Beza Mastercard Dan Visa (Kad Kredit Mana Lebih Bagus?)

Gaji kau tahun ini naik dan ada bonus sekali.  Kau ada terfikir nak gunakan duit untuk pergi melancong. Kau pun tengoklah dompet kau, yang ada kad debit sekeping itu sahaja. Rasa macam nak buat kad kredit sebab senang tak payah nak tukar-tukar duit dekat pengurup wang atau money exchange. Tapi kau tak tahu lagi pasal selok belok cara nak beza kad kredit Mastercard dan Visa macam mana.

Jadi, hari ini kau kena tahu apa beza Mastercad dan Visa ini.

Bank mana aku boleh apply kad kredit Mastercard dan Visa?

Di Malaysia, kebanyakan bank tempatan memang menawarkan kad kredit samada Mastercard atau Visa. Terpulang kepada kau untuk memilih yang mana satu.

Antara bank-bank yang kau boleh apply kad kredit ialah:

  1. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  2. CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank
  3. Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic
  4. Affin Bank atau Affin Islamic Bank
  5. RHB Bank atau RHB Islamic Bank
  6. Bank Muamalat
  7. Maybank atau Maybank Islamic
  8. Bank Islam
  9. Public Bank atau Public Islamic Bank
  10. Agro Bank
  11. Ambank atau AmIslamic Bank

Sukar bagi aku untuk menjelaskan perbezaan setiap satu kad kredit mengikut bank. Kau boleh dapat maklumat berkenaan di laman web rasmi bank terbabit.

Pendapat aku, adalah lebih baik untuk memohon kad kredit daripada bank yang selalu kau guna. Contohnya, jika selalu melakukan transaksi melalui Maybank2u, adalah lebih baik jika kau apply kad kredit Maybank, tak kisahlah Mastercard atau Visa.

Kenapa?

Supaya mudah untuk bayar hutang kad kredit nanti. Kecualilah kau memang awal-awal dan pasang niat tak nak bayar. Kau kena ingat, walaupun banyak kelebihan kad kredit, ia juga ada keburukannya. Itu kau kena pandai-pandai kawal sendiri.

Cuma jika kau berpegang kepada Islam, lebih baik ambil kad kredit Islamik atau patuh syariah kerana sudah tentu bebas dari segala yang tidak pasti. Seperkara lagi, jangan pula nak cari duit punya hal, kau main forex. Ini kerana forex haram di sisi Islam.

 

Apa itu Mastercard dan siapa pemiliknya?

Kad kredit Mastercard atau Mastecard Inc. ini merupakan servis kewangan yang hanya menguruskan saluran transaksi dari satu bank di negara lain ke negara lain. Contohnya macam kau melancong ke Australia, kad kredit kau yang ada logo Mastercard itu boleh digunakan untuk lakukan apa-apa pembayaran online. Ianya dimiliki oleh  Amerika Syarikat. Sebelum ini Mastercard gunakan nama Interbank juga Mastercharge.

Kemudian apabila mana-mana bank atau institusi kewangan tawarkan kad kredit, debit, prabayar dan kad caj dan lain-lain lagi tawaran, kad itu akan dikeluarkan di bawah Mastercard. Kad itu sahaja dia keluarkan tapi tak issuekan apa-apa kad kredit mahupun tolong pengguna dapatkan kredit. Sebab Mastercard lebih kepada menguruskan saluran bayaran dari bank negara lain ke negara lain.

Kau tak perlu pun nak ke Amerika Syarikat pun. Pihak bank ataupun institusi kewangan yang ada berkait dengan sesebuah syarikat yang kau apply kad kredit Mastercard ini akan beri pada kau.

Kemudian segala ganjaran, bayaran balik bulanan dan faedah ditentukan pihak bank sendiri.

 

Kad kredit Visa apa pula?

Selalu dengar kad Visa yang pergi luar negara itu kan. Itu bukan kad kredit. Itu visa passport.

Kad kredit Visa ini ataupun Visa Inc. sama macam macam Mastercard, servis kewangan yang menguruskan saluran dana yang ditransaksikan dari bank negara lain ke negara lain. Visa akan pastikan segala penyaluran duit ataupun money transfer dengan cara elektronik/online dekat dunia ini. Maksudnya kau bayar menggunakan kad kredit tanpa wang tunai. Samalah macam Mastercard

Visa ini lah yang akan keluarkan kad kredit, kad debit dan juga kad prabayar.

Sama juga seperti Mastercard, Visa bukanlah satu syarikat kewangan yang akan issuekan kad kredit atau salurkan kredit kepada penggunanya. Visa akan kreditkan nama mereka dekat kad kredit yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak bank mahupun insitusi kewangan.

Segala ganjaran, bayaran balik bulanan dan faedah ditentukan pihak bank sendiri.

Dah apply, sign dan received bolehlah kau enjoy, tapi berpada-padalah.

 

Jadi apa beza Mastercard dan Visa?

Kau baca macam sama sahaja tak ada beza Visa dan Mastercard ini. Sebenarnya ada beza dia.

  1. Caj servis Visa akan dikembalikan kepada pengeluar atau issuer dan berdasarkan nilai kad kredit tersebut. Mastercard pula boleh berubah-ubah.
  2. Visa mempunyai tiga jenis tahap kad kredit iaitu basic, traditional dan Visa signature. Manakala kad kredit MasterCard menawarkan tiga jenis kad kredit, iaitu basic, World and World Elite.
  3.  Visa digunapakai secara meluas dari segi jumlah transaksi, jumlah pembelian dan dari segi penggunaan kad.
  4. Kredit kad Mastercard tak boleh digunakan dekat sistem kad kredit Visa, sama juga dengan Visa tidak boleh gunakan sistem Mastercard.

 

Akhir kata

Jadi sekarang kau dah fahamlahkan apa beza Mastercard dengan Visa ini? Tak banyak manapun actually.

Kau teruskan niat kau nak travel ke luar negara itu dengan apply kad kredit ini. Ini akan mudahkan kau untuk ke sana ke sini tanpa perlu keluarkan cash dari ATM dan dijamin keselamatan untuk duit kau bila guna kad kredit Mastercard atau Visa ini. Lagi gempak bila kau ada black card Malaysia, iaitu kad kredit paling premium yang ada di negara kita.

Kalau tak nak guna kad kredit atau tak nak melancong ke luar negara pun tak apa, melancong dekat Selangor pun boleh!

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment