Jika anda seorang peniaga yang mempunyai kedai atau premis perniagaan, jemput baca cara register MySejahtera untuk syarikat anda yang kami kongsikan di bawah melalui mysejahtera.malaysia.gov.my. Sila ambil maklum, hanya selepas selesai pendaftaran, barulah anda boleh print MySejahtera QR code untuk ditampal di pintu masuk kedai.
Apa itu My Sejahtera?
MySejahtera untuk apa sebenarnya? Bagi yang masih tertanya-tanya, sila baca serba sedikit tentang MySejahtera dalam perkongsian cara daftar MySejahtera untuk individu atau orang biasa yang tidak mempunyai perniagaan.
Untuk makluman, My Sejahtera ini adalah untuk semua. Bukan hanya premis perniagaan sahaja yang boleh gunakan MySejahtera. Gerai, kedai, kedai makan, pejabat, tapak pembinaan malahan sekolah pun boleh gunakan sistem ini.
1. Cara register MySejahtera untuk syarikat (Guna telefon)
Jika anda bercadang untuk buat pendaftaran menggunakan telefon bimbit, berikut ialah cara register MySejahtera untuk syarikat anda.Sila ambil maklum bahawa proses pendaftaran ini memerlukan nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS.
- Layari laman web rasmi MySejahtera di mysejahtera.malaysia.gov.my
- Lihat menu di bahagian atas kanan
- Klik MySejahtera Check-In
- Kami andaikan bahawa anda adalah seorang pengguna baru
- Klik Daftar MySejahtera Check In
- Masukkan maklumat yang dipinta seperti berikut:
- Country code: Malaysia (Bermula dengan kod +60)
- Masukkan nombor telefon
- Tick I'm not a robot
- Pilih gambar yang terpapar
- Contohnya, jika keluar pernyataan Select all images with cars, pilih semua gambar yang ada gambar kereta
- Tekan butang VERIFY
- Tekan butang Register
- Tunggu sehingga anda menerima OTP melalui SMS untuk proses verifikasi nombor telefon
- Masukkan OTP yang diterima
- Tekan butang Submit
- Isikan maklumat dalam bahagian Registration untuk Company Profile seperti:
- User Name
- Business Name
- Contact Name
- Current Address
- Postcode
- State
- Tekan butang Submit
- Pendaftaran MySejahtera anda kini sudah selesai
- Anda sekarang sudah boleh buat QR Code My Sejahtera
2. Cara register MySejahtera untuk premis perniagaan (Guna email)
Cara daftar MySejahtera menggunakan email adalah lebih kurang sama sahaja. Cuma tidak perlu masukkan 6 digit OTP.- Layari laman web rasmi MySejahtera di https://mysejahtera.malaysia.gov.my
- Lihat menu di bahagian atas kanan
- Klik MySejahtera Check-In
- Kami andaikan bahawa anda adalah seorang pengguna baru
- Klik Daftar My Sejahtera Check In
- Masukkan maklumat yang dipinta seperti berikut:
- Masukkan alamat email yang sah dalam ruangan Email Address
- Tick I'm not a robot
- Pilih gambar yang terpapar
- Contohnya, jika keluar pernyataan Select all images with cars, pilih semua gambar yang ada gambar kereta
- Tekan butang VERIFY
- Tekan butang Register
- Tunggu sehingga anda menerima email dari My Sejahtera untuk proses verifikasi
- Klik pautan dalam email yang diterima
- Isikan maklumat dalam bahagian Registration untuk Company Profile seperti:
- User Name
- Business Name
- Contact Name
- Current Address
- Postcode
- State
- Tekan butang Submit
- Pendaftaran MySejahtera anda kini sudah selesai
- Anda sekarang sudah boleh buat QR Code
3. Cara buat QR Code, selepas daftar MySejahtera
Untuk memudahkan orang ramai supaya tidak perlu tulis nama, nombor telefon dan rekod suhu badan dalam buku yang besar itu, anda boleh gunakan terus QR Code.Secara ringkas, berikut ialah cara buat QR Code untuk premis perniagaan:
- Ikut proses daftar My Sejahtera seperti di atas
- Selesai sahaja anda tekan butang Submit, bahagian Print QR akan keluar secara automatik.
4. Cara login My Sejahtera online
Berikut ialah langkah-langkah atau cara login MySejahtera. Pastikan anda sudah install app MySejahtera dan mengikuti cara daftar MySejahtera.- Buka aplikasi MySejahtera atau laman web rasmi MySejahtera
- Tunggu sehinga siap loading sepenuhnya
- Masukkan ID Pengguna
- Klik Log Masuk
- Jika terlupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan
- Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda boleh login MySejahtera
- Selepas log masuk, anda boleh cetak QR code
- Anda juga boleh tambah premis menggunakan akaun yang sama
Akhir kata
Kami menyambut baik langkah kerajaan dalam memperkenal sistem MySejahtera ini. Pada awalnya, ramai yang tidak pasti samada mahu guna MySejahtera atau Gerak Malaysia. Kini ramai yang sudah faham penggunaan MySejahtera.
Diharapkan agar perkongsian cara register MySejahtera ini dapat memudahkan lagi urusan anda. Diharapkan juga agar bisnes anda semakin pulih.
Sama-sama kita cari rezeki.
Bagi sesiapa yang mempunyai syarikat atau perniagaan di negeri Selangor, anda juga boleh guna dan daftar Selangkah Selangor.
Semoga bermanfaat.