Terlupa Username Bank Islam


Mungkin ada yang pernah menghadapi situasi di mana dia tiba-tiba terlupa username Bank Islam dan mula gelabah sebab tak tahu macam mana nak cari balik maklumat itu.

Kalau anda adalah orangnya. Artikel ini khas ditujukan untuk anda.

Apa nak buat kalau terlupa username Bank Islam?

Mula-mula sekali anda jangan panik. Selepas itu anda boleh menggunakan 2 cara untuk mendapatkan semula username Bank Islam anda sama ada dengan menghubungi pihak Bank Islam atau secara online.

Bagaimana cara dapatkan semula username Bank Islam?

Bagi memperolehi Username Bank Islam anda semula. Sila ikuti panduan berikut.

a) Hubungi pihak Bank Islam:

  1. Dail talian 03-26-900-900 untuk bercakap dengan Pusat Panggilan Bank Islam.
  2. Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab.
  3. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda dan beritahu yang anda lupa Username Bank Islam anda.
  4. Seterusnya, panggilan anda akan disambungkan ke bahagian yang berkaitan berdasarkan isu anda.
  5. Jika panggilan sudah disambung, perkenalkan diri dan beritahu tujuan anda sekali lagi.
  6. Sila berikan segala butiran yang diperlukan atau ikuti arahan yang diberikan oleh kakitangan tersebut untuk memproses permintaan anda.
  7. Jika tiada sebarang masalah, Username Bank Islam anda akan diberitahu.
  8. Selesai.

b) Guna laman online banking:

  1. Buka laman web Bank Islam online banking di bankislam.biz atau aplikasi GO by Bank Islam di telefon pintar anda.
  2. Halaman utama web Bank Islam online banking akan dipaparkan.
  3. Di laman tersebut, tekan pada bahagian FORGOT PASSWORD / USER.
  4. Anda akan dibawa ke laman berikutnya.
  5. Pada laman itu, isikan butiran yang diperlukan iaitu:
    • Bank Islam Debit Card-i No.
    • PIN Number.
  6. Kemudian, tekan butang Continue.
  7. Selepas itu, anda perlu menekan butang Request i-Access Code dan klik Continue.
  8. Tunggu beberapa detik sehingga anda menerima i-Access Code yang telah dihantar ke nombor telefon anda.
  9. Masukkan i-Access Code tadi ke dalam ruangan yang disediakan.
  10. Tekan Continue.
  11. Seterusnya, Username Bank Islam anda akan terpapar.
  12. Kemudian, tekan butang Reset Password.
  13. Pada laman berikutnya, isikan butiran-butiran yang diminta dan buat semula Password yang baru (password yang lama dah tak boleh digunakan).
  14. Akhir sekali, tekan Submit.
  15. Tahniah! Username Bank Islam anda telah berjaya diperolehi semula.

Perlukan bantuan lanjut tentang username Bank Islam?

Sekiranya anda masih memerlukan maklumat tambahan, bantuan atau tindakan lanjut berkenaan Username Bank Islam anda atau hal-hal lain yang berkaitan.

Anda boleh menghubungi talian 03-26-900-900 untuk mendapatkan maklum balas.

Akhir kata

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu sesiapa saja yang lupa Username Bank Islam dan nak dapatkannya semula.

Tambahan lagi, tak kisahlah anda tak ingat Username Bank Islam atau terlupa username BSN ke dan bank-bank yang lain. Anda pasti akan jumpa jalan penyelesaian. Tahu atau tak tahu saja jawapan dia.

Yang penting, bila dah dapat balik Username itu nanti. Jangan pula lupa untuk catat atau simpan di tempat yang selamat. Ini adalah supaya akan datang kalau jadi lagi macam ini, adalah tempat nak dirujuk.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment