KEJARA
  • Tempoh penggantungan lesen

Apa syarat-syarat pendaftaran di Public JPJ?

Berikut adalah syarat-syarat untuk anda membuka akaun di portal:

  1. Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah.
  2. Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah.
  3. Pemegang passport yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP.
  4. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun
  5. Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.

Kategori pengguna berdaftar mySIKAP

Terdapat dua kategori pengguna berdaftar di mySIKAP iaitu:

1. Persendirian

  • Pengguna yang terdiri daripada orang persendirian yang akan hadir ke kaunter JPJ untuk mendaftarkan ID mereka.
  • Nombor rujukan akan dijana di kaunter dan diserahkan kepada pengguna.
  • Nombor rujukan juga boleh dijana secara online untuk eID Awam.
  • Terdapat 2 tahap capaian:
    • eID Standard:
      • tidak perlu pengesahan biometrik (cap jari)
      • tidak perlu hadir ke JPJ untuk daftar
      • boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal mySIKAP
    • eID Advance:
      • perlu pengesahan biometrik (Cap jari)
      • perlu hadir ke JPJ untuk mendapatkan nombor rujukan
      • boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di mySIKAP
  • Berikut ialah perkhidmatan yang ditawarkan di portal:
Public JPJ Login public.jpj.gov.my

2. Syarikat

  • Pengguna yang merupakan wakil daripada syarikat/pertubuhan/perbadanan.
  • Pengguna perlu hadir ke kaunter JPJ dengan membawa nombor rujukan dan dokumen sokongan untuk pengesahan.

Cara mendaftar mySIKAP di public.jpj.gov.my

a) Berikut adalah cara mendaftar mySIKAP bagi akaun persendirian:

  1. Layari portal public.jpj.gov.my.
  2. Tekan Log Masuk/ Daftar Kali Pertama.
  3. Pilih Kategori ID.
  4. Isikan butiran berikut:
    1. No. MyKad
    2. Telefon bimbit
    3. Emel
    4. Pengesahan emel
    5. No. Rujukan (hanya untuk eID Advance – anda perlu hadir ke JPJ untuk mendapatkan nombor rujukan ini)
    6. Masukkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.
    7. Tekan Teruskan.
    8. Semak dan sahkan maklumat, tekan Teruskan.
    9. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
    10. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar pada emel yang didaftarkan.
    11. Anda akan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara dan boleh menukarnya setelah log masuk kali pertama.
    12. Selesai.

b) Berikut adalah cara mendaftar mySIKAP bagi akaun syarikat:

  1. Layari portal public.jpj.gov.my.
  2. Tekan Log Masuk/ Daftar Kali Pertama.
  3. Tekan Pendaftaran ID Syarikat.
  4. Masukkan butiran yang diperlukan.
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan berdasarkan jenis pendaftaran.
  6. Tekan Teruskan.
  7. Skrin Proses Pendaftaran Tamat akan dipaparkan.
  8. No. Rujukan akan dipaparkan kepada anda. Tekan Cetak.
  9. Pendaftaran anda telah berjaya.

Wakil yang dilantik dikehendaki menghadirkan diri di cawangan JPJ dan perlu membawa slip no. rujukan dan dokumen sokongan asal dalam tempoh 7 hari dari tarikh no. rujukan dijana untuk pengesahan.

ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel berdaftar setelah proses pengesahan di kaunter selesai.

Cara log masuk kali pertama di public.jpj.gov.my

Berikut adalah cara log masuk kali pertama:

  1. Layari portal public.jpj.gov.my.
  2. Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan Kod Sekuriti.
  3. Tekan Log Masuk.
  4. Anda sudah boleh meneruskan urusan anda.

Bagaimana jika terlupa kata laluan public.jpj.gov.my?

Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh menukar kata laluan baru dengan mudah. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Layari portal public.jpj.gov.my.
  2. Tekan Lupa Kata Laluan?
  3. Masukkan ID Pengguna, Emel Berdaftar dan Kod Sekuriti.
  4. Tekan Hantar.
  5. Masukkan jawapan Soalan Sekuriti.
  6. Tekan Simpan.
  7. Anda akan diberi no. TAC melalui emel anda.
  8. Masukkan no. TAC, Kata Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan Baru.
  9. Tekan Hantar. Anda sudah berjaya menukar kata laluan anda.

Anda ada masalah dan pertanyaan untuk diajukan?

Jika anda mempunyai pertanyaan dan masalah, sila ajukan di:

  • 03 8000 8000

Akhir kata

Inisiatif portal ini akan banyak membantu urusan anda di JPJ. Anda juga dapat membuat urusan di mana-mana sahaja.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Categories JPJ

8 thoughts on “Public JPJ Login public.jpj.gov.my”

  1. my sikap online transaction
    i am Sign In As First Time User (MyKad)
    to register renew my road tax , the system pop out ” user already registered “

    Reply
  2. SAYA DAH DAFTAR ON LINE MY SIKAP, HARI NI CUBA LOG IN TAPI TAK DAPAT LOG IN..
    ID PENGGUNA TIDAK SAH…SO MACAMANA NAK SAHKAN SEMULA ID PENGGUNA TU

    Reply
  3. Macam mana saya dapat menghubungi email IT untuk masalah resit bayaran yang tidak tertera nombor KP yang betul semasa membeli nombor running dalam sistem Portal Mysikap. Saya telah menghubungi nombor talian 03-80008000 dan di beri nombor IT untuk saya rujuk, Tetapi nombor tersebut sibuk dan saya tidak dapat menghubungi sampai sekarang, sudah 3 hari saya mengalami masalaah nak mendaftar nombor yang di beli tetapi tidak wujud dalam sistem.

    Reply

Leave a Comment