Cara Mohon Kad Kredit (Dan Senarai Bank, Boleh Apply Online)


Bagi anda yang malas mahu bawa wang tunai untuk buat pembayaran, boleh sahaja guna seperti Touch n Go eWallet atau lain-lain penyedia dompet digital. Satu lagi alternatif ialah credit card. Jemput baca cara mohon kad kredit, yang boleh dibuat secara online.

Sedikit mengenai permohonan kad kredit secara online

Cara mohon kad kredit online tidak terlalu sukar sebenarnya. Ia dapat dibereskan hanya dengan beberapa klik.

Namun ada beberapa hal lain perlu disemak dan dipertimbangkan sebelum memohon kad secara online.

Tulisan ini bukan sahaja akan memperincikan cara memohon kad kredit secara online, malah syarat-syarat dan persediaan perlu bagi memastikan permohonan berkenaan berjaya atau diluluskan pihak bank atau institusi kewangan.

Mari kita tinjau satu persatu cara mohon kad kredit online.

Syarat mohon kad kredit

Sebelum memohon, ada baiknya anda tahu dan faham bagaimana untuk memilih jenis kad kredit yang ditawarkan pihak bank dan institusi kewangan.

Hal ini mungkin mengelirukan, terutama bagi mereka yang kurang mendalami. Justeru, sila dapatkan maklumat terkini dengan bank berkenaan. Biasanya kad kredit tidak sama bagi setiap bank.

Ada beberapa syarat kelayakan perlu dan penting akan dinilai dan ditimbang oleh pihak bank atau institusi kewangan sebelum meluluskan sesuatu permohonan kad kredit.

Antaranya termasuklah;

Layak pendapatan dan rekod kredit yang bagus

Pertama-tamanya pendapatan anda mestilah dianggap oleh pihak bank dan institusi kewangan sebagi mencukupi untuk membolehkan anda pembayar balik hutang kad kredit.

Jika rekod kredit anda buruk, permohonan anda bagi mendapatkan kad kredit mungkin tidak diluluskan.

Bank biasanya dapat menyemak rekod kredit anda menerusi pelbagai sumber, termasuklah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

 

Dalam lingkungan umur dan usia pekerjaan

Kelulusan permohonan kad kredit juga berkait rapat dengan faktor umur dan tempoh pekerjaan seseorang.

Biasanya mereka berusia lebih 30 tahun yang tidak pernah memiliki kad kredit akan menghadapi kemungkinan tidak diluluskan untuk memiliki kad kredit kerana ketiadaan rekod kewangan untuk menjadi rujukan pihak bank.

Mereka yang baru memulakan sesuatu pekerjaan juga mungkin tidak diluluskan untuk mendapatkan kemudahan kad kredit.

 

Rekod bayaran balik yang baik

Bank juga mahu melihat jika anda adalah seorang yang berdisiplin atau tidak dalam membayar balik hutang seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta atau pinjaman peribadi.

Jika rekod anda bersih dan membayar hutang-hutang berkenaan secara teratur serta mematuhi jadual bayaran balik, anda akan lebih mudah diluluskan untuk memiliki kad kredit.

Sebab itulah rekod kewangan sedia ada menjadi sangat penting. Sebaliknya, jika bank tidak dapat merujuk atau melihat rekod dan tabiat pembayaran hutang-hutang anda, maka bank kemungkinan besar akan menolak permohonan kad kredit anda.

 

Pendapatan dan perbelanjaan yang seimbang

Sebelum pergi ke bahagian sedikit teknikal bagaimana memohon kad kredit secara online, ada beberapa perkara lain juga perlu diperhatikan.

Antaranya, anda perlu memastikan pendapatan dan gaya perbelanjaan anda mampu menanggung bayaran tambahan setelah menggunakan kad kredit.

Jika tidak, anda mungkin akan terperangkap dengan beban hutang tinggi kerana kadar faedah kad kredit di negara ini boleh sampai belasan peratus.

 

Cara mohon kad kredit online

Mengenai cara mohon kad kredit online, ini hanya panduan secara umum. Mungkin akan ada sedikit perbezaan dari semasa ke semasa cara mohon kad kredit secara online bagi setiap bank atau institusi kewangan.

Perlu ada akaun

Secara umum, sebelum memohon kad kredit secara online, anda sepatutnya sudah mempunyai akaun di bank berkenaan.

Jika anda sudah ada akaun dengan satu-satu bank berkenaan, proses memohon kad kredit secara online adalah satu kerja mudah.

Namun, tidak semua bank memerlukan anda buka akaun terlebih dahulu sebelum memohon kad kredit. Contohnya, Citibank tidak mewajibkan pengguna kad kreditnya untuk buka akaun Citibank terlebih dahulu.

Cara yang terbaik, semak dengan bank terlebih dahulu.

 

Jangan guna wifi awam

Jangan sesekali guna wifi awam, contohnya di Starbucks. Walaupun ia cuma sekadar proses permohonan, ia tetap melibatkan keselamatan.

 

Senarai permohonan kad kredit online

Berikut ialah senarai beberapa bank yang membenarkan permohonan kad kredit secara online. Sila baca satu pertama terma dan syarat.

Seperkara lagi, anda boleh semak promosi yang ditawarkan oleh pihak bank.

 

Mohon kad kredit #1: Maybank

Pautan untuk apply kad kredit Malayan Banking Berhad adalah seperti di bawah:

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/cards/cc_apply_listing.page?

 

Mohon kad kredit #2: CIMB Bank

Pautan untuk apply kad kredit CIMB Bank adalah seperti berikut:

https://www.cimb.com.my/en/personal/day-to-day-banking/cards/credit-card.html

 

Mohon kad kredit #3: RHB Bank

Pautan:

https://www.rhbgroup.com/personal/cards/credit-cards/overview/index.html

 

Mohon kad kredit #4: AEON Credit

Pautan:

https://www.aeoncredit.com.my/application-forms/credit-card

 

Apply kad kredit #5: Hong Leong Bank

Pautan:

https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/credit-cards.html

 

Apply kad kredit #6: AmBank

Pautan:

https://www.ambank.com.my/eng/Credit-Cards

 

Apply kad kredit #7: Bank Rakyat

Pautan:

https://www2.irakyat.com.my/personal/eapplication/e_credit_card_public.do

 

Apply kad kredit #8: BSN

Pautan:

https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=135

 

Permohonan kad kredit #9: UOB Bank Malaysia

Pautan:

https://www.uob.com.my/personal/cards/all-cards.page

 

Permohonan kad kredit #10: Citibank Malaysia

Pautan:

https://www.citibank.com.my/landing_page/card-selector-form/index.htm

 

Permohonan kad kredit #11: OCBC Bank Malaysia

Pautan:

https://www.ocbc.com.my/personal-banking/Cards/index.html

 

Permohonan kad kredit #12: HSBC Bank Malaysia

Pautan:

https://www.hsbc.com.my/credit-cards/

 

Permohonan kad kredit #13: Standard Chartered Malaysia

Pautan:

https://www.sc.com/my/credit-cards/

 

Alternatif, buat permohonan di kuanter

Anda juga boleh membuat pendaftaran di kaunter bank, termasuk mendaftarkan nombor telefon bimbit yang sah untuk membolehkan anda log masuk dan menggunakan perkhidmatan perbankan internet di lawan web milik bank berkenaan.

Setelah itu, anda hanya perlu login menggunakan maklumat login. Kemudian, biasanya mana-mana laman web perbankan internet akan mempunyai butang khusus untuk permohonan online, termasuklah memohon kad kredit.

Dari situ anda perlu memilih butang permohonan kad kredit, kemudian memasukkan semua maklumat yang diminta.

Sistem web berkenaan mungkin akan meminta anda menghantar salinan kad pengenalan dan maklumat peribadi anda.

 

Akhir kata

Sangat penting diingatkan supaya anda hanya membuat permohonan kad kredit secara online menggunakan talian internet sendiri, bukan wifi awam yang terdedah kepada kemungkinan info login dan butiran peribadi dicuri serta disalahgunakan.

Selepas apply kad kredit dan lulus, jangan lupa baca cara pembayaran kad kredit pula.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Mohon Kad Kredit (Dan Senarai Bank, Boleh Apply Online)”

    • sya ingin mohon kad kredit Kerna bgi sya ia penting kerna kes rompat dan ragut jga kecurian dan i think kredit card keselamatan kewangan dan kemudahan ditempat2 membeli belah..

      Reply

Leave a Comment