Tukar No Telefon Bank Islam


Jika anda perlu tukar no telefon Bank Islam sebab dah pakai no baru dan sebagainya. Apa kata kalau anda ikuti panduan yang telah kami sediakan di sini.

Izinkan kami berkongsi.

Cara tukar no telefon Bank Islam di cawangan

Berikut adalah langkah-langkah untuk kemaskini atau update no telefon anda yang lama kepada yang baru di cawangan Bank Islam:

  1. Pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri seperti IC dan yang berkaitan.
  2. Lawati mana-mana cawangan Bank Islam berdekatan anda.
  3. Dapatkan no giliran di kaunter atau kiosk pengambilan no giliran.
  4. Ambil tempat duduk anda sementara menunggu giliran.
  5. Jika giliran anda sudah tiba, terus pergi ke kaunter urusan yang telah tertera.
  6. Beritahu kepada kakitangan bertugas yang anda nak tukar no telefon Bank Islam anda.
  7. Berikan segala butiran atau maklumat yang diperlukan oleh kakitangan bertugas.
  8. Tunggu seketika dan ikuti arahan seterusnya dari kakitangan tersebut bagi melengkapkan proses penukaran no telefon anda sehingga selesai.
  9. Jika tiada apa-apa masalah, no telefon anda akan berjaya ditukar serta-merta.
  10. Selesai.

Update nombor secara online

Anda juga boleh melakukan penukaran no telefon Bank Islam anda melalui laman web Bank Islam. Ikuti panduan di bawah:

  1. Layari laman web Bank Islam online banking di www.bankislam.biz.
  2. Laman utama untuk log masuk ke Bank Islam online banking akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada bahagian INTERNET BANKING LOGIN.
  4. Masukkan USER ID anda dan tekan butang LOGIN.
  5. Seterusnya, sahkan Private Image dan Private Word anda dengan menekan butang Yes.
  6. Kemudian, masukkan PASSWORD dan tekan butang LOGIN.
  7. Halaman utama profil atau akaun Bank Islam online banking anda akan terpapar.
  8. Sila tekan Settings pada senarai menu yang tertera.
  9. Selepas itu, sila pilih Mobile Number Maintenance.
  10. Di halaman seterusnya, masukkan no telefon anda yang ingin ditukar ke dalam ruangan yang disediakan.
  11. Tekan butang Submit.
  12. Tahniah! No telefon Bank Islam anda telah berjaya ditukar.
  13. Tamat.

Walau bagaimanapun, untuk tukar no telefon Bank Islam secara online. Pastikan anda dah pun ada akaun Bank Islam online banking. Kalau anda tak tahu macam mana nak daftar akaun Bank Islam online banking, boleh saja rujuk pautan ini vao.bankislam.com.my.

Boleh tukar no telefon Bank Islam di ATM?

Menurut info terbaru yang telah kami dapatkan. Anda tak boleh menukar no telefon Bank Islam di ATM.

Selain itu, kami ada mengetahui bahawa sebenarnya proses kemaskini no telefon Bank Islam secara online juga tak disarankan kerana anda akan turut menerima notifikasi yang menyatakan anda perlu ke cawangan Bank Islam untuk menukar no telefon.

Oleh itu, cadangan kami adalah lebih baik anda terus saja tukar no di cawangan. Tak perlu buat kerja banyak kali.

Ada masalah tukar no telefon Bank Islam?

Sekiranya anda menghadapi sebarang kesukaran berkenaan penukaran no telefon Bank Islam anda atau hal-hal lain yang berkaitan Bank Islam.

Anda boleh menghubungi talian 03-26-900-900 untuk bercakap dengan bahagian khidmat pelanggan mereka bagi mendapatkan maklum balas, bantuan, aduan atau tindakan lanjut.

Akhir kata

Diharapkan penulisan ini dapat sedikit sebanyak membantu urusan anda yang nak tukar no telefon Bank Islam menjadi lebih mudah.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment