Login PAJSK KPM (Semakan NKRA Online di pajsk.moe.gov.my)


Sebagai seorang guru kelas, selain perlu login SPLKPM penyelaras, login SPLKPM modul individu , SAPS untuk guru, HRMIS2 dan Sistem Sahsiah Diri Murid untuk disiplin, anda juga perlu tahu cara login PAJSK untuk masukkan markah murid.

Oleh yang demikina, garis panduan yang dihasilkan ini bertujuan untuk memberikan rujukan kepada para guru yang bertanggungjawab untuk melengkapkan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK).

Antara yang perlu diisi ialah Pengisian dan Pengesahan Data Ujian SEGAK dan juga Pengisian dan Pengesahan Data Keahlian bagi Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan dan Pasukan Badan Beruniform.

Login PAJSK

Penulisan ini akan berkongsi berkenaan dengan manual penggunaan dan pengisian markah murid.

#1 Cara login PAJSK KPM online

  1. Sila ke pautan laman web di sini: https://pajsk.moe.gov.my
  2. Sila pilih samada anda perlu login PAJSK untuk Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
  3. Ini kerana setiap pautan adalah untuk individu-individu tertentu sahaja
    • Bahagian: Untuk Bahagian Pendidikan
    • Jabatan Pendidikan Negeri: Untuk pegawai JPN sahaja
    • Pejabat Pendidikan Daerah: Untuk pegawai PPD sahaja
    • Sekolah: Untuk guru sahaja
    • Semakan Markah Murid: (pautan ini dinyah-aktifkan)
  4. Jadi, jika anda adalah seorang guru kelas, klik Sekolah
  5. Masukkan ID Kod Sekolah
  6. Masukkan Kata Laluan
  7. Bagi guru yang pertama kali mengisi, guru perlulah mendapatkan ID Kod Sekolah dan Kata Laluan daripada Guru Penolong Kanan (Kokurikulum).
  8. Tekan butang Masuk
  9. Anda kini sudah berjaya masuk dalam sistem PAJSK
  10. Langkah serta cara login PAJSK sudah tamat
  11. Sila teruskan baca panduan di bawah untuk mengisi markah murid

 

#2 Cara isi markah murid dalam PAJSK

Berikutan isu wabak pandemik iaitu Covid-19 yang melanda negara kini, pihak KPM telah menetapkan ketetapan baharu berkenaan dengan tarikh akhir pengisian markah murid.

  1. Setelah berjaya memasuki ‘Login’ atau ‘Daftar Masuk’, maklumat berkenaan sekolah akan dipaparkan. Kemudian, guru perlulah memilih untuk mengemas kinikan maklumat yang ingin di isi.
  2. Bagi pengisian aktiviti dan rekod SEGAK murid, data dan maklumat adalah mengikut penilaian awal yang telah dilakukan iaitu semasa sesi persekolahan.
  3. Maklumat-maklumat tersebut akan diisi ke dalam rekod data murid dan secara automatik pengiraan markah individu murid akan dipampangkan.
  4. Bagi pengisian data Senarai Aktiviti, sekiranya maklumat tiada dalam pilihan, guru boleh menambah sedia maklumat dengan mengklik butang pensel pada paparan tersebut.
  5. Klik pada butang KELAS dan TAHUN yang ingin dikemaskinikan, dan seterusnya klik butang CARI untuk dipaparkan mengenai maklumat murid pada kelas yang dipilih.
  6. Setelah semua data diisi dan dilengkapkan, guru akan beralih kepada penyediaan laporan atau pengesahan markah murid.
  7. Berkenaan maklumat data murid, markah penuh setiap murid akan terpampang secara automatik setelah semua maklumat diisi lengkap oleh guru.
  8. Rekod pengesahan data dan maklumat murid akan menunjukkan Jumlah Murid Lengkap, Tidak Lengkap dan Tidak Berdaftar dalam PAJSK online:
    • Jumlah Murid Lengkap – Murid yang telah lengkap diisi KETIGA-TIGA komponen. (Aktiviti,SEGAK,Laporan)
    • Jumlah Murid Tidak Lengkap – Masih Terdapat Komponen Yang tidak diisi. Klik pada nombor jumlah yang diberikan dan Senarai Nama yang belum lengkap akan dipaparkan.
    • Murid Tidak Berdaftar – Markah calon belum pernah diisi pada mana-mana komponen.
  9. Setelah semua maklumat murid dilengkapkan dan semua komponen diisi lengkap, Butang SAH MARKAH akan berfungsi.
  10. Guru boleh mengklik butang tersebut untuk membuat pengesahan.
  11. Namun harus DIINGAT, guru tidak dapat mengubah mana-mana markah murid setelah semua data disahkan dalam PAJSK online

 

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan berkenaan cara login PAJSK atau penggunaan sistem ini, boleh dipanjangkan terus ke alamat email di bawah:

[email protected]

 

Akhir kata

Kesimpulannya, pengisian maklumat PAJSK secara online adalah amat mudah, memandangkan segala data dan keperluan telah tersedia.

Guru hanya perlu melengkapkan maklumat murid agar pengesahan markah Kokurikulum mereka dapat dinilai. Bagi Sekolah Menengah pula, langkah dan pengisian adalah sama.

Diharapkan agar perkongsian cara login PAJSK ini dapat memudahkan lagi urusan anda semua.

Jemput baca panduan login eOperasi untuk kemaskini maklumat guru; dan juga login APDM untuk kemaskini maklumat murid.

Semoga bermanfaat.

Categories MOE

Leave a Comment