Beza Kad Kredit Dan Kad Debit


Anda baru sahaja buka akaun bank? Atau baru nak jinak-jinak buat pembayaran dan beli barang pakai kad? Tapi tak tahu nak pakai kad kredit atau debit. Ini kerana anda tak tahu apa beza kad kredit dan kad debit kad.

Zaman sekarang ini baiknya cashless sahajalah, memudahkan urusan kita tanpa perlu membazir masa. Apa lagi, jom kita tengok apa beza kad kredit dan kad debit ini.

Apa itu kad kredit?

Kad bank yang anda ada itu boleh juga menjadi kad kredit dengan cara buat permohonan pada bank. Ada Visa, Mastercard dan AMEX. Terpulang nak guna yang mana satu. Cuma sebelum mohon kad kredit, pastikan anda tahu apa beza Visa dan Mastercard.

Seterusnya, apabila anda sudah mempunya kad kredit, maka kad kredit tersebut boleh digunakan tanpa ada limit! Bunyi macam best tapi sebenarnya setiap penggunaan kad kredit itu adalah pinjaman bank. Ha takut ke nak buat kad kredit. Tak perlu nak takut kalau anda boleh bayar ansuran pinjaman kad kredit itu. Setiap bulan bayaran akan dilakukan termasuklah sekali caj tambahan kad kredit.

Bila dah lulus sahaja kad kredit anda, anda kena tahu yang pihak bank yang memberikan kad kredit itu telah setkan berapa jumlaah pinjaman yang anda boleh lakukan. Bahasa mudah credit limit. Ianya bergantung juga pada jenis atau level kad kredit yang anda pakai.

Kad kredit yang basic ataus asas selalunya bayaran ansuran setiap bulan lebih rendah. Kalau kad kredit yang level tinggi macam kad kredit platinum atau premium, tinggilah faedah setiap bulanannya.

Sebab inilah Bank Negara Malaysia (BNM) sudah tetap berapa jumlah kad kredit yang boleh digunapakai ikutlah pendapatan anda setiap tahun.

Apa itu kad debit?

Perasan tak? Masa anda dah nak buka akaun bank baru, pihak kewangan akan cakap, “guna untuk debit pun boleh”. Kad debit ini kalau perasan setiap bank dekat Malaysia ini boleh gunakan kad debit.

Bagi kad debit, penggunaan kad debit akan berkait dengan akaun simpanan anda. Maksudnya duit simpanan anda akan ditolak sekiranya berlaku transaksi dengan kad debit itu. Penolakan kad debit untuk wang itu mengambil masa yang pendek sahaja. Kad debit juga mempunyai jumlah had yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

Penolakan kad debit untuk wang itu mengambil masa yang pendek sahaja.

Apa beza kad kredit dan kad debit?

Anda baca macam sama sahaja. Sebenarnya ada beza antara kredit dan kad debit ini.

Antaranya ialah:

  1. Kad kredit tidak boleh dikeluarkan wang di dalam akaun. Kad debit pula link terus kepada akaun simpanan kita dan akan ditolak selepas pembayaran berlaku.
  2. Kad kredit mempunyai ciri keselamatan yang kuat manakala kad debit bebas bila-bila sahaja boleh dipakai.
  3. Segala wang di akaun kad kredit anda tidak boleh dikeluarkan jika kad kredit

Akhir kata

Jadi anda pun dah tahu beza kredit dan debit ini macam mana. Apa lagi anda pun gunakalan sebaik yang mungkin. Tapi ingat, dah guna kad kredit ini jangan tangguh-tangguh nak bayar. Tak pasal-pasal nama kau naik dekat mahkamah atau effect dekat CTOS credit anda pula.

Akhir kata, semoga perkongsian ini memudah urusan anda sekeluarga.

Leave a Comment