Zaman sekarang ini ada macam-macam cara nak tambahkan duit pendapatan bagi kehidupan seharian kita. Antaranya bekerja sambilan seperti freelance designer, menulis dari rumah, jual dessert dari rumah, jadi agent insurans dan juga jual beli saham. Jual beli saham ini ada pelbagai dan yang paling terkenal sekarang adalah cryptocurrency ataupun wang kripto. Namun sebelum adanya cryptocurrency, saham forex atau lebih dikenali sebagai foreign exchange antara saham yang satu dunia buat urusan niaga. Tapi kalau nak tahu sebenarnya urusan jual beli saham forex ini dekat Malaysia adalah haram. Kau mesti terkejut kan? Aku pun buat-buat terkejut kenapa forex haram.
Nak tahu lebih lanjut jom baca penulisan ini sampai habis.
Apa itu forex?
Sebelum nak tahu kenapa forex haram, forex ini adalah satu jual beli matawang pertukarang di antara negara lain dan negara lain. Antara pasaran saham yang utama bagi menentukan harga dan jumlah pertukaran untuk setiap mata wang di serata dunia. Bila menggunakan forex pembeli jual matawang sebagai aset, kemudian menukarkan matawang diantara satu sama lain. Misalnya dari RM (Ringgit Malaysia) ke SGD (Singapore Dolar).
Foreign exchange atau forex, tidak sama macam jenis jual beli kewangan yang lain, ini kerana tiada lokasi dan access untuk melakukan aktiviti jual beli kewangan. Sebabnya Forex tiada mendapat pengiktirafan sebagai sebuah tempat atau merupakan bangunan. Walhal ianya terbina dari para pembeli dan penjuak dan terciptanya saluran forex yang dipanggil liquidity provider ataupun pembekal cairan sama fungsi macam bank dan mana-mana pusat kewangan, broker dan dagangan runcitan.
Kenapa forex haram di Malaysia?
Kalau nak bercerita tentang forex ini sebenarnya dah lama negara kita kaji dengan rapi bagaimana sistem urusan jual beli forex ini. Sehingga kini telah ramai pihak mengeluarkan pandangan dan pendapat kenapa forex ini haram.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) Urus niaga mata wang asing haram adalah satu aktiviti membeli atau menjual mata wang asing antara orang persendirian atau syarikat dalam Malaysia dengan mana-mana orang yang tiada kuasa atau peroleh kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Ia merupakan satu kesalahan jika mana-mana orang di Malaysia melakukan jual beli matawang asing forex atau melakukan apa-apa kelakuan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada penjual yang dibenarkan atau dealer yang mendapat pengiktirafan dari BNM.
Apa hukum forex trading dalam Islam?
Nabi Muhammad S.A.W juga telah memberikan panduan tentang bagaimana untuk melakukan urusan jual beli dalam keadaan yang betul. Nabi berpesan, jika ingin menukarkan matawang yang berbeza ianya mestilah ditukar dengan dalam keadaan yang segera. Jika berlakunya penangguhan maka ianya akan menjadi hukum riba.
Tambahan, dikatakan Imam Malik sangat tidak gemar akan hal tersebut dan nak sahaja haramkan bertukar-tukar duit ini kecuali dia bertakwa. Maksud takwa disini adalah, individu itu perlu tahu hukum halal dan haram supaya dapat jauhkan diri dari melakukan amalan riba yang hukumnya jatuh sebagai dosa besar.
Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 2012 telah mengeluarkan fatwa melalui musyawarah yang dilakukan bahawa forex adalah satu sistem pertukaran mata wang asing dalam bentuk perjudian ini kerana mempunyai unsur-unsur riba. Forex juga tidak memenuhi syarat-syarat umum jual beli dan juga syarat-syarat khusus Bay-al Sarf
Makanya rakyat Malaysia terutamanya bagi yang beragama Islam dilarang daripada melakukan aktiviti haram jual beli forex ini dan jangan tanya kenapa forex haram.
Akhir kata
Jadi sekarang dah jelaslahkan kenapa forex ini haram? Makanya kalau dah tahu ini, beritahu pada yang lain juga. Jangan baca sendirian. Boleh sahaja kalau nak main saham yang tidak jatuh haram hukumnya. Mungkin boleh cuba main saham secara online dan kecil-kecilan. Cuba dulu mana tahu beranak duit kau tu.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Semoga dipermudahkan segala urusan.