Anda teringin untuk bermain saham tetapi hanya mempunyai modal yang kecil? Anda juga tidak tahu bagaimana caranya untuk bermain saham? Tidak mengapa, melalui perkongsian artikel kali ini, diharapkan dapat membantu anda bagi memulakan langkah untuk bermain saham. Kami akan membahaskan tentang cara bermain saham dengan modal kecil khas buat rujukan anda.
Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil
Perkara yang paling utama untuk ada ketahui adalah untuk bermain saham di Malaysia, anda tidak memerlukan kos yang tinggi. Malahan dikatakan kos untuk mula membeli saham adalah sangat rendah. Ia bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pelabur.Anda boleh mula membeli saham dengan hanya 1 lot yang bersamaan dengan 100 unit saham. Ini adalah bermaksud, jika saham tersebut serendah RM1.00 seunit, anda boleh membeli sebanyak 1 lot saham dengan nilai RM100.
Jadi jom kita terus kepada tip untuk bermain saham dengan modal yang kecil:
- Pengetahuan bermain saham yang betul
Dengan ilmu yang betul, anda boleh mengetahui saham apa yang harus dibeli, saham yang mana akan memberikan keuntungan dan manakah satu saham yang akan menyebabkan kerugian.
Mempunyai ilmu dan pengetahuan sangat penting untuk membolehkan anda mengetahui teori dan praktikal yang betul sebelum mempraktikkan menggunakan modal yang kecil sebelum menambah modal untuk mendapat pulang yang lebih tinggi.
Adalah lebih bagus jika anda boleh belajar selok belok bermain saham ini dengan individu yang berpengalaman.
- Kawal emosi
- Tempoh masa
- Kumpul modal secara berterusan
Terdapat dua jenis saham am
1. Saham jangka masa pendek (Day Trading & Short Term Trading)Saham secara harian atau lebih dikenali sebagai day trading merupakan kaedah bermain saham yang memerlukan seseorang individu untuk mempunyai kemahiran dan pengetahuan teknikal bagi menganalisis turun naik harga saham di pasaran dalam tempoh singkat.
Dari segi tempoh masa, ia terbahagi kepada empat:
- Scalping, iaitu saham yang dijual beli di dalam tempoh saat atau minit sahaja
- Day trading, merupakan proses jual beli saham yang akan berlaku di dalam hari yang sama
- Swing, adalah proses jual beli saham yang berlaku di dalam tempoh masa beberapa hari
- Short term trading, juga merupakan cara bermain saham bagi jangka masa pendek, tetapi mengambil masa sedikit lama, sama ada satu atau minggu
2. Saham jangka masa panjang (Value Investing)
Value investing adalah cara bermain saham yang dikatakan lebih menyenangkan. Ini kerana anda tidak perlu untuk menganalisis harga pasaran saham setiap hari. Jika saham harian adalah bergantung sepenuhnya kepada untung rugi harga saham di pasaran, value investing pula lebih kepada memberi kepentingan nilai saham sesebuah syarikat yang anda beli.
Value investing membolehkan memegang portfolio saham untuk tempoh yang lebih lama sehingga bertahun sebelum anda menjualnya. Terdapat tiga jenis kategori saham yang boleh dipilih untuk memberikan pulangan lumayan, seperti:
- Growth stock, iaitu membeli saham berpotensi yang akan menjadi jauh lebih bernilai dalam tempoh masa beberapa tahun
- Dividend stock, adalah mendapat bayaran dividen di atas keuntungan syarikat
- Asset play, merupakan kaedah membeli saham syarikat yang anda percaya nilai aset sebenarnya jauh lebih tinggi daripada harga yang ditentukan pasaran
Strategi bermain saham yang diperlukan
Berikut dikongsikan beberapa strategi yang perlu diketahui sebelum anda mula untuk bermain saham.1. Pemilihan jangka masa trading
Anda ingin bermain saham jangka masa pendek atau jangka masa panjang? Ia sebenarnya lebih bergantung kepada kebolehan individu. Ini kerana anda perlu untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anda sendiri. Sama ada anda jenis individu yang boleh memberikan tahap kemahiran dan komitmen yang tinggi atau sebaliknya.
2. Pemilihan saham
Anda harus mengetahui kekuatan saham yang anda pilih. Ada saham yang jenis lambat turun tetapi cepat naik, ada juga yang naik sekali tetapi jatuh berkali-kali. Memahami sifat dan tabiat saham adalah lebih kepada pengetahuan. Jika anda mempunyai pengetahuan, ia akan dapat membantu anda untuk membuat pemilihan saham dengan lebih baik. Saham yang sesuai dengan modal kecil adalah banyak bergantung kepada jangka masa pelaburan anda.
3. Pemilihan sistem skrin dan analisis saham
Sistem ini merangkumi trading plan system, iaitu sistem untuk melihat saham-saham yang berpotensi dan juga sistem untuk menganalisis saham dengan mudah. Kepantasan sistem juga merupakan antara perkara yang penting.
Akhir kata
Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda untuk mengetahui cara bermain saham dengan modal kecil. Jika anda betul-betul berminat untuk melabur saham, mungkin anda boleh mendapatkan bantuan daripada mereka yang lebih pakar dan berpengetahuan dalam bidang pelaburan saham ini. Selamat mencuba!