Apple Pay Maybank (Cara Setup Kad Kredit / Kad Debit Guna iPhone Wallet)


Ya, pada waktu ini, ramai pengguna Apple sedang sibuk mewar-warkan pada kawan lain pengguna Android bahawa mereka kini boleh gunakan Apple Pay untuk membeli dan membuat bayaran. Bagi yang tidak tahu, Apple Pay bekerjasama dengan Maybank dan sudah masuk ke Malaysia secara rasmi. Anda boleh add credit card atau debit card daripada bank terpilih seperti Maybank, Ambank dan lain-lain lagi.

Jom kita try!

Kad Maybank apa yang boleh setup untuk guna Apple Pay?

Mengikut laman web rasmi Maybank, ada beberapa jenis kad Visa dan Mastercard yang anda boleh masukkan dalam Apple Pay:

Maybank Visa

  • Maybank Visa Infinite Diamante Card
  • Maybank Visa Infinite Card
  • Maybank Manchester United Visa Infinite Card
  • Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i
  • Maybank Visa Signature Card
  • Maybank FC Barcelona Visa Signature Card
  • Maybank Shopee Visa Platinum Card
  • Petronas Maybank Visa Platinum Card
  • Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i
  • Maybank 2 Visa Platinum Card
  • Maybank Visa Platinum Card
  • Maybank Manchester United Visa Card
  • Maybank Manchester United Visa Limited Edition 2022 Credit Card
  • Petronas Maybank Visa Gold CardMaybank 2 Visa Gold Card
  • Maybank Visa Gold Card
  • Maybank Visa Classic Card
  • Maybank Visa Debit Card
  • Maybank Manchester United Visa Debit Card
  • Maybank Manchester United Visa Limited Edition 2022 Debit Card
  • Maybank FC Barcelona Visa Debit Card
  • Tokyo 2020 Maybank Visa LED Debit Card
  • Maybank MAE Debit Card
  • Maybank Visa Manchester United Prepaid Card

Maybank Mastercard®

  • Maybank World Mastercard® Card
  • Maybank Islamic World Mastercard® Ikhwan Card
  • Maybank Grab Mastercard® Platinum Black Card
  • Maybank Grab Mastercard® Platinum White Card
  • Maybank 2 Mastercard® Platinum Card
  • Maybank Mastercard® Platinum Card
  • Maybank Islamic Mastercard® Ikhwan Platinum Card
  • Maybank 2 Mastercard® Gold Card
  • Maybank Mastercard® Gold Card
  • Maybank Islamic Mastercard® Ikhwan Gold Card
  • Maybank Mastercard® Platinum Debit Card
  • Maybank Mastercard® Classic Card

 

Macam mana cara isi details kad Maybank dalam Apple Pay?

Sebenarnya, ia tak perlukan tutorial pun.

  1. Anda hanya cuba buka aplikasi Wallet dalam iPhone.
  2. Tekan butang atau ikon + di sebelah atas kanan.
  3. Pilih samada kad debit akau kad kredit
  4. Teruskan
  5. Boleh scan kad dan app akan masukkan secara automatik
  6. Kalau sudah hafal, masukkan sahaja nombor kad kredit, nama, expiry date dan CVV secara manual
  7. Ikut arahan seterusnya sehingga selesai
  8. Kalau pihak pihak sudah mengesahkan kad tersebut, anda akan dapat lihat kad tersebut dalam Apple Wallet
  9. Selesai

Apa yang lebih menarik, gambar kad kredit atau debit dalam Apple Pay yang kita add adalah sebijik-sebijik, sama dengan kad fizikal yang kita ada!

 

Macam mana cara bayar guna Apple Pay?

Ada dua cara iaitu bayar secara online ataupun di kedai-kedai yang menerima pembayaran menggunakan Apple Pay.

Kalau anda mahu bayar secara online, kini anda tak perlu masukkan details apa-apa. Hanya perlu klik butang Apple Pay sahaja. Itu sudah memadai dan transaksi akan berjalan lancar jika tiada apa-apa masalah.

Kalau anda mahu bayar secara offline di kedai-kedai retail, anda hanya perlu acukan telefon bimbit iPhone atau Apple Watch anda pada terminal yang disediakan. Tak perlu swipe apa-apa langsung. Hanya dekatkan sahaja pada terminal tersebut dan pembayaran akan dibuat dengan jayanya.

 

Akhir kata

Bagi anda yang mempunyai iPhone, cepat-cepatlah gunakan peluang ini dengan menjadi antara orang pertama yang menggunakan Apple Pay. Ramai orang ada kad Maybank, jadi memang boleh try.

Semoga perkongsian berkenaan Apple Pay Maybank ini akan membuatkan anda cintakan teknologi baru!

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment