Cara Update MySejahtera (Kemaskini Profil & Status Kesihatan)


Sekejap kata kena kemaskini MySejahtera. Sekejap kata, tak update pun tak apa. Terkini, laporan Astro Awani mengatakan, tidak kemaskini pun tidak mengapa kerana ia bukanlah satu kesalahan.

Apa-apa pun, lebih baik kita kemaskini. Bukannya lama sangat pun. Kemaskini ini juga terpakai bagi yang baru pulang dari luar negera dan masuk semula ke Malaysia. Jadi, izinkan kami membantu.

1. Cara kemaskini profil MySejahtera (status kesihatan)

Berikut ialah langkah-langkah untuk mengemaskini profil My Sejahtra yang ringkas.

  1. Pastikan aplikasi MySejahtera sudah sedia ada dalam telefon bimbit anda
  2. Jika belum, sila baca cara daftar MySejahtera terlebih dahulu
  3. Jila ada masalah login, sila reset password MySejahtera
  4. Buka app MySejahtera
  5. Pergi ke muka hadapan aplikasi
  6. Akan terpapar beberapa pilihan:
    • COVID-19 Status
    • Hotspot
    • Helpdesk
    • Digital Health
    • COVID-19 Vaccination
    • MORE
  7. Tekan COVID-19 Status
  8. Akan terpapar bahagian Status yang menunjukkan:
    • Are you a Low Risk person who has:
      • Started exhibiting COVID-19 symptoms?
      • Travelled overseas, had contact with a positive COVID-19 patient or attended any mass gathering in the past 14 days?
    • If your answer is “Yes” to any of the above, kindly update your health status.
  9. Tekan butang Start
  10. Jawab soalan-soalan yang diberikan (Ya / Tidak):
    • Adakah anda mengalami 2 atau lebih gejala berikut?
    • Selain yang di atas, adakah anda mengalamai gejala seperti yang berikut?
    • Adakah anda mengunjungi lokasi berkaitan kluster COVID-19?
    • Adakah anda berkunjung ke luar negara dalam tempoh 14 hari yang lepas?
    • Adakah anda berhubung rapat dengan seseorang yang positif COVID-19 atau suspek dalam tempoh 14 hari yang lepas?
    • Adakah anda seorang sukarelawan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 14 hari lalu?
  11. Tekan butang Submit
  12. Pergi ke bahagian Profile
  13. Akan terpapar maklumat diri anda:
    • Low Risk No Symptom
    • MySJ ID
    • IC / Passport No
    • State
  14. Seterusnya, ada paparan Click to refresh your profile
  15. Tekan butang Refresh
  16. Siap proses kemaskini
  17. Barcode MySejahtera yang menunjukkan Status Risiko COVID-19 akan diaparkan di bahagian bawah skrin

Bagi yang mempunyai tanggungan, sekarang sudah boleh daftar vaksin untuk remaja berusia 12 tahun ke atas dan di bawah 18 tahun.

 

2. Ini bukan update aplikasi MySejahtera di Google Play & App Store?

Ya, ramai yang bertanya kerana keliru dengan kenyataan yang dibaca di portal berita dan media sosial yang lain.

Sila ambil maklum. Kemaskini My Sejahtera di sini bukanlah bermakna perlu update aplikasi yang terkini dari Google Play (untuk Android) atau Apple App Store (untuk iPhone).

Kemaskini di sini adalah pengemaskinian status risiko kesihatan dalam aplikasi MySejahtera.

 

3. Kenapa perlu update My Sejahtera?

Jika anda sudah mendapat jemputan ke mana-mana PPV untuk suntikan vaksinasi Pfizer, AstraZeneca dan lain-lain, anda akan diminta untuk kemaskini profil MySejahtera juga.

Jadi, untuk tidak kelam kabut semasa di sana, adalah lebih baik untuk bersedia lebih awal.

 

Akhir kata

Kami harap, janganlah dek kerana kesilapan kecil tidak kemaskini status kesihatan MySejahtera, seseorang itu disaman.

Benar, data kesihatan terkini itu penting. Dalam pada itu, duit untuk meneruskan kelangsungan hidup itu juga penting.

Kompaun atau atas atas kesalahan tidak update akan memberi kesan besar kepada mana-mana keluarga yang mempunyai masalah kewangan.

Semoga kita sama-sama berdoa agar Covid-19 ini cepat hilang dari muka bumi Malaysia yang tercinta ini. Untuk peniaga, ini lebih penting. Sila register MySejahtera untuk syarikat dan print QR Code MySejahtera untuk ditampal di pintu premis.

Semoga bermanfaat.

9 thoughts on “Cara Update MySejahtera (Kemaskini Profil & Status Kesihatan)”

  1. Nama saya Kamariah binti Husin
    ic 490430015224
    No. tel: 0192805702
    tetapi di Mysejahtera
    ic 490430015224IS . sy cuba edit tetapi tak berjaga ic yg berakhair dgn ……4IS masa kekal. Walaupuan saya telah habis buat kedua2 dose masa di panggil utk buat vaccination lagi. bagaimana saya hdk ubah ic yg betul supaya mendapat maklumat yg benar ter catit berkenaan dgn vaccination saya. Harap pihak Mysejahtera buat pembetul ic saya sebenar 490430-01-5224. sekian.

    Reply
  2. Sy sebelum ni dah dapat tarikh utk suntik pd 24 jul 21..tp pd 18 jul 21 pihak kem tentera ada buat temujanji utk suntikan pd pasangan anggota dan sy setuju untuk terima suntikan itu dan sy pun dah suntik utk dos 1..tp smpai hari ni my sejahtera sy x berubah pun..mohon pihak yg berkenaan tlg update status my sejahtera sy sbb sy dah terima dos 1..ni nama sya ARNY HAFIZZAH BINTI AHMAD SAIDIN, ID MY SEJAHTERA sy 60174558221 dan ni no IC sy 871023-09-5166.

    Reply
  3. Assalamualaikum . Saya pengguna iOS . Apps mysejahtera saya jadi auto update sebab connect dengan WiFi . Selepas app mysejahtera versi baharu . Saya tidak tahu tips untuk kemaskini .

    Reply

Leave a Comment