My JPJ Login public.jpj.gov.my


Sistem My JPJ di public.jpj.gov.my ialah satu portal untuk kegunaan umum rakyat Malaysia. Laman web ini yang dipanggil portal mySIKAP adalah satu sistem di bawah kelolaan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Sistem yang juga dikenali sebagai Public JPJ ini juga menawarkan perkhidmatan online kepada pengguna seperti memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan, pembayaran saman, carian kenderaan dan banyak lagi. Portal mySIKAP boleh diakses melalui public.jpj.gov.my/public/login.zul pada bila-bila masa.

Cara login public.jpj.gov.my/public/login.zul

Berikut ialah cara untuk login public.jpj.gov.my/public/login.zul:

  1. Layari laman web rasmi JPJ mySIKAP di sini: https://public.jpj.gov.my
  2. Pilih Bahasa sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris (Pilih Bahasa Malaysia)
  3. Pilih Kategori ID sama ada Individu atau Syarikat (Kami andaikan anda pilih Individu)
  4. Masukkan ID Pengguna
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Masukkan Kod Sekuriti yang tertera
  7. Tekan butang Log Masuk
  8. Selesai

Kenapa tak boleh login My JPJ di public.jpj.gov.my?

Berikut adalah beberapa sebab yang menjadi punca anda tidak dapat log masuk ke dalam sistem My JPJ di public.jpj.gov.my:

  1. Salah masukkan kata laluan: Jika anda telah salah memasukkan kata laluan anda terlalu banyak kali, akaun anda mungkin telah disekat sementara.
  2. Kesilapan ketika memasukkan ID Pengguna: Pastikan anda memasukkan ID Pengguna anda dengan betul. Jika anda lupa ID Pengguna anda, cuba semak emel pendaftaran anda atau hubungi JPJ untuk bantuan.
  3. Akaun belum diaktifkan: Sekiranya anda baru mendaftar akaun My JPJ, anda mungkin perlu mengaktifkannya melalui emel atau SMS pengesahan sebelum anda dapat log masuk.
  4. Masalah capaian internet: Jika anda mempunyai sambungan internet yang lemah atau tidak stabil, ini mungkin menghalang anda daripada log masuk ke dalam akaun My JPJ.
  5. Laman web JPJ sedang down: Kadang-kadang, laman web JPJ mungkin mengalami gangguan atau penyelenggaraan. Jika ini berlaku, anda mungkin tidak dapat log masuk ke akaun anda.
  6. Masalah browser: Pastikan anda menggunakan versi terkini dari browser internet anda. Jika anda menggunakan browser yang lama atau tidak disokong, anda mungkin mengalami masalah log masuk.
  7. Cookies dan Cache: Kadang-kadang, cookies dan cache pada browser anda mungkin perlu dibersihkan. Jika informasi lama atau usang disimpan, ini mungkin mengganggu proses log masuk.
  8. Akaun anda mungkin telah diban atau disekat oleh JPJ kerana sebab-sebab tertentu seperti melanggar terma dan syarat penggunaan.
  9. Masalah dengan sistem JPJ: Kadang-kadang, masalah teknikal dengan sistem JPJ sendiri boleh menyebabkan masalah log masuk.

Macam mana nak daftar My JPJ di public.jpj.gov.my?

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk mendaftar My JPJ melalui public.jpj.gov.my:

  1. Layari laman web rasmi JPJ mySIKAP di sini: https://public.jpj.gov.my
  2. Lihat pada bahagian bawah ruangan Log Masuk
  3. Tekan pada Daftar / Log Masuk Kali Pertama (MyKad)
  4. Kemudian, lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
    No.MyKad
    Telefon Bimbit
    E-mel
    Pengesahan E-mel
    No. Siri Lesen Memandu
    No. Rujukan (jika perlu)
  5. Masukkan Kod Sekuriti
  6. Tekan butang Teruskan
  7. Seterusnya, buat pengesahan butiran peribadi dengan tick pada kotak persetujuan
  8. Tekan Hantar
  9. Buat pengesahan sekali lagi dengan menekan butang Ya
  10. Notifikasi Pendaftaran Anda Telah Berjaya akan dihantar
  11. Sila semak emel yang telah didaftarkan bagi mendapatkan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama
  12. Selesai
Categories JPJ

2 thoughts on “My JPJ Login public.jpj.gov.my”

Leave a Comment