Cara Pembayaran Kad Kredit (JANGAN Bayar Minimum)


Tidak dinafikan, kad kredit ada banyak kebaikan. Namun, ramai salah guna hingga ia jadi keburukan sampai terperangkap dalam hutang. Maka, izinkan kami berkongsi cara pembayaran kad kredit yang sepatutnya.

Bagi yang belum lagi ada credit card, boleh cuba apply dengan baca cara mohon kad kredit online.

Sedikit mengenai hutang kad kredit

Tak dapat dinafikan, hutang adalah salah satu masalah yang tak dapat lari daripada kita semua. Boleh dikatakan, hampir 70% daripada kalangan kita ini mempunyai masalah hutang. Hinggakan rasa terbeban dan tercari-cari cara selesaikan hutang kad kredit kerana tidak boleh tidur malam.

Apa sahaja aset yang mahu dibeli oleh kita, pastinya perlu didahului dengan sejumlah wang yang besar.

Rata-ratanya akan meminjam wang daripada agensi-agensi yang dipercayai untuk membayar jumlah wang tersebut.

Antara hutang-hutang yang sedang dialami oleh kita sekarang adalah:

  • Hutang rumah
  • Hutang kereta
  • Hutang kad kredit
  • Hutang pendidikan
  • Hutang perniagaan
  • Pinjaman peribadi

Tidak disangkal, ada banyak kebaikan kad kredit. Sebaliknya, ada juga keburukan kad kredit yang kita telepas pandang.
Amat susah sekali untuk kita menyelesaikan hutang-hutang itu secara sekali gus. Tentu sekali, yang paling sukar ialah untuk selesaikan dan langsaikan hutang kad kredit.

Cara pembayaran kad kredit

Ini antara kaedah yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikan hutang-hutang kad kredit yang membuatkan kita tidak tidur malam.

Kaedah Bebola Salji (Snowball)

Kaedah bebola salji atau lebih dikenali sebagai snowball merupakan antara kaedah yang sering digunakan oleh kebanyakan orang.

Strategi kaedah ini adalah dengan senaraikan semua hutang-hutang yang kita ada dengan turutan daripada sikit kepada banyak.

Contoh:

Kad Kredit Maybank: RM 2,000
Kad Kredit CIMB: RM 5,000
Pinjaman Peribadi: RM 8,000
Pijaman Kereta: RM 15,000
PTPTN: RM 30,000

Jika ikut turutan, bayar dahulu hutang yang sedikit.

Namun, sebelum langsaikan hutang yang paling sedikit itu, seeloknya bayar juga sejumlah pembayaran minimum kepada hutang-hutang lain kecuali hutang. Jangan sampai tidak bayar langsung.

Kemudian barulah kita bayar hutang kad kredit Maybank tadi sehingga selesai, dan diikuti dengan hutang-hutang lain.

 

Cara pembayaran kad kredit denga kaedah Runtuhan Salji (Avalanche)

Kaedah Runtuhan Salji tidak mempunyai banyak beza dengan Kaedah Bebola Salji.

Sama seperti kaedah di atas, strategi kaedah ini adalah dengan senaraikan turutan hutang kita daripada sikit kepada banyak, temasuklah dengan jumlah kadar faedahnya selama setahun.

Contoh:

Kad Kredit Bank Rakyat: RM2,000 12% RM 2,240
Kad Kredit Bank Islam: RM 5,000 16% RM 5,800
Pinjaman Peribadi: RM 8,000 13% RM 9,040
Pinjaman Kereta: RM 15,000 15% RM 17,250
PTPTN: RM 30,000 1% RM 30,300

Perbezaan paling ketara jika kita menggunakan cara Runtuhan Salji berbanding Bebola Salji ialah, kita fokus bukan pada baki. Sebaliknya, kita fokus kepada kadar faedah.

Kita akan membayar hutang yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi dahulu.

Seperti contoh di atas, kita perlu mengutamakan hutang Kad Kredit Bank Islam, kerana ia mempunyai kadar faedah yang paling tinggi.

 

Kaedah ‘gali lubang, tutup lubang’

Ini adalah cara untuk menyelesaikan semua hutang kad kredit dengan menggunakan kad kredit lain; atau lebih dikenali dengan panggilan Penyatuan Hutang.

Ini dilakukan dengan cara mengambil pinjaman wang yang besar untuk membayar kesemua hutang-hutang yang kita ada.

Selesai sahaja membayar hutang-hutang tersebut, kemudian kita dapat tumpukan kepada satu hutang yang besar ini sahaja. Kebaikan kaedah ini adalah kita mampu ditawarkan sehingga 0% kadar faedah dalam setahun.

Namun, hati-hati dengan cara ini. Bimbang akan jadi seperti perumpamaan ‘gali lubang, tutup lubang‘. Sanagat bahaya jika tidak diuruskan dengan betul.

 

Cara pembayaran kad kredit dengan kaedah Snowflake

Kaedah snowflake adalah antara kaedah yang paling fleksibel untuk si penghutang. Ini kerana strategi kaedah ini adalah dengan membayar hutang mengikut kemampuan masing-masing, namun membayarnya secara kerap.

Contohnya, minggu pertama kita akan bayar sebanyak RM 20, manakala minggu kedua kita akan membayar sebanyak RM 50.

Cara ini sangat sesuai bagi mereka yang bekerja sendiri, freelance atau pun yang bekerja secara part time.

Namun kesabaran yang tinggi harus diterapkan memandangkan tempoh masa hutang-hutang itu dapat diselesaikan adalah dalam tempoh yang agak panjang.

Jika rajin membaca dan mencari inspirasi, Financial Times ada berkongsi tentang seorang individu yang berjaya langsaikan hutang sebanyak GBP 16,000.00 hanya dalam masa dua tahun sahaja.

 

Cari ‘second income’

Tak dapat dinafikan, kos sara hidup sekarang semakin lama semakin tinggi.

Sehinggakan gaji yang diterima sekarang hanya sekadar cukup-cukup makan sahaja.

Maka bagi si penghutang ini, amatlah digalakkan untuk mula mencari pendapatan kedua bagi menampung kehidupan mereka serta bagi membayar segala hutang yang sedang dibebaninya.

Pendapatan kedua ini juga boleh dikhaskan hanya untuk membayar hutang-hutang yang ada.

 

Cara pembayaran kad kredit dengan buka akaun bank baru

Antara kaedah seterusnya adalah dengan membuka bank baharu yang dikhaskan untuk menyimpan duit simpanan yang akan digunakan untuk membayar hutang-hutang secara sekali gus.

Dalam pada masa itu, amat digalakkan untuk membayar hutang secara ansuran, dan bayaran sekali gus boleh dibuat sebaik sahaja wang yang disimpan untuk sudah mencukupi.

Kaedah ini membolehkan kita untuk membayar hutang dalam tempoh masa yang lebih awal, dan boleh mengurangkan nilai kadar faedah yang perlu dibayar.

Semestinya, cara ini memerlukan disiplin yang tinggi.

 

Gunakan duit bonus untuk langsaikan hutang

Bagi mereka yang sudah bekerja, pastinya mereka akan memperoleh duit bonus daripada syarikat mereka bekerja sekurang-kurangnya sekali dalam masa setahun.

Maka bagi si penghutang, jangan sesekali gunakan wang tersebut kearah lain melainkan gunakan ia untuk membayar hutang-hutang yang ada.

Dengan cara ini, kita juga dapat membayar jumlah hutang yang kecil sekali gus dalam waktu yang sama.

Cara selesaikan hutang ini hanya terpakai kalau syarikat kita beri bonus.

Seperti yang dikatakan tadi, itu kalau ada bonus. Kalau syarikat memang jenis tak beri bonus, bertabahlah.

 

Cara pembayaran kad kredit secara automatik

Berbeza dengan cara lain, dengan membayar hutang secara automatik adalah salah satu kaedah yang paling mudah untuk si penghutang.

Anda boleh buat potongan gaji secara automatik di bank supaya kita tidak lupa untuk membayar hutang-hutang yang kita sedang bebani itu setiap bulan.

Contoh yang lain yang paling mudah ialah mulakan pembayaran bil utiliti seperti Syabas, TNB, Astro, Unifi dan lain-lain secara automatik.

 

Gunakan tunai sahaja

Antara punca utama wujudnya hutang adalah kerana kita tidak mampu membeli sesuatu secara tunai.

Maka kita mengambil jalan mudah dengan cara berhutang bagi mendapatkan barangan tersebut.

Maka elakkanlah perkara daripada terjadi lagi, dengan cuba mengumpul sejumlah wang tertentu dahulu sebelum membeli barangan tersebut. Sebolehnya belilah aset itu secara tunai.

Kuatkan diri untuk berhenti menggunakan kad kredit. Apabila menggunakan tunai di mana sahaja, inilah sebenarnya cara selesaikan hutang kad kredit yang paling berkesan. Pasti boleh langsai dengan masa yang sekejap.

 

Elak menggunakan kad kredit

Antara punca lain wujudnya hutang adalah daripada kad kredit.

Ini kerana, sesetengah orang menggunakan sejumlah wang yang banyak dengan sesuka hati tanpa memikirkan kesannya pada masa akan datang.

Sedangkan kegunaan kad kredit adalah untuk menjadi duit backup sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.

Namun kini ianya menjadi suatu bebanan pula hanya kerana sikap tamak kita.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, kita perlulah berbelanja atas kemampuan diri sendiri.

Cara selesaikan hutang kad kredit ini hanyalah panduan semata-mata. Tidak kiralah anda guna kad kredit AEON, CIMB, RHB atau Maybank sekalipun, anda tetap kena berdisiplin dalam berbelanja dan dalam pembayaran balik hutang dengan faedahnya.

Cara pembayaran kad kredit sudah dikongsi. Kini, terpulang pada anda bagaimana untuk mengelakkan dari menjerat diri sendiri. Seperkara lagi, jika sudah terjebak dengan pinjaman akibat terdesak, cepat-cepatlah berusaha untuk selesaikan hutang ah long.

Sekiranya duit kita tidak mencukupi untuk membeli perkara yang diingini itu, hendaklah kita menabung secara perlahan-lahan agar dapat membeli barangan tersebut tanpa mewujudkan sebarang hutang pada masa akan datang.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Pembayaran Kad Kredit (JANGAN Bayar Minimum)”

Leave a Comment