Black Card Malaysia (6 Kad Kredit Premium & Eksklusif)


Kalau anda guna kad kredit Gold atau Platinum, itu biasa. Tak ada apa yang pelik. Memang biasa-biasa sahaja. Tapi kalau anda ada satu kad kredit yang berwarna hitam, iaitu dipanggil black card Malaysia, anda memang rare. Tak semua orang mampu memiliki kad kredit ini.

Sekiranya anda memang sudah ada black card, maklumat ini adalah sekadar tambahan untuk anda. Namun, bagi anda yang mencari-cari black card Malaysia pertama atau sekadar mahu tahu apa keistimewaannya, jemput baca artikel ini. Tak banyak orang tulis berkenaan benda-benda premium seperti ini dalam Bahasa Melayu.

Tak perlu jadi kaya untuk dapatkan maklumat premium seperti ini. Manalah tahu, satu hari nanti jadi kaya, bolehkan dapatkan satu black card untuk kegunaan sendiri.

Izinkan kami berkongsi.

Senarai kad kredit black card Malaysia

Tahukah anda bahawa kad kredit hitam ini serta-merta dapat menaikkan lagi makam anda daripada orang sekeliling anda pada bila-bila masa anda membayar di kaunter kedai. Kenapa? Ini adalah kerana ia adalah kad kredit premium. Bagi yang tahu kehebatan kad ini, dia pasti akan menjeling anda sambil berteriak dalam hati “Hebat gila orang ni weiiiii”

Nak tahu apakah senarai kad kredit yang hebat ini?

1. OCBC World MasterCard Malaysia

[su_table]

Had Umur Minimum Pemegang Kad Utama: 21 tahun
Pemegang Kad Tambahan: 18 tahun
Kewarganegaraan Mana-mana
Jumlah Pendapatan Tahunan RM100,000
Caj Tahunan Percuma untuk 3 tahun pertama
Pulangan Tunai Sehingga 1.2%
Kadar Faedah 15% setahun
Pelan Bayaran Mudah Dari 0% setahun
Tanpa Faedah 20 hari
Pautan ocbc.com.my

[/su_table]

OCBC Bank memasarkan OCBC World MasterCard mereka sebagai kad untuk penggiat perniagaan. Kalau anda seorang peniaga, tak kiralah perniaga online atau offline, anda mesti cuba dapatkan kad ini.

Hanya terdapat dua syarat asas untuk melayakkan anda menggunakan kad berprestij ini dimana anda perlulah berumur 21 tahun keatas serta mempunyai jumlah pendapatan minimum RM100,000 setahun.

Dengan membeli tiket penerbangan penuh anda dengan OCBC World MasterCard, mereka akan memberikan anda akses kepada insurans melancong percuma sebanyak RM2 juta.

Selain itu, dengan memiliki kad ini anda akan mendapat akses percuma 2x setahun ke ruang rehat premium di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur agar anda boleh berehat dan bersantai dengan penuh kemewahan sebelum penerbangan anda.

Untuk RM1,000 pertama yang anda gunakan pada kad ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak 1.2% dan selebihnya selepas itu anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak 0.6% tanpa had. Nampaknya, ia kelihatan seperti tawaran yang cukup bagus untuk kita, terutamanya bila ianya akan diperbaharui setiap bulan.

Akhir sekali, pihak OCBC tidak mengenakan apa-apa yuran tahunan bagi 3 tahun pertama anda memiliki kad ini selagi anda merupakan pelanggan pertama kali dengan bank OCBC.

Selepas tempoh ini, kad utama akan dikenakan caj RM388 setahun manakala kad tambahan akan dikenakan caj RM188 setahun.

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • 2x akses tahun percuma ke ruang rehat premium KLIA
  • Kadar pulangan tunai yang tinggi
  • Tiada yuran pengendalian pendahuluan
  • Tiada yuran tahunan untuk 3 tahun pertama

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Tiada manfaat bagi ruang rehat lapangan terbang luar negara
  • Tiada manfaat untuk tetamu semasa perjalanan ke luar negara

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

 

2. UOB Visa Infinite

[su_table]

Had Umur Minimum Pemegang Kad Utama: 21 tahun
Pemegang Kad Tambahan: 18 tahun
Kewarganegaraan Mana-mana
Jumlah Pendapatan Tahunan RM120,000
Caj Tahunan Percuma*
Pulangan Tunai Tiada
Kadar Faedah 15% setahun
Pelan Bayaran Mudah Dari 0% setahun
Tanpa Faedah 20 hari
Pautan uob.com.my

[/su_table]

Kad UOB Visa Infinite penuh dengan ganjaran dan rebat daripada UniRinggit terutamanya apabila dibelanjakan di luar negara.

Kalau anda jenis yang suka jalan-jalan, kad berprestij ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang gemar melancong, membeli-belah dan menjamu selera di luar negara.

Kad kredit premium ini membantu anda memperoleh 8x UNIRinggit sekiranya dibelanjakan di luar negara dan 5X apabila menjamu selera di luar.

Sekiranya pengguna memenuhi had pembelian minima pada setiap suku tahun menggunakan Kad UOB Visa Infinite, mereka berpeluang untuk menggandakan mata UNIPoint mereka.

Seperti yang dinyatakan diatas, ianya sesuai untuk mereka yang gemar melancong kerana mata yang diperoleh boleh ditukar menjadi mata ganjaran Air Miles melalui Mata AirAsia Big, KrisFlyer Miles, dan Asia Miles-semuanya ekslusif untuk Ahli Kad Visa Infinite sahaja.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati perkhidmatan limosin percuma, menggandakan penebusan mata ganjaran Air Miles pada bulan hari lahir anda dan memperoleh 5 UNIRinggit bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di luar negara! Yang paling kami sukai adalah Mata

Ganjaran UNIRinggit sah sehingga 3 tahun yang dapat membuatkan anda menikmati faedahnya dengan lebih lagi.

Kad ini hanya boleh diperolehi melalui pengenalan dari mereka yang berumur 21 tahun keatas dan asalkan pendapatan tahunan minima mereka RM120,000 setahun.

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Kadar penebusan mileage yang tinggi dan eksklusif
  • Pengecualian yuran tahunan untuk kad utama dan kad tambahan
  • Akses percuma kepada pelbagai Priority Passâ„¢

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Perlu ada introducer untuk memiliki kad kredit ini
  • Keahlian eksklusif , selain tidak boleh dipohon, hanya boleh didapati melalui jemputan bank sahaja
  • Yuran pengendalian pendahuluan yang tinggi

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

 

3. AmBank Visa Signature

[su_table]

Had Umur Minimum Pemegang Kad Utama: 21 tahun
Pemegang Kad Tambahan: 18 tahun
Kewarganegaraan Mana-mana
Jumlah Pendapatan Tahunan RM80,000
Caj Tahunan Percuma*
Pulangan Tunai Tiada
Kadar Faedah 15% setahun
Pelan Bayaran Mudah Dari 0% setahun
Tanpa Faedah 20 hari
Pautan ambank.com.my

[/su_table]

AmBank Visa Signature Kad merupakan salah satu cadangan utama kami sekiranya anda merupakan seorang yang kerap melancong.

Kekal dengan kad kredit ini akan lindungi anda da keluarga anda dengan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta selagi mana semua tiket dicaj pada kad ini khususnya.

Selepas menempah penerbangan anda, anda boleh berehat dengan tenang kerana anda mempunyai 5x akses percuma di ruang rehat lapangan terbang.

Selepas 5 kali yang pertama anda dan tetamu anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak 25% di semua ruang rehat di Malaysia dan diskaun sebanyak 20% untuk sehingga 50 ruang rehat di luar negara.

Untuk semua transaksi luar negara, anda akan memperoleh 3X Mata AmBonus bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa pembelian secara dalam talian tidak diambil kira walau dimana negara anda membelinya sekalipun.

Anda juga boleh menukar Mata AmBonus anda kepada Air Miles untuk penerbangan percuma dengan lebih 50 syarikat penerbangan termasuk Asia Miles, AirAsia BIG, Singapore Aielines dan Enrich.

Sekiranya anda merupakan seorang yang sering mengunjungi hotel Hilton, ini merupakan kabar gembira buat anda dimana anda boleh mendapatkan sehingga 50% diskaun untuk bufet dan menjamu selera di hotel-hotel ini.

Sekiranya ianya untuk sambutan hari lahir, anda juga akan dihadiahkan kek hari jadi percuma.

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Had pendapatan tahunan yang rendah berbanding yang lain
  • Tiada caj tahunan
  • Mata AmBonus untuk pembelian luar negara
  • Manfaat di rangkaian hotel Hilton

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Hanya 1X Mata AmBonus untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk pembelian runcit
  • Semua pembelian dalam talian hanya akan memperolehi 1X Mata AmBonus bagi setiap RM yang dibelanjakan tanpa mengambil kira lokasi

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

 

4. Citi Prestige MasterCard

[su_table]

Had Umur Minimum Pemegang Kad Utama: 21 tahun
Pemegang Kad Tambahan: 18 tahun
Kewarganegaraan Mana-mana
Jumlah Pendapatan Tahunan RM192,000
Caj Tahunan RM1,000
Pulangan Tunai Tiada
Kadar Faedah 15% setahun
Pelan Bayaran Mudah Dari 0% setahun
Tanpa Faedah
Pautan citibank.com.my

[/su_table]

Daripada semua kad dalam senarai ini, ini merupakan yang paling mahal tetapi faedah yang diberikan oleh Citi Prestige MasterCard kepada penggunanya adalah sangat berbaloi.

Kad ini memberikan anda sehingga 12x akses percuma ke ruang rehat lapangan terbang serta penghantaran pulang dari lapangan terbang dengan menaiki limo secara percuma.

Manakala, insurans perjalanan mereka memberikan anda perlindungan sehingga RM2 juta.

Sekiranya anda memilih untuk menginap di mana-mana hotel atau tempat peranginan antarabangsa, anda akan mendapat penginapan percuma untuk satu malam. Anda juga akan mendapat banyak faedah lain seperti akses kepada Talian Keutamaan Citi Prestige, Penyambut tetamu Citi Prestige, dan akses ke acara ekslusif melalui jemputan.

Salah satu perkara terbaik mengenai kad ini adalah anda boleh memohon kad ini secara dalam talian dan kad ini boleh diaktifkan menggunakan nilai pengesahan kad (CV) sementara selepas yang mereka hantar kepada anda sebaik sahaja diluluskan. Ini bermaksud anda tidak perlu menunggu sehingga anda mendapat kad fizikal sebelum anda boleh mula menggunakannya.

Bagi setiap RM yang anda belanjakan di dalam negara, anda akan memperoleh 1 mata ganjaran City manakala, bagi perbelanjaan luar negara, anda akan memperoleh 2 mata ganjaran City bagi setiap RM.

Kelebihan yang begitu lumayan pada kad ini pula adalah sekiranya anda membelanjakan RM240,000 dan ke atas, anda akan mendapat mata bonus sebanyak RM250,000.

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Akses kepada faedah eksklusif Citi Prestige
  • Kad maya boleh digunakan sekiranya belum menerima kad fizikal lagi
  • Mata bonus bagi penggunaan berterusan
  • Sehingga 12x akses percuma ke ruang rehat lapangan terbang
  • Manfaat di rangkaian hotel Hilton

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Yuran tahunan yang tinggi
  • Langsung tiada pulangan tunai
  • Jumlah pendapatan tahunan yang tertinggi berbanding bank-bank lain

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

 

5. Affinbank World MasterCard

[su_table]

Had Umur Minimum Pemegang Kad Utama: 21 tahun
Pemegang Kad Tambahan: 18 tahun
Kewarganegaraan Mana-mana
Jumlah Pendapatan Tahunan RM120,000
Caj Tahunan Percuma
Pulangan Tunai Tiada
Kadar Faedah 15% setahun
Pelan Bayaran Mudah Dari 0% setahun
Tanpa Faedah 20 hari
Pautan affinalways.com

[/su_table]

Anda gemar menikmati perkara yang menarik seperti bermain golf, membeli-belah, dan menjamu selera di luar? Mari lihat dengan teliti Affinbank World MasterCard.

Bagi mereka yang gemar membeli-belah, anda pasti akan gembira mendengarkan ini dimana setiap pembelian yang dibuat dengan kad kredit ini, anda akan menerima pulangan tunai sebanyak 0.8%.

Anda juga akan memperoleh 1x mata ganjaran AFFIN untuk setiap Ringgit yang anda belanjakan untuk pembelian tempatan tetapi jika di luar negara, maka mata ganjaran AFFIN akan menjadi 3X.

Anda boleh menikmati manfaat akses percuma 6x ke Plaza Premium Lounge Malaysia asalkan anda belanjakan sebanyak RM2,000 pada bulan terkini dan RM24,000 setiap tahun menggunakan kad kredit ini.

Sekiranya anda belum berbelanja sebanyak itu, anda boleh terus menikmati 25% diskaun di cawangan Malaysia Lounge ini dan 20% diskaun bagi cawangan luar negara.

Anda juga boleh dilindungi oleh insurans bernilai RM1 juta jika anda menggunakan kad AffinBank World Kad bagi mengecaj tiket perjalanan anda sepenuhnya.

Mereka juga menawarkan insurans kemalangan diri sehingga RM100,000 bagi melindungi anda sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diduga seperti hilang keupayaan, kecederaan ataupun kematian mengejut.

Yuran tahunan untuk kedua-dua kad utama dan tambahan dikecualikan bagi tahun pertama. Untuk tahun kedua dan seterusnya, kad utama akan dikenakan caj sebanyak RM530 setahun manakala kad tambahan akan dikenakan caj sebanyak RM424 setahun.

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • Pulangan tunai sebanyak 0.8% untuk pembelian runcit
  • 6x akses percuma ke Plaza Premium Lounge Malaysia
  • Mata ganjaran untuk setiap pembelian runcit
  • Insurans kemalangan diri sehingga RM100,000
  • Insurans perjalanan sehingga RM 1 juta

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Memerlukan RM2,000 untuk menikmati akses percuma ke Plaza Premium Lounge
  • Tiada manfaat untuk tetamu semasa perjalanan ke luar negara

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

 

6. Standard Chartered MasterCard WorldMiles

[su_table]

Had Umur Minimum Pemegang Kad Utama: 21-65 tahun
Pemegang Kad Tambahan: 18-65 tahun
Kewarganegaraan Mana-mana
Jumlah Pendapatan Tahunan RM90,000
Caj Tahunan RM600 (Percuma bagi tahun pertama)
Pulangan Tunai RM80 cashback bagi Airport Transfer
Kadar Faedah 15%-18% setahun
Pelan Bayaran Mudah Dari 0% setahun
Tanpa Faedah 20 hari
Pautan sc.com/my/

[/su_table]

Black card di Malaysia memang menjadi idaman ramai orang, terutama golongan pertengahan M40 dan T20 yang suka dan selalu sangat melancong ke luar negara atas kapasiti perniagaan atau peribadi.

Kad Standard Chartered MasterCard WorldMiles ini memerlukan kelayakan dengan gaji bulanan sebanyak RM7,500.

Sebagai pemegang kad kredit Standard Chartered ini juga, anda bakal menikmati kelebihan dan diskaun di lebih 200 restoran dan kafe di seluruh Malasia melalui aplikasi The Entertainer (MY) App.

Tidak dilupakan, dapatkan cashback rewards, duit tunai mahupun tebus hadiah menggunakan mata yang dikumpulkan melalui 360 Rewards.

Kalau anda suka berbelanja pada hari bekerja dan bukan hujung minggu, anda juga boleh dapatkan 15% cashback di supermarket terpilih jika membayar menggunakan Standard Chartered WorldMiles World MasterCard.

[su_row]
[su_column size=”1/2″]
Kelebihan
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#37ff6d”]

  • 4.5x WorldMiles jika berbelanja di luar negara
  • Akses tanpa had secara percuma di Plaza Premium Lounge Malaysia
  • RM80 cashback bagi Airport Transfer

[/su_list]
[/su_column]
[su_column size=”1/2″]
Kekurangan
[su_list icon=”icon: times” icon_color=”#ff373c”]

  • Annual fee yang tinggi sebanyak RM600
  • Kadar faedah agak tinggi iaitu 15%-18%

[/su_list]
[/su_column]
[/su_row]

 

Soalan lazim tentang black card Malaysia

Boleh naikkan credit score atau tidak?

Sekiranya anda mohon kad kredit black card dengan tujuan untuk menambah baik dan membina skor kredit anda, maknanya anda mempunyai tujuan yang betul.

Ramai orang berpendapat bahawa mendapatkan kad kredit adalah idea yang tidak baik. Tetapi sekiranya digunakan untuk tujuan yang betul, ia sebenarnya boleh membina status kewangan anda untuk rancangan masa depan anda.

Perlu diingatkan bahawa ianya masih wang yang dipinjam dan hanya perlu dibelanjakan dengan bijak dengan mengambil kira kemampuan dan kebolehan bayaran balik tepat pada masanya.

 

Boleh dapat reward dan cashback tak?

Mestilah boleh!

Secara ringkasnya, kad kredit berprestij membolehkan anda menikmati ganjaran premium melalui mata ganjaran pada setiap pembelian. Beberapa faedah ini termasuk penginapan hotel, air miles dan juga pembelian barangan keperluan.

Dalam kebanyakan senario, anda boleh memilih antara ganjaran atau pulangan tunai yang mana setiap satu berfungsi dengan baik dalam keadaan yang berbeza.

Anda juga layak mendapat disksun dan pulangan tunai-bergantung dengan jenis kad yang digunakan.

 

Macam mana nak tahu layak dapat black card Malaysia atau tidak?

Bank anda perlu menyemak kelayakan anda sebelum memberikan anda kad kredit berprestij. Ini adalah kerana, mereka perlu menilai keupayaan kewangan dan kelayakan anda.

Terdapat beberapa jenis kad yang hanya akan dikeluarkan kepada pemegang kad sedia ada, yang mana bisanya mempunyai kad kredit yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin mendapatkan kad pertama anda, anda boleh meminta bank untuk mengesyorkan kad yang paling sesuai untuk anda.

 

Berbaloi tak bayar caj & yuran tahunan yang tinggi?

Mendapatkan kad kredit berprestij mungkin kedengaran menarik dek kerana faedah dan ganjaran yang menanti.

Namun, ia adalah wang yang dipinjam. Oleh itu, haruslah periksa dengan teliti kadar raedah, caj & yuran serta caj tersembunyi lain agar anda dapat gunakan kad dan keistimewaan ini dengan bijak.

Bagi mengelak penggumpulan faedah, pakar kewangan menasihati pelanggan mereka untuk membayar sepenuhnya dan tepat pada masanya.

Apa-apa pun, dengan pelbagai kelebihan yang diberikan oleh pihak bank melalui black card, annual fee tidak menjadi masalah. Kalau memang dah kaya, annual fee tidak akan buat jatuh miskin pun.

 

Akhir kata

Sekarang setelah anda sudah mengetahui black card Malaysia iaitu kad kredit berprestij yang anda boleh dapatkan di Malaysia.

Kalau rasa belum cukup layak, simpanlah niat supaya dapat pegang kad ini satu hari nanti. Tak salah bermimpi.

Apa-apa pun, kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam memilih kad kredit premium yang sesuai untuk anda.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

2 thoughts on “Black Card Malaysia (6 Kad Kredit Premium & Eksklusif)”

Leave a Comment