Kalau anda jenis jarang masuk dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), memang logik kalau terlupa kata laluan. Kadang-kadang, bila terlalu banyak sistem yang kita perlu login, memang boleh buat keliru. Namun, janganlah sampai menggelabah sampai tak sabar-sabar nak checkย status pembayaran BKMย sebab sudah tahu tarikh BKM masuk. Bertenang. Ikuti panduan ringkas kami tentang cara reset password BKM dan login BKM dengan mudah.
Cuba ingat semula kata laluan BKM
Sebelum itu, apa kata anda cuba ingat-ingat semula kata laluan BKM sebelum ini. Kalau dapat balik, tak perlulah susah-susah untuk reset semula semata-mata nak buat semakan status BKM.
Kebanyakan orang akan cuba menggunakan password yang mudah seperti:
- 123456
- 12345678
- 123456789
- password
- 111111
- 123123
- password123
- abc123
- qwerty
Jika ada cuba dan masih tidak berjaya, mungkin ada gunakan kombinasi berikut:
- nama anak
- nama suami
- tarikh lahir
- nombor plat kenderaan
- nombor Kad Pengenalan sendiri
Cara reset password BKM
Kalau masih lagi tak dapat ingat, sila ikuti langkah-langkah di bawah. Untuk makluman, panduan ini kami olah daripada carta alir yang disediakan oleh pihak LHDN di Facebook.
- Mula-mula, klik Log Masuk BKM di laman web rasmi Bantuan Keluarga Malaysia di https://bkm.hasil.gov.my
- Lihat di bawah butang Semak
- Klik TERLUPA KATA LALUAN
- Masukkan nombor MyKad 12 digit
- Klik butang Semak
- Anda kata tersilap masukkan nombor Kad Pengenalan, klik butang Semula
- Masukkan email yang didaftarkan sebelum ini bagi sistem BKM ataupun bantuan-bantuan lain yang automatik terdaftar
- Klik Seterusnya
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul
- Klik butang Ya
- Jawab beberapa soalan keselamatan yand diberikan
- Klik Seterusnya
- Masukkan kata laluan yang baru dan buat pengesahan kata laluan yang baru
- Klik Tukar kata laluan
- Permohonan untuk reset password BKM telah berjaya
- Selesai
Akhir kata
Diharapkan agar langkah-langkah di atas berkenaan cara untuk reset password BKM akan memudahkan urusan anda untuk login semula ke dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia.
Terakhir, jika boleh login nanti, pastikan nombor telefon bimbit anda adalah yang terkini dan masih lagi aktif. Ini adalah untuk membolehkan anda menerima SMS atau apa-apa notifikasi berkenaan BKM, terutama sekali berkenaan pembayaran.
Sila kemaskini BKM jika anda masih lagi belum berbuat demikian. Dan bagi yang mendapat status permohonan TIDAK LULUS, boleh cuba nasib untuk merayu BKM. Mudah-mudahan ada rezeki.
Semoga dipermudahkan semuanya.
Saya punya no tel lama hilang sekarang pakai no tel baru tapi tetap tak boleh log in bkm jugak saya nak kemaskini maklumat saya
Saya tdk dpt log masuk ke BKM..sblum ni ok je tkde apaยฒ mslh..then saya try bnyk kali smpai tukar password pun msih tak dpt log masuk..blh bantu??
Sy lupa kata laluan dan jawapan kepada 3 soalan keselamatan
Saya nak tukar email address Dan telephone number
sy lupa kata laluan dan sy sudah tukar nombor talipon
Sy lupa kata laluan sy suda tukar nombor telefon
Set kata laluan bkm sy log masuk cara guna ID 730615126123 tapi tadak berjaya sebab kata laluan Sya lupa menghantar kata laluan sy bkm bantuan keluarga maleysia
SAya lupa kata laluan.Sy dh cuba tukar kata laluan dan jwab soalan keselamtan dgn betul. Tapi
“PENUKARAN KATA LALUAN TIDAK BERJAYA”
Saya punya no tel lama hilang sekarang pakai no tel baru tapi tetap tak boleh log in bkm jugak saya nak kemaskini maklumat saya segera
Saya sekarang ni duda ank satu mcm mana ye nk buat rayuan
saya tak dapat nak login bkm saya tetapi saya tak pernah tukar pass dan sebelum ini saya boleh login seperti biasa dan sekarang takboleh nak login