Cara Daftar Vaksin Untuk Remaja Melalui MySejahtera (12 Tahun ke Atas, Bawah 18 Tahun)


Sebelum ini, hanya orang dewasa sahaja boleh mendaftar My Sejahtera melalui https://mysejahtera.malaysia.gov.my . Kini, remaja yang berusian 12 – 17 tahun dibenarkan register untuk mendapatkan vaksin Covid-19. Izinkan kami berkongsi cara daftar vaksin untuk remaja yang berusia 12 tahun ke atas.

Pada pendapat kami, untuk mudah mengetahui samada anak ini bukan lagi dikategorikan sebagai kanak-kanak, mereka sudah mempunyai Kad Pengenalan.

1. Cara daftar vaksin untuk remaja (ibu bapa tolong daftar)

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk mendaftar MySejahtera untuk golongan remaja. Khas bagi ibu-bapa yang ingin tolong daftar untuk orang lain, iaitu bagi pihak anak.

Pendaftaran ini juga dibenarkan untuk lebih dari satu tanggungan.

  1. Pastikan anda sudah install dan daftar MySejahtera terlebih dahulu
  2. Buka aplikasi MySejahtera
  3. Di muka hadapan aplikasi, ada beberapa butang seperti:
    • Hotspot
    • Helpdesk
    • Digital Health
    • COVID-19 Vaccination
    • SOP
    • More
  4. Klik More
  5. Seterusnya, akan keluar beberapa butang yang lain seperti:
    • Hotspot Tracker
    • Manage Dependents
    • COVID-19 Vaccination
    • Locate Health Screening Facility
    • Behavioural Risk
    • Digital Healthcare
    • Additional Resources
    • Standard Operating Procedure (SOP)
    • Helpdesk
    • FAQs
    • Proclamation of Emergency
  6. Klik Manage Dependents
  7. Akan keluar My Dependents. Note: Please add only dependents who do not have access to a smartphone
  8. Tekan butang Add dependents
  9. Masukkan maklumat seperti dipinta
  10. Tekan butang Save
  11. Jika ingin tambah lagi maklumat anak untuk mendaftar vaksin, klik Add another
  12. Ulang sehingga selesai buat pendaftaran vaksin untuk semua anak yang berusia 12 – 17 tahun
  13. Sila tunggu tarikh temujanji vaksinasi yang akan dimaklumkan kelak melalui MySejahtera

Walaupun sudah boleh memdaftar, keutamaan sekarang adalah untuk kumpulan yang berisiko terlebih dahulu. Selepas golongan ini selesai, ia akan beralih kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

 

2. Cara daftar vaksin untuk remaja (register sendiri)

Sebelum ini, kebenaran untuk mendaftarkan tanggungan oleh MySejahtera hanyalah tertakluk kepada tanggungan yang berusia 18 tahun dan ke atas sahaja. Contohnya, ibu-bapa boleh daftar untuk anak-anak yang berusia 18 tahun ke atas seperti OKU. Contoh lain, anak-anak boleh buat pendaftaran untuk ibu-bapa yang tidak mempunyai telefon bimbit.

Sekarang, jika anak-anak anda mempunyai telefon bimbit sendiri, pendaftaran vaksin untuk remaja ini boleh dibuat sendiri. Kebaikannya di sini, ibu bapa tidak perlu daftar untuk orang lain.

Sila baca cara daftar MySejahtera dan ikuti sehingga selesai.

 

Akhir kata

Semoga perkongsian berkenaan cara daftar vaksin untuk remaja berusia 12 – 17 tahun ini akan memudahkan lagi  urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment