Cara Print MySejahtera QR Code (Tampal di Pintu Kedai / Premis)


Dengan PKP yang masih lagi berpanjangan, pemilik bisnes mesti menjaga SOP semasa menjalankan perniagaan. Download QR Code melalui mysejahtera.malaysia.gov.my bagi membolehkan pelanggan scan dahulu sebelum masuk ke dalam kedai atau premis anda. Jika syarikat anda layak dan diluluskan MITI dalam permohonan meneruskan operasi perniagaan, ikuti cara print MySejahtera QR code seperti di bawah.

1. Kenapa perlu print My Sejahtera QR Code?

Sila patuh SOP.

Jika kerajaan telah membenarkan anda berniaga, sila ikuti apa yang dipinta oleh kerajaan. Kegagalan untuk print dan paparkan QR Code boleh membuatkan anda sebagai pemilik bisnes dan juga pengunjung disaman dari RM1,000 sehingga RM50,000.

 

2. Cara print MySejahtera QR Code untuk kedai

Berikut ialah cara untuk buat MySejahtera QR code (bukan barcode) bagi kegunaan kedai atau premis perniagaan anda. Panduan di bawah ini adalah selepas selesai proses pendaftaran.

Jika masih lagi belum daftar, sila rujuk cara register MySejahtera untuk syarikat atau scroll di bahagian bawah artikel ini.

  1. Selepas klik butang Submit untuk pendaftaran MySejahtera, QR code akan terpapar
  2. Harus diingat, QR code tersebut bukanlah dalam resolusi tinggi.
  3. Jadi, kalau anda screenshot sekalipun, ia tidak sesuai untuk ditampal di pintu masuk premis
  4. Untuk high resolution QR code, anda perlu klik butang Email Me
  5. Di ruangan Email Address, masukkan email anda (contohnya, [email protected])
  6. Tekan butang Email Me
  7. Semak email anda
  8. Download dan print MySejahtera QR code
  9. Tampal di pintu masuk premis

Kaedah untuk menghantar QR code ke email juga lebih sesuai sebagai backup jika berlaku apa-apa.

 

3. Cara daftar MySejahtera untuk kedai

Apa yang kami kongsikan di atas tadi, adalah proses untuk print QR code My Sejahtera selepas anda buat pendaftaran.

Namun, sekiranya belum mendaftar, ikuti panduan di bawah:

  1. Layari portal rasmi MySejahtera di sini: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
  2. Klik BM atau BI di bahagian atas sebelah kanan
  3. Pilih bahasa yang anda selesa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  4. Kami teruskan panduan ini dengan Bahasa Inggeris
  5. Tekan butang Register MySejahtera
  6. Masukkan maklumat yang dipinta seperti berikut:
    • Country code: Malaysia (Bermula dengan kod +60)
    • Masukkan nombor telefon bimbit
    • Tandakan I’m not a robot
    • Pilih gambar yang terpapar
    • Contohnya, jika keluar pernyataan Select all images with traffic lights, pilih semua gambar yang ada gambar lampu isyarat
    • Tekan butang VERIFY
    • Tekan butang Register
  7. Tunggu sehingga anda menerima OTP melalui SMS untuk proses verifikasi nombor telefon
  8. Masukkan OTP yang diterima
  9. Tekan butang Submit
  10. Isikan maklumat premis dalam bahagian Registration untuk Company Profile seperti:
    • User Name
    • Business Name
    • Contact Name
    • Current Address
    • Postcode
    • State
  11. Tekan butang Submit
  12. Sejurus selepas tekan butang Submit, anda boleh cetak QR Code dengan menekan butang Print di bahagian bawah sebelah kiri
  13. Jika anda tidak mempunyai pencetak atau printer, boleh pilih Email Me atau Download terlebih dahulu.
  14. Anda boleh simpan dahulu dan cetak nanti.

Sekiranya ada masalah untuk login, sila ikut langkah untuk reset password My Sejahtera.

 

4. Kalau lebih dari 1 kedai, perlu buat QR Code untuk setiap cawangan?

Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu kedai, anda memang kena buat QR code untuk setiap satu kedai.

Contohnya, jika anda ada kedai burger yang bernama Burger Abang Din yang terletak di Shah Alam, Seremban dan Klang, anda perlu generate QR code untuk setiap satu kedai di setiap lokasi terbabit.

Begini caranya:

  1. Generate QR Code My Sejahtera untuk lokasi pertama dahulu
  2. Lihat di bahagian bawah butang Email Me
  3. Lihat paparan yang tertulis Kindly print this QR code and display it at the entra of the premise
  4. Tekan butang Add Branches / Location
  5. Masukkan Location Name
  6. Jika lokasi cawangan seterusnya ialah Seremban, masukkan Seremban
  7. Tekan butang Add
  8. QR code yang baru untuk lokasi cawangan tersebut akan terpapar
  9. Selesai

 

5. Macam mana nak print MySejahtera QR Code dengan address sekali?

Mengikut penelitian kami, memang tidak boleh untuk print QR code My Sejahtera dengan alamat atau adress lokasi premis tersebut. Betulkan kami kalau salah.

Walau bagaimanapun, kami tida rasa itu adalah satu perkara yang besar.

Masalah ini hanya akan berlaku jika anda mempunyai banyak cawangan, di mana akan mengalami kesukaran untuk mengenalpasti QR code untuk sesuatu cawangan.

Jadi, jika anda hanya mempunyai 1-5 kedai di lokasi berbeza, tidak perlu pening kepala untuk print QR code My Sejahtera sekali dengan alamat.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara print MySejahtera QR code ini akan memudahkan lagi urusan perniagaan anda.

Tolong doakan agar Coronavirus Covid-19 ini cepat hilang dari muka bumi Malaysia yang tercinta ini.

Terima kasih kerana terus mematuhi SOP.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Print MySejahtera QR Code (Tampal di Pintu Kedai / Premis)”

Leave a Comment