Maklumat penting: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan sekali sahaja di bawah pakej PEMULIH/PERMAI 2021. Program ini telah tamat dan tidak dilanjutkan. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKC. Untuk bantuan tunai semasa, lihat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menggantikan keseluruhan rangkaian BR1M → BSH → BPR → BKM.
- Portal BKC kini boleh dibuka
- Boleh akses bkc.hasil.gov.my
1. Amaun keseluruhan bantuan BKC bujang 2021
Bagi yang terlupa, kami sedikan jadual di bawah untuk anda. Sekiranya anda mahu maklumat lebih lanjut, sila rujuk FAQ BKC yang terkini, yang dikeluarkan pada 6 September 2021. Bantuan bagi golongan Bujang Miskin Tegar akan diberikan secara berperingkat, iaitu melalui dua fasa. Fasa pertama bagi kategori Bujang Miskin tegar akan dibayar sebanyak RM200 dalam Fasa 1 dan RM300 dalam Fasa 2. Golongan Bujang B40 dan M40 hanya akan menerima dalam Fasa 1 sahaja. [su_table]| Bujang Miskin Tegar |
|
| Bujang B40 |
|
| Bujang M40 |
|
2. Tarikh pembayaran BKC bujang
Tarikh bayaran BKC adalah bermula pada 6 September 2021. Sila buat semakan kelulusan BKC samada anda adalah penerima BKC yang layak atau tidak. Ada banyak kes di mana ramai yang layak BPR, tetapi tidak mendapat bantuan BKC. Memang sedih, tapi perlulah berlapang dada. Ada beberapa alasan tidak layak BKC yang anda perlu baca untuk mengetahui sebab anda tiada dalam senarai penerima. [su_table]| Bujang Miskin Tegar |
|
| Bujang B40 |
|
| Bujang M40 |
|
3. Semakan bayaran BKC bujang
Tak kisahlah anda berstatus bujang atau sudah berkahwin, proses semakan kelulusan dan bayaran adalah sama sahaja. Tidak ada beza kecuali amaun yang diterima. Berikut ialah cara-cara untuk login dan seterusnya buat semakan pembayaran BKC:- Klik laman semakan status BKC: https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx
- Masukkan No MyKad anda
- Sila pastikan No MyKad yang diisi adalah dalam 12 digit tanpa tanda sempang (-) atau dash
- Contohnya, kalau Nombor MyKad ialah 870404-14-5355, masukkan 870404145355
- Seterusnya, klik icon Cari
- Masukkan Captcha seperti yang tertera
- Jika tak jelas, mohon kod baru
- Tekan butang yang nampak anak panah ke atas dan ke bawah
- Jika salah, akan keluar Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.
- Masukkan sehingga betul semuanya
- Akan keluar paparan Adakah ini kata kunci keselamatan anda?
- Jika betul, klik butang Ya
- Akan keluar ruangan Kata Laluan
- Masukkan Kata Laluan yang sama seperti password BPR sebelum ini
- Tekan butang Log Masuk
- Jika semuanya berjalan lancar, barulah anda tahu samada anda penerima BKC atau tidak
- Akan keluar maklumat berikut:
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Bayaran
- Selesai
4. Bila duit BKC bujang masuk?
Bayaran BKC akan dibuat secara berperingkat. Secara asasnya ia akan melalui proses ini:- Proses pertama, pihak LHDN perlu memasukkan duit ke bank terlebih dahulu seperti Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain lagi
- Proses kedua, bank-bank tadi akan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun penerima.
- Kebiasaannya, ia akan mengambil masa 1-5 hari
- Katakan penerima adalah Salleh
- Salleh guna akaun Bank Islam
- Pihak LHDN akan transfer duit kesemua penerima BKC bujang yang menggunakan Bank Islam pada 31 Ogos 2021
- Pihak Bank Islam terima pada hari yang sama
- Pada keesokan harinya iaitu 3 September 2021, pihak Bank Islam transfer duit BKC ke akaun bank Salleh
- Salleh dan kesemua penerima BKC yang menerima pembayaran melalui Bank Islam akan mendapat bayaran
- Tempoh masa menunggu secara keseluruhannya adalah 3 hari sahaja
5. Pembayaran BKC, masuk bank mana?
Sila ambil perhatian bahawa LHDN tidak akan memberikan wang tunai untuk tujuan pembayaran BKC. Selepas anda melakukan semakan pembayaran BKC dan sahih status kelulusan anda adalah Lulus, duit bantuan ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda pilih mengikut tarikh pembayaran BKC yang telah ditetapkan. Untuk memastikan duit betul-betul masuk, berikut ialah panduan untuk check baki akaun mengikut bank: [su_table]| Nama Bank | Pautan |
| Maybank / Maybank Islamic | https://maybank2u.com.my |
| BSN | https://www.mybsn.com.my |
| Bank Islam | https://www.bankislam.biz |
| RHB / RHB Islamic Bank | https://logon.rhb.com.my |
| Ambank / AmIslamic Bank | https://ambank.amonline.com.my |
| Agrobank | https://www.agronet.com.my |
| Hong Leong Bank | https://s.hongleongconnect.my |
| Affin Bank / Affin Islamic Bank | https://rib.affinonline.com |
| Bank Rakyat | https://www2.irakyat.com.my |
| CIMB Bank / CIMB Islamic Bank | https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/ |
| Bank Muamalat | https://www.i-muamalat.com.my |
| Public Bank /Public Islamic Bank | https://www.pbebank.com |
6. Adakah perlu buat permohonan BKC bujang?
Sekiranya anda layak, anda tidak perlu buat permohonan BKC pun.- Sekiranya anda adalah golongan bujang Miskin Tegar, anda layak mendapat bantuan BKC melalui data permohonan BPR 2021
- Sekiranya anda adalah golongan bujang B40, anda juga layak mendapat bantuan BKC melalui data permohonan BPR 2021
- Terakhir, sekiranya anda adalah golongan bujang M40 yang pernah membayar cukai sebelum ini, kelayakan anda akan dilihat berdasarkan maklumat percukaian LHDN.
5. Ada pertanyaan tentang bayaran BKC?
Oleh kerana tiada laman web rasmi yang khusus untuk BKC melainkan portal BPR semata-mata, kami mengandaikan bahawa segala pertanyaan boleh diajukan Hotline BPR di talian berikut:- 1800 88 2747