Cara Buat QR Code My Sejahtera (Untuk Kenduri, Majlis, Kedai)


Jika anda jenis orang yang suka memudahkan urusan orang lain, anda boleh ikuti cara buat QR Code My Sejahtera ini. Sesuai digunakan untuk kenduri kahwin, majlis pertunangan, aqiqah, untuk premis perniagaan, kedai makan, sekolah kebangsaan & sekolah menengah serta mana-mana pejabat.

Dengan cara ini, pengunjung, pelajar atau pekerja tidak perlu menulis dalam buku besar itu lagi. Hanya perlu sediakan pembaca suhu sahaja.

Cara Buat QR Code My Sejahtera

Berikut ialah cara untuk buat QR code untuk MySejahtera untuk kemudahan semua:

  1. Pergi ke portal rasmi MySejahtera di sini: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
  2. Tekan butang Register MySejahtera Check-In
  3. Jika anda belum pernah mendaftar sebelum ini, anda perlu mendaftar sebagai pengguna baru
  4. Masukkan maklumat yang dipinta seperti berikut:
    • Country code: Malaysia (Bermula dengan kod +60)
    • Masukkan nombor telefon bimbit
    • Tandakan I’m not a robot
    • Pilih gambar yang terpapar
    • Contohnya, jika keluar pernyataan Select all images with bus, pilih semua gambar yang ada gambar bas
    • Tekan butang VERIFY
    • Tekan butang Register
  5. Tunggu sehingga anda menerima OTP melalui SMS untuk proses verifikasi nombor telefon
  6. Masukkan OTP yang diterima
  7. Tekan butang Submit
  8. Isikan maklumat premis dalam bahagian Registration untuk Company Profile seperti:
    • User Name
    • Business Name
    • Contact Name
    • Current Address
    • Postcode
    • State
  9. Jika anda mahu buat kenduri dan ingin memudahkan tetamu yang hadir, masukkan sahaja alamat rumah di bahagian Company Profile ini. Paling utama, di bahagian Business Name, sila masukkan ‘Kenduri Kahwin Zafran dan Aishah’ atau ‘Majlis Pertunangan Khairul dan Norhayati’.
  10. Jika anda mahu QR Code untuk sekolah dan ingin memudahkan pelajar masuk ke sekolah, masukkan sahaja nama sekolah di ruangan Business Name. Contohnya, di bahagian Business Name, boleh masukkan ‘Sekolah Kebangsaan Cyberjaya’ dan ‘Sekolah Menengah Kebangsaan Meru’.
  11. Tekan butang Submit
  12. Pendaftaran My Sejahtera anda kini sudah selesai
  13. Anda sekarang boleh buat QR Code dengan tekan butang Print di bahagian bawah sebelah kiri
  14. Sekiranya anda tidak mempunyai pencetak atau printer, boleh pilih Email me atau Download terlebih dahulu. Anda boleh simpan dahulu dan cetak nanti.

Sekiranya ada masalah untuk login, sila ikut langkah untuk reset password My Sejahtera.

 

Akhir kata

Perkongsian cara buat QR Code ini adalah untuk orang yang belum daftar atau register My Sejahtera lagi.

Bagi mana-mana individu yang sudah mendaftar untuk premis perniagaan atas kapasiti syarikat, atau mendaftar untuk rumah sendiri atas urusan kenduri, anda boleh terus login MySejahtera.

Terus pergi di bahagian Print untuk cetak QR Code tersebut.

Diharapkan agar kita semua menjaga jarak semasa dalam tempoh PKPP ini. Doakan agar Coronavirus Covid-19 ini cepat hilang dari muka bumi ini.

Semoga bermanfaat.

10 thoughts on “Cara Buat QR Code My Sejahtera (Untuk Kenduri, Majlis, Kedai)”

  1. asalamualaikum… saya nk tanya macam mana cara saya nk buat QR code untuk letak di rumah.senang untuk tetamu datang x perlu menulis di dalam buku.

    Reply
  2. nak tanyaa macam mana nak buat qrcode gunaa 6ber yg sama, tetapi bahgian location tuu tidak mahu begadung dengan nama location majlis yang sebelum ini??? bolehh tolongg sangat2.. urgent nak buat untuk petang ini

    Reply
  3. ada tak cara untuk delete previous qr code record, sebab saya dah key in salah tapi saya cuba edit balik memang tak jadi, nak delete pun tak boleh.

    Reply

Leave a Comment