bkc.hasil.gov.my 2021 (Login & Semak Bayaran BKC)


Ini adalah maklumat rasmi. Tepat pada 6 September 2021, pihak kerajaan akhirnya mewujudkan laman terbaru BKC di bkc.hasil.gov.my bagi membolehkan penerima BKC bujang mahupun BKC Isi Rumah termasuk Warga Emas membuat semakan Bantuan Khas COVID-19 yang diuruskan oleh pihak LHDN.

Untuk bantuan terbaru BKM, sila rujuk bkm.hasil.gov.my

Izinkan kami berkongsi.

1. Login BKC guna pautan bkc.hasil.gov.my

Terima kasih kerajaan kerana merealisasikan portal BKC yang akan memudahkan kami buat semakan BKC.

Lebih kurang sama sahaja dengan BPR yang boleh diakses melalui portal MyBPR di bpr.hasil.gov.my

Berikut ialah cara-cara untuk login BKC melalui MyBKC:

  1. Layari laman web rasmi BKC di sini: https://bkc.hasil.gov.my
  2. Namun, untuk memudahkan urusan, boleh terus guna direct link untuk Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bkc.hasil.gov.my/Account/Login
  3. Untuk terus buat semakan, ini satu lagi direct link untuk buat semakan: https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx
  4. Masukkan No MyKad anda
  5. Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
  6. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash 
  7. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 940404-14-5355, masukkan 940404145355
  8. Tekan butang Semak
  9. Sekiranya semua berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, maklumat berkenaan kelulusan dan bayaran BKC akan terpapar

 

2. Semakan status BKC melalui bkc.hasil.gov.my

Selepas berjaya log masuk, sila lihat status seperti berikut:

  • Status
  • Amaun Keseluruhan Diterima
  • Maklumat Bayaran

Contoh screenshot untuk golongan Miskin Tegar, kategori  Isi Rumah adalah seperti berikut:

Semakan status BKC Miskin Tegar

 

Contoh screenshot bagi yang terima duit melalui Maybank adalah seperti di bawah:

BKC Maybank duit masuk akaun

 

3. Kenapa tiada dalam senarai Penerima BKC?

Pasti ada yang mempunyai masalah tiada rekod iaitu status BKC tiada dalam senarai penerima seperti di bawah:

Semakan status BKC tiada rekod

Apa perlu buat?

  1. Sila pastikan bahawa anda memang layak untuk menerima BKC
  2. Sila rujuk apakah antara alasan tidak lulus sebagai Penerima BKC
  3. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk FAQ BKC yang terbaru pada 6 September 2021

 

4. Alasan tidak tersenarai Penerima BKC

Seperti yang dimaklumkan kerajaan, tiada permohonan diperlukan bagi menerima bantuan BKC. Ini kerana kelayakan akan dibuat berdasarkan data permohonan yang dibuat semasa permohonan BPR 2021, khusus bagi golongan dalam kategori Miskin Tegar dan B40.

Kelayakan juga dibuat daripada data percukaian LHDN bagi penerima M40.

Jadi, sekiranya anda gagal BKC, ini adalah antara alasan:

Alasan tidak lulus BKC bagi Miskin Tegar dan B40

Kriteria kelulusan diambil dari data BPR 2021

  1. Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021
  2. Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia
  3. Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak
  4. Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP
  5. Bekerja / menetap di luar negara

 

Alasan gagal BKC bagi M40

Kriteria kelulusan diambil dari data bayaran cukai kepada LHDN:

  1. Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40
  2. Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020
  3. Pembayar cukai meninggal dunia
  4. Bekerja / menetap di luar negara

 

5. Terlupa Kata Laluan BKC

Sekiranya anda tidak boleh masuk ke dalam portal MyBKC kerana terlupa Kata Laluan, sila ikut panduan berikut untuk reset password BKC:

  1. Klik laman Log Masuk Pengguna BKC di sini: https://bkc.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Abaikan ID Pengguna dan jangan tekan butang Semak
  3. Sebaliknya klik pautan Terlupa Kata Laluan?
  4. Anda akan berada di bahagian Terlupa Kata Laluan
  5. Di ruangan SOALAN KESELAMATAN, masukkan ID Pengguna iaitu Nombor MyKad anda
  6. Sekiranya anda dalam rekod, akan terpapar soalan baru iaitu Sila masukkan emel yang telah didaftarkan
  7. Masukkan Emel anda
  8. Tekan butang seterusnya
  9. Ikuti arahan yang diberikan sehingga selesai

 

6. Akaun BKC disekat LHDN?

Jika anda mempunyai kesukaran untuk login dan menerima ralat Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Akaun anda telah disekat, janganlah panik. Apa yang anda perlu buat ialah tunggu dalam masa lebih kurang 15 minit. Selepas itu, cuba log masuk sekali lagi.

 

7. Masalah login di bkc.hasil.gov.my

Soalan “Kenapa BKC tak boleh login” sangat-sangat popular. Kami juga penat mahu menjawab.

Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login BKC:

  1. Portal BKC jem, tak boleh masuk
    • Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal BKC mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.
    • Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login BKC dalam masa yang sama.
    • Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 1 pagi dan ke atas.
  2. Keluar error “ID pengenalan belum didaftarkan”
    • Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar BPR
    • Untuk makluman, jika tidak pernah daftar BPR, anda tidak akan dapat bantuan BKC
  3. Kata Laluan salah
    • Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini.
    • Jadi, anda perlu reset password BKC
    • Jangan menggelabah. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan?  sebelum mencuba Log Masuk BKC
    • Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
    • Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda pilih semasa buat pendaftaran BPR sebelum ini
    • Klik butang Seterusnya untuk soalan yang selanjutnya
    • Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
    • Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai

 

8. Kenapa BKC tak masuk lagi?

Ini satu lagi soalan yang kerap ditanya. Ramai yang mahu tahu kenapa duit BKC belum masuk. Kenapa lambat sangat?

Untuk makluman, segala urusan pengkreditan adalah terletak pada pengurusan pihak bank. Pihak LHDN sudah memasukkan duit ke dalam bank-bank terpilih. Sekarang, bank akan memproses satu persatu bagi pihak penerima.

Ada yang cepat dan ada yang lambat. Ada yang sudah masuk pada 6 September 2021 dan ada juga yang masih lagi belum dapat sehingga ke hari ini.

Perlukah saya risau?

Tak perlu.

Jika status dalam MyBKC sudah lulus dan memang ada maklumat bayaran, tunggu sahaja.

Pasti akan masuk ke dalam akaun bank anda.

Banyakkan bersabar.

 

9. Semakan bayaran BKC dalam akaun bank

Untuk memudahkan anda membuat semakan pembayaran, boleh klik pautan untuk setiap bank seperti yang disediakan di bawah.

Pastikan amaun yang masuk adalah sama dengan jumlah yang tertera di bahagian Maklumat Bayaran dalam MyBKC.

 

Nama Bank Pautan
Maybank / Maybank Islamic https://maybank2u.com.my
BSN https://www.mybsn.com.my
Bank Islam https://www.bankislam.biz
RHB / RHB Islamic Bank https://logon.rhb.com.my
Ambank / AmIslamic Bank https://ambank.amonline.com.my
Agrobank https://www.agronet.com.my
Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my
Affin Bank / Affin Islamic Bank https://rib.affinonline.com
Bank Rakyat https://www2.irakyat.com.my
CIMB Bank / CIMB Islamic Bank https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/
Bank Muamalat https://www.i-muamalat.com.my
Public Bank /Public Islamic Bank https://www.pbebank.com

Sekiranya anda telah selamat menerima pembayaran Bantuan Khas COVID ini, sila maklumkan pada yang lain di ruangan komen.

 

Maklumat lanjut berkenaan BKC

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara login BKC, namun masih lagi mempunyai masalah untuk Log Masuk dan dalam masa yang sama ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BKC, permohonan BKC, kemaskini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BKC di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian kami mengenai panduan untuk log masuk bkc.hasil.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda.

93 thoughts on “bkc.hasil.gov.my 2021 (Login & Semak Bayaran BKC)”

  1. Betul ke ni kenapa masuk ic tak boleh dan tulis ic tiada dlm sistem….jangan kencing dan pilih kasih paham,

  2. Pemandu texi pun tak dapat kerana ada daftar perniagaan ini tak adil..pendapatan texi teruk hampir 60% hilang..

  3. Saya ada akuan bsn tpi bila cek tiada..ramai yg ckp bsn dah masuk…bila cek di sini gna ic tiada dalam senarai

  4. Wslm slm sejtera kali tulis no kp tk dpt semkan kelulusan..ada apa ya pilih rekyat ke delam masa bagin covid 19 mendedak seluruh dunis…afui alhmfulilah amin.

  5. PM dah umum BKC adalah untuk rakyat, Yang buat kerja lebih dan tolak permohonan adalah LHDNM padahal memang ada rakyat yang betul2 susah dan perlukan bantuan untuk menyara keluarga. Ada yang sepatutnya tak layak dapat bantuan tetapi awal2 lagi dan pukul canang beritahu dia dapat. Kalau masih ikut data BPR memang sampai bila2 pun tak akan dapat,Aku tak ada pendapatan sepanjang PKP, isteri pula status OKU (Kaki kanan dipotong akibat kemalangan jalanraya. anak2 masih belajar. Sekarang hanya isteri yang dapat bantuan rm300 dari JKM,kepada LHDNM tolong lah prihatin dan buat kerja dengan ikhlas untuk bantu rakyat yang tengah susah dan terdesak.

  6. Budu bpr lulus plk bujang b40 skli ni nak buat semak kan utk bkc ttiba ckp id penguna blom didaftar.. Biar btl bkn x pyh daftar ker klo layak trima bpr.. Apasal skrng xbole nak semak

  7. KEPADA LHDN SY NK TUKAR LALUAN BARU KATANYA SUDAH DI EMAIL TAPI BUKA DI EMAIL TIADA KATA LALUAN DI EMAIL KENAPA YA…TOLONG RESPONSE

  8. saya pun sama, bila dah log in, web page nya kosong je, putih, takde apa2 maklumat langsung. susah la kalau sistem kerajaan ni. haha

  9. Bangang betul la…bila check ja dia kata no my kad tiada dalam senarai penerima bkc…abis dri bpr lagi x layak sbb x ckup doc..bila nk rayuan x boleh2 pun…apa jadah nyaaa….semua nya bg susah nk buat rayuan ka apa ka….satu bantuan pn aku x dpt dari kerajaan..bpr pn x dpt ingt bkc bleh dpt,last2 guna data bpr jgk mmg xkn dpt laaa…bodoh betul nk buat pemohonan baru ka nk rayuan ka semua payah….so mcm mna dh apa semua x boleh buat,last2 bg taw x layak x lulus ja la yg kerajaan boleh ckp…..

  10. Bpr x lulus ini pn x de data .. masa daftar bpr kata aku tak cukup syarat bujang 😒 .. Dalam syarat2 tu aku dh ckup entah pape la

  11. Knp bpr hr tu sy dpt kali ni check no my kad tiada dalam senarai penerima bkc..sedangkan hari tu cakap x pyh daftar dh.

  12. Org dok komen2 pasal link bkc ni problem manjang…yg lhdn ke org yg berkaitan tu respon la sikit..kasi lega skit pale otak pikir masalah time pkp skang ni..haa..korang paham x..masalah pale agong ni..!!.bukan kepale pitok..aduyaiii lhdn..xjadi ape la boss

  13. ape menda la…kata siap2 x yah daftar kami ada rekod bagai..last2 tulis tiada dlm senarai…ape jadahnya taun lps bpn dpt je..sistem lhdn ni dh luput ke ape..

  14. Bantuan bkc blom masuk nama isteri akaun saya Mohd Rafizan bin Abd rahim isteri Jamiah bte abu sedik

  15. Kesian la pada kami peniaga tepi jalan . pendapatan x seberapa..bila dapat bantuan gkp terus ditarik balik BPR BKC … X dapat BPR x pada..tp jangan la tarik balik bantuan lain..MCM bantuan HP , topup untuk anak2.. mysalam pon dah x layak… peniaga tepi jalan pon terkesan musim pkp ni😞😞

  16. Mengapa BKC sini update saya pendapatan 9k , di BPR update pendapatan rm0.00 .sudan 1 tahun tak dpt kerja. BPR juga tak update system,sekarang tunggu rayuan BPR shj.

  17. Sama je, gune sama password dgn BPR pun tak bleh login.
    Klau BPR taken reset password, ada lagi dapat email, tapi BKC takde.
    Duhh

  18. gune sama password dgn BPR pun tak bleh login.
    Klau BPR taken reset password, ada lagi dapat email, tapi BKC takde.
    Duhh

Leave a Comment